Thursday 3 December 2015

REFLEKSI 10

NUR HANANI BINTI HAMIDON

Pada refleksi minggu ini, adalah berkenaann dengan politik. Politik adalah merupakan sesuatu proses perubahan yang melibatkan perubahan dalam tadbir urus Negara daripada cara lama kepada cara baru dan terkini. Cara mengukur kejayaan sesebuan Negara, kebiasaanya akan diukur berdasarkan kerjasama pelbagai etnik mewujudkan perpaduan, keharmonian, pembangunan dan kemakmuran Negara. Kejayaan yang dicapai haruslah tidak bertentangan dengan syariah Islam. Kami juga telah mempelajari tentang perbezaan ekonomi semasa zaman perjajahan dan selepas dijajah atau merdeka.  Kemudian perbincangan diteruskan dengan dasar-dasar yang telah diterajui oleh pemimpin-pemimpin negara dalam memajukan negara Malaysia. 

NOOR HIDAYAH BINTI TAWIL

Pembaharuan berdaulat ialah pemerintahan tanpa campur tangan negara luar. Politik melibatkaan pemimpin, pentadbiran dan parti politik. Pembahruan politik yang di bawa oleh Brtisih di Malaysia ialah konsep negara bangsa yang mempunyai sikap nasionalisma, ada identiti sendiri, satu konsep yang menyatakan negara itu ada wilayah dan sempadan.perubahan sistem politik di Malaysia ialah bermula feudal, trias politica dan demokrasi. Syarat pemimpiun haruslah tidak cacat fizikal dan mental, berilmu, adil dan berkemampuan memerintah untuk memerintah sesebuah negara.

NURFARAHAIN BINTI NAZLIN 

Kelas disambung dengan bab 5. Kelas ini menerangkan tentang Perjanjian Malaysia 1963. Perjanjian ini merupakan satu persetujuan yang telah dicapai di antara para pemimpin Malaya, Sabah, Sarawak dan Singapura semasa mereka sama-sama bersetuju untuk menubuhkan Persekutuan Malaysia. Ia tidak mengubah Kontrak Sosial di antara Melayu dan juga Bukan Melayu. Terdapat tuntutan di dalam perjanjian ini dan antaranya ialah agama, bahasa, perlembagaan, imigresen, bumiputera Sabah, senarai negeri, senarai bersama, perlindungan-perlindungan khas bagi Sabah dan Sarawak dan juga pemberian khas kepada Sabah dan Sarawak. Setiap tuntutan ini tidak boleh disentuh dan dipersoal oleh mana-mana pihak sekalipun. Saya juga mempelajari tentang asas politik (siasah) dari segi islam iaitu Al-Quran, Sunnah, Ijma’, Qias, Niat, Tadarruj dan ‘Uruf.


ALYANA BINTI ADLAN 

Pada hari ini saya telah pelajari tentang keadaan ekonomi semasa penjajahan dan sebelum penjajahan. Sebelum penjajahan orang melayu mengamalkan ekonomi sara diri untuk menyara diri mereka, dimana mereka bercucuk tanam cili, ubi, sayur-sayuran, menternak ikan dan memburu binatang. British tidak campur tangan atau mengambil tindakkan pada orang melayu. Dalam ekonomi sara diri mereka menggunakan sistem barter dimana penduduk ditanah melayu menukar barang mereka dengan barang lain. Pada zaman itu juga terdapat bilangan kecil penduduk yang mengusahakan bijih timah secara kesil-kecilan.
                                 
Selepas jajahan British, British memperkenalkan ekonomi dagangan atau ekonomi komersial seperti sistem pertanian komersial iaitu teh, getah dan lain-lain. British juga telah mengasingkan orang Melayu, India dan China. Secara tidak langsung menyebabkan wujud jurang pendapatan antara melayu dan lain bangsa. Orang-orang melayu makin mundur kerana tiada pemintaan untuk hasil yang mereka usahakan dan juga bantuan tidak diberikan kepada mereka oleh pihak British.


Selepas kemerdekaan, Malaysia lebih menumpukan kepada orang luar bandar kerana jika Malaysia membiarkanya ia akan menimbulkan rasa tidak puas hati. Apabila timbul rasa tidak puas hati mereka akan bergaduh menyebabkan politik tidak stabil dan kemungkinan boleh menyebabkan penjajah masuk semula ke Malaysia untuk menjajah.

NUR AMIRAH NAZIHAH BINTI MOHD SIDIK 


BAB 5 - PEMBANGUNAN POLITIK & HUBUNGAN ETNIK
Pada minggu ini membincangkan perkaitan politik dan ekonomi. Jika politik  sesebuah negara itu baik, ekonomi juga akan meningkat. Maksud politik dari sudut islam ialah siasah. Islam juga mewajibkan kita untuk mengambil tahu hal pentadbiran negara. Menurut Imam Al- Ghazali, agama dan politik adalah saudara kembar. Agama adalah asas manakala politik adalah penjaga. Terdapat 3 pembaharuan utama yang dibawa oleh British di Malaysia. Pertama, konsep negara bangsa iaitu satu konsep yang menyatakan negara itu ada wilayah, di dalam wilayah ada sempadan dan melibatkan pemerintahan yang berdaulat dan rakyat mempunyai identiti yang sama. Kedua, struktur politik. Pada sebelum pemerintahan British memgamalkan sistem feudal iaitu raja dan golongan pembesar yang berkuasa tetapi selepas penjajahan British mengamalkan sistem Teras Politica iaitu sistem pemerintahan bercabang tiga yang mempunyai badan eksekutif, badan perundangan dan badan pelaksana. Ketiga ialah perubahan budaya politik iaitu penyertaan rakyat dari pasif ke aktif.
Selain itu, pencapaian konsep sesebuah negara bangsa itu diukur dari 4 aspek iaitu pertama, pencapaian dasar negara. Kedua, kekerapan konflik seterusnya kekerapan pilihan raya dan keempat ialah bagaimana rakyat menilai pilihan raya itu.

Tahap pencapaian demokrasi juga diukur dari 4 aspek. Pertama, parti politik. JIka banyak parti poltik baru menunjukkan tahap demokrasi berada di tahap yang baik. Kedua, tahap majlis perwakilan rakyat ia terbahagi kepada 2 iaitu Parlimen dan Dewan Undangan Negeri. Ketiga, perlembagaan negara. Lagi ramai mencabar perlembagaan negara, lagi sihat demokrasi tetapi ia akan menimbulkan isu-isu lain seperti isu negara bangsa. Akhir skali ialah pilihan raya.