NORAFIQAH BT. YA'ACOB
Masih dalam bab 3, kali ini
diperjelaskan berkenaan Malayan Union 1946. Malayan Union adalah gabungan
Negeri-negeri Melayu dengan Negeri-Negeri Selat (tanpa Singapura) untuk menjadi
pengganti British Malaya. Antara ciri-ciri Malayan Union adalah semua negeri
Melayu kecuali Singapura disatukan di bawah pemerintahan Gabenor British.
Gabenor tersebut dibantu oleh Majlis Mesyuarat Persekutuan dan Majlis Undangan.
Singapura dijadikan tanah jajahan berasingan di bawah seorang Gabenor British.
Kedaulatan Raja-raja Melayu dihapuskan dan akhir sekali hak kerakyatan yang
sama bagi semua orang tanpa mengira bangsa dan keturunan. Usaha British untuk
menubuhkan Malayan Union mendapat tentangan hebat dari orang Melayu. Dengan
kesatuan orang Melayu berjaya memulaukan majlis pengisytiharan Malayan Union,
akhirnya British mengalah dan menggantikan Malayan Union kepada Persekutuan
Tanah Melayu. British sedar tanpa sokongan orang Melayu Malayan Union akan
gagal. Lantas British mengisytiharkan penubuhan Persekutuan Tanah Melayu.
Selain itu, terdapat isu
hubungan etnik dalam perlembagaan. Telah disebut dalam Perkara 3(1)
Perlembagaan Malaysia bahawa Islam sebagai agama persekutuan. Islam agama
persekutuan bermaksud Islam adalah agama bagi Persekutuan tetapi dalam masa
yang sama agama-agama lain bebas diamalkan dengan aman dan harmoni. Tambahan
pula, perkara 11 yang menyatakan kebebasan beragama. Bebas menganuti dan
mengamalkan agama asalkan tidak memaksa membayar apa-apa cukai untuk agama lain
dan berhak mengurus hal ehwal agamanya sendiri. Malaysia juga mengamalkan
perlembagaan berparlimen iaitu hak bersuara ketika ingin memilih ahli parlimen.
Akhir sekali adalah kontrak
sosial yang merupakan semua kaum Melayu dan bukan Melayu bersetuju atas beberapa
perkara yang penting kepada kestabilan negara. Melalui kontrak sosial, orang
bukan Melayu diberikan hak kewarganegaraan yang longgar berdasarkan prinsip jus
soli (warganegara berdasarkan tempat lahir). Orang Melayu diperuntukkan dalam
perlembagaan mengenai agama Islam, Bahasa Melayu, kedudukan istimewa orang
Melayu serta kedudukan Raja-Raja Melayu. Persetujuan kontrak sosial antara kaum
memudahkan proses penggubalan perlembagaan Malaya. Kontrak sosial diperbaharui
apabila Singapura, Sabah dan Sarawak bergabung membentuk Malaysia pada
September 1963.
NUR HANANI BINTI HAMIDON
Pembelajaran minggu dimulakan dengan pembentangan kumpulan ke-2 sekali lagi. Mereka telah membentangkan tentang KONTRAK SOSIAL iaitu persetujuan yang dicapai di antara kaum MELAYU, CINA dan INDIA semasa mewujudkan Persekutuan Tanah Melayu 1948. Dalam kontrak sosial ada terdapat Hak melayu dan bukan melayu. Hak orang melayu adalah agama Islam sebagai agama persekutuan, kedudukan raja-raja melayu tidak boleh dipersoal, orang melayu dan bumiputera mendapat hak istimewa bagi menguntuhkan dominasi Melayu di Persekutuan Tanah Melayu dan Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan. Hak mereka yang bukan melayu seperti cina dan india pula adalah mendapat hak kerakyatan melalui perinsip Jus Soli. Kemudian ahli dalam kumpulan 2 membincangkan tentang unsur tradisi dan perlembagaan yang mewujudkan identiti Malaysia dan memupuk persefahaman ke arah perpaduan. Kemudian diteruskan lagi dengan negara bangsa,
negara bangsa adalah semua masyarakat
mendukung satu bangsa dan satu negara yang tegak di atas satu identiti negara
yang sama yang di menifestasikan oleh pemikiran, nilai-nilai sosiobudaya,
lambang-lambang dan sentiasa berpegang kepada jiwa kemanusiaan dan kerohanian
yang tinggi. Bangsa yang bertamadun mempunyai identiti peradabannya yang
tersendiri. Terdapat dua ciri-ciri negara bangsa yang perlu kita tahu iaitu
kenegaraan dan kewarganegaraan. Konsep kenegaraan ini perlu dipupuk dalam diri
setiap rakyat negara itu demi keutuhan negara sebagai kumpulan sosial. Semangat
kenegaraan ini boleh ditanam melalui simbol-simbol yang mewakili keutuhan
negara seperti bendera Malaysia, lagu kebangsaan dan rukun negara. Manakala
konsep kewarganegaraan pula dapat diperjelaskan bahawa bangsa Melayu, cina,
india dan lain-lain dapat di satukan melalui kewarganegaraan yang sama iaitu
warganegara Malaysia. Tetapi dalam membina negara bangsa, terdapat beberapa
cabaran yang perlu di tempuhi antaranya adalah migrasi, iaitu seperti yang kita
lihat banyak pendatang-pendatang asing yang datang ke negara kita kerana ingin
mendapatkan pekerjaan, tetapi masalahnya, mereka telah membawa nilai yang
berbeza dengan kita dan meningkatkan kadar jenayah di Malaysia, ini yang
menyebabkan kita rasa tidak selamat untuk duduk di negara sendiri, ini lah
cabaran bagi kita untuk membina negara bangsa yang aman dan harmoni. Dan
cabaran gabungan wilayah yang berbeza, dengan menubuhkan Malaysia, mereka telah
menggabungkan seluruh semenanjung Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak,
sebenarnya ini sangat bagus kerana kita boleh saling belajar antara satu sama
lain, tetapi masalah yang di ke tengah kan adalah menerima budaya dan adat yang
bertentangan dengan nilai budaya yang asal kerana ini boleh menyebabkan
pergaduhan sesama sendiri dan prejudis antara satu sama lain. Kesimpulannya, untuk membina
negara bangsa yang bertamadun kita seharusnya berpegang pada perlembagaan islam yang dapat memberikan keadilan untuk semua kaum di Malaysia berpandukan Al-Quran dan As-Sunah.
