Kami
membincangkan tentang temu bual (litaa’arafu) bersama cina luar Bandar. Kami
telah menetapkan tarikh temu bual pada 10 November iaitu pada cuti pertengahan
semester. Kami juga membincangkan tentang soalan yang akan kami pertanyakan
kepada Ms.Heng Tsui Sui.
Soalan
Litaraafu
·
Keagamaan/kepercayaan
Ø Apakah beza antara fengshui dan ying
yang.
Berikan contoh.
Ø Adakah terdapat kaum anda yang tidak
mempercayai kepercayaan di atas.
Ø Mengikut pemerhatian kami setiap rumah
akan terdapat rumah tuhan yang terletak di dalam atau di luar dan rumahnya juga
terdapat kecil dan besar. Adakah tempat meletakkan rumah sama ada diluar atau
di dalam dan juga saiz rumah mempunyai maksud yang tertentu.
Ø Apakah makanan yang selalu dihidangkan
kepada tuhan dan kenapakah makanan tersebut.
Ø Adakah agama ini mempunyai banyak
tuhan.(jika ada, nyatakan)
Ø Apakah nombor colok yang selalu
digunakan untuk penyembahan. Adakah ia mempunyai maksud tertentu.
Ø Di dalam perkahwinan, terdapat member
minum teh kepada ibu bapa. Apakah maksud disebalik perlakuan tersebut.
Ø Jika berlaku kelahiran, apakah yang akan
dilakukan oleh keluarga untuk menyambut kelahiran tersebut.
Ø Adakah mengamalkan berpantang bagi ibu
yang selepas melahirkan anak. (apakah pantang tersebut).
Ø Kebiasaannya berapakah tempoh berpantang
bagi mereka.
Ø Jika berlaku kematian,apakah yang akan
dilakukan oleh kaum keluarga.
Ø Mengapakah sewaktu pengebumian, akan ada
muzik yang mengiringi. Apakah maksudnya.
Ø Kebiasaanya kaum keluarga akan berkabung
selama berapa hari.
·
Kekeluargaan
Ø Apakah yang dititikberatkan dalam
mendidik anak-anak. (sebagai contoh kalau dalam ajaran Islam anak akan diajar
untuk menunaikan solat seawal 7 tahun)
Ø Adakah ibu bapa akan membuat dan
menyusun serta memastikan jadual anak-anak.
Ø Adakah ibu bapa akan menentukan masa hadapan
anak-anak.(seperti menentukan apakah pekerjaan anak-anak)
·
Kemasyarakatan
Ø Apakah aktiviti kemasyarakatan yang
selalu anda lakukan untuk membantu masyarakat.
Ø Anda pilih untuk hidup didalam
masyarakat yang majmuk atau masyarakat yang hanya terdiri dari kaum cina sahaja
dan kenapa.
Ø Adakah anda kenal jiran-jiran anda, dan
pada pendapat anda pentingkah mengenali mereka.
·
Persepsi
terhadap orang dan ajaran Islam
Ø Adakah anda terima kewujudan orang islam
disekeliling anda.
Ø Apakah ajaran Islam yang anda tahu?
Ø Apakah pendapat anda tentang ajaran
tersebut.
Contoh: tentang azan, adakah ia
mengganggu anda?
Ø Jika anda mempunyai satu syarikat yang
mempunyai pekerja melayu, adakah anda menghormati mereka dengan menyediakan dan
membenarkan mereka menunaikan kewajipan mereka.
No comments:
Post a Comment