NOOR HIDAYAH BINTI TAWIL
Malayan Union amat ditentang keras
oleh orang melayu. Mereka menentang penubuhan ttersebut kerana kedaulatan
raja-raja melayu dihapuskan dan hak kerakyatan yang sama iaitu jus soli. Jus
soli ialah pemberian kewarganegaraan berdasar tempat lahir. Kontrak sosial
ialah persetujuan antara Melayu, Cina dan India untuk mewujudkan persekutuan
Tanah Melayu dibawah naungan Inggeris. Antara perkara dalam kontrak tersebut
ialah Islam adalah agama persekutuan. Kedudukan dan kedaulatan raja-raja melayu
tidak bole dipersoalkan, mengekalkan hak keistimewaan bagi orang melayu dan
bahasa melayu adalah bahasa kebangsaan. Perkara tiga adalah menyatakan bahawa
agama islam adalah agama peersekutuan yang mana pihak kerajaan perlu
menubuhkan, menyelenggara, membantu penubuhan institusi islanm, melaksankan
ajaran islam dan mengeluarkan perbelanjaan yang diperlukan untuk tujuan itu.
Selain itu, agama bukan islam tidak boleh dipaksa untuk membayar sebarang cukai
berkenaan agama Islam. Disamping itu, mereka berhak mernguruskan hal ehwal
agama nya sendiri. Konklusi nya, kebesan beragama diberikan kepada penduduk
Tanah Melayu memandang kan mereka berasal dari bangsa yang berbeza.
NURFARAHAIN BINTI NAZLIN
pada
minggu ini disambung dengan pembentangan untuk bab 3 oleh kumpulan 2. Sebelum
kemerdekaan, Malayan Union telah ditubuhkan selepas Jepun menyerah kalah dan
British kembali mengambil alih Tanah Melayu. Ciri-ciri Malayan Union banyak
menghapuskan kedaulatan dan keistimewaan orang Melayu. Jadi, orang Melayu
sebolehnya menentang keras penubuhan Malayan Union di Tanah Melayu. Bagi
menubuhkan perlembagaan persekutuan tanah melayu, gabenor british telah memberi
syarat-syarat sebelum persetujuan dicapai. Jadi dalam kontrak sosial 1948
diwujudkan dengan mencapai persetujuan antara tiga kaum iaitu Melayu, Cina dan
India. Perkara dalam kontrak ini adalah tentang hak-hak Melayu yang tidak boleh
disentuh dan sebagai pertukaran dengan bukan melayu adalah hak kewarnegaraan
mereka juga tidak akan disentuh. Ia diteruskan dengan perlembagaan persekutuan
tanah melayu dan pilihanraya. Melalui kerjasama politik, pemimpin politik
membawa rombongan ke London dan melakukan perjanjian di sana untuk mendapatkan
kemerdekaan bagi tanah melayu. Dalam perlembagaan terdapat pelbagai perkara
yang ditulis yang tidak boleh disentuh dan dianggap isu sensitif. Ianya
berkenaan isu agama Islam, hak istimewa orang Melayu, bahasa Melayu, kuasa
majlis raja-raja Melayu dan kesamarataan dan hak sama rata.
NUR AMIRAH NAZIHAH BINTI MOHD SIDIK
Pada
minggu ini telah membincangkan tentang penentangan orang melayu terhadap
Malayan Union. Malayan Union telah mendapat tentagan hebat oleh orang melayu.
Motif British menubuhkan Malayan Union adalah kerana ingin mengurus tadbir
Tanah Melayu secara mudah dan cekap. British ingin memerintah Tanah Melayu
secara menyeluruh. Antara sebab-sebab orang melayu tidak suka dengan Malayan
Union kerana Sultan dipaksa untuk menandatangani dokumen. Sir Harold Mac
Michael telah dilantik sebagai wakil British. Jika sultan tidak mahu tanda
tangan, sultan akan diugut bersekongkol dengan Jepun atau dituduh pemberontak.
Malayan Union juga mengamalkan sikap Jus soli iaitu tiada perbezaan antara
orang melayu dan bukan melayu dengan memberi hak kerakyatan berdasarkan tempat lahir.
Dato' Onn Jaafar telah membangkang Malayan Union. Orang melayu juga memboikot
Malayan Union dengan membuat demonstrasi. Orang bukan melayu hanya berdiam diri
kerana mereta telah mendapat hak istimewa. British telah ditertawakan oleh
penjajah lain kerana Malayan Union tidak dapat diterima oleh orang melayu.
No comments:
Post a Comment