Thursday 3 December 2015

REFLEKSI 10

NUR HANANI BINTI HAMIDON

Pada refleksi minggu ini, adalah berkenaann dengan politik. Politik adalah merupakan sesuatu proses perubahan yang melibatkan perubahan dalam tadbir urus Negara daripada cara lama kepada cara baru dan terkini. Cara mengukur kejayaan sesebuan Negara, kebiasaanya akan diukur berdasarkan kerjasama pelbagai etnik mewujudkan perpaduan, keharmonian, pembangunan dan kemakmuran Negara. Kejayaan yang dicapai haruslah tidak bertentangan dengan syariah Islam. Kami juga telah mempelajari tentang perbezaan ekonomi semasa zaman perjajahan dan selepas dijajah atau merdeka.  Kemudian perbincangan diteruskan dengan dasar-dasar yang telah diterajui oleh pemimpin-pemimpin negara dalam memajukan negara Malaysia. 

NOOR HIDAYAH BINTI TAWIL

Pembaharuan berdaulat ialah pemerintahan tanpa campur tangan negara luar. Politik melibatkaan pemimpin, pentadbiran dan parti politik. Pembahruan politik yang di bawa oleh Brtisih di Malaysia ialah konsep negara bangsa yang mempunyai sikap nasionalisma, ada identiti sendiri, satu konsep yang menyatakan negara itu ada wilayah dan sempadan.perubahan sistem politik di Malaysia ialah bermula feudal, trias politica dan demokrasi. Syarat pemimpiun haruslah tidak cacat fizikal dan mental, berilmu, adil dan berkemampuan memerintah untuk memerintah sesebuah negara.

NURFARAHAIN BINTI NAZLIN 

Kelas disambung dengan bab 5. Kelas ini menerangkan tentang Perjanjian Malaysia 1963. Perjanjian ini merupakan satu persetujuan yang telah dicapai di antara para pemimpin Malaya, Sabah, Sarawak dan Singapura semasa mereka sama-sama bersetuju untuk menubuhkan Persekutuan Malaysia. Ia tidak mengubah Kontrak Sosial di antara Melayu dan juga Bukan Melayu. Terdapat tuntutan di dalam perjanjian ini dan antaranya ialah agama, bahasa, perlembagaan, imigresen, bumiputera Sabah, senarai negeri, senarai bersama, perlindungan-perlindungan khas bagi Sabah dan Sarawak dan juga pemberian khas kepada Sabah dan Sarawak. Setiap tuntutan ini tidak boleh disentuh dan dipersoal oleh mana-mana pihak sekalipun. Saya juga mempelajari tentang asas politik (siasah) dari segi islam iaitu Al-Quran, Sunnah, Ijma’, Qias, Niat, Tadarruj dan ‘Uruf.


ALYANA BINTI ADLAN 

Pada hari ini saya telah pelajari tentang keadaan ekonomi semasa penjajahan dan sebelum penjajahan. Sebelum penjajahan orang melayu mengamalkan ekonomi sara diri untuk menyara diri mereka, dimana mereka bercucuk tanam cili, ubi, sayur-sayuran, menternak ikan dan memburu binatang. British tidak campur tangan atau mengambil tindakkan pada orang melayu. Dalam ekonomi sara diri mereka menggunakan sistem barter dimana penduduk ditanah melayu menukar barang mereka dengan barang lain. Pada zaman itu juga terdapat bilangan kecil penduduk yang mengusahakan bijih timah secara kesil-kecilan.
                                 
Selepas jajahan British, British memperkenalkan ekonomi dagangan atau ekonomi komersial seperti sistem pertanian komersial iaitu teh, getah dan lain-lain. British juga telah mengasingkan orang Melayu, India dan China. Secara tidak langsung menyebabkan wujud jurang pendapatan antara melayu dan lain bangsa. Orang-orang melayu makin mundur kerana tiada pemintaan untuk hasil yang mereka usahakan dan juga bantuan tidak diberikan kepada mereka oleh pihak British.


Selepas kemerdekaan, Malaysia lebih menumpukan kepada orang luar bandar kerana jika Malaysia membiarkanya ia akan menimbulkan rasa tidak puas hati. Apabila timbul rasa tidak puas hati mereka akan bergaduh menyebabkan politik tidak stabil dan kemungkinan boleh menyebabkan penjajah masuk semula ke Malaysia untuk menjajah.

NUR AMIRAH NAZIHAH BINTI MOHD SIDIK 


BAB 5 - PEMBANGUNAN POLITIK & HUBUNGAN ETNIK
Pada minggu ini membincangkan perkaitan politik dan ekonomi. Jika politik  sesebuah negara itu baik, ekonomi juga akan meningkat. Maksud politik dari sudut islam ialah siasah. Islam juga mewajibkan kita untuk mengambil tahu hal pentadbiran negara. Menurut Imam Al- Ghazali, agama dan politik adalah saudara kembar. Agama adalah asas manakala politik adalah penjaga. Terdapat 3 pembaharuan utama yang dibawa oleh British di Malaysia. Pertama, konsep negara bangsa iaitu satu konsep yang menyatakan negara itu ada wilayah, di dalam wilayah ada sempadan dan melibatkan pemerintahan yang berdaulat dan rakyat mempunyai identiti yang sama. Kedua, struktur politik. Pada sebelum pemerintahan British memgamalkan sistem feudal iaitu raja dan golongan pembesar yang berkuasa tetapi selepas penjajahan British mengamalkan sistem Teras Politica iaitu sistem pemerintahan bercabang tiga yang mempunyai badan eksekutif, badan perundangan dan badan pelaksana. Ketiga ialah perubahan budaya politik iaitu penyertaan rakyat dari pasif ke aktif.
Selain itu, pencapaian konsep sesebuah negara bangsa itu diukur dari 4 aspek iaitu pertama, pencapaian dasar negara. Kedua, kekerapan konflik seterusnya kekerapan pilihan raya dan keempat ialah bagaimana rakyat menilai pilihan raya itu.

Tahap pencapaian demokrasi juga diukur dari 4 aspek. Pertama, parti politik. JIka banyak parti poltik baru menunjukkan tahap demokrasi berada di tahap yang baik. Kedua, tahap majlis perwakilan rakyat ia terbahagi kepada 2 iaitu Parlimen dan Dewan Undangan Negeri. Ketiga, perlembagaan negara. Lagi ramai mencabar perlembagaan negara, lagi sihat demokrasi tetapi ia akan menimbulkan isu-isu lain seperti isu negara bangsa. Akhir skali ialah pilihan raya.






Wednesday 25 November 2015

REFLEKSI 9

NUR HANANI BINTI HAMIDON

Apa yang saya perolehi bagi perbincangan minggu ini adalah tentang tahap hubungan etnik yang terbahagi kepada dua iatu tahap positif dan tahp negative.  Saya akan melihat kepada tahap negative iaitu prejudis, stereotaip dan diskriminasi. Prejudis adalah pandangan negative mengenai orang lain dimana pada tahap ini pemikiran neatif itu hanya ada dalam diri kita dan tidak diluahkan kepada orang lain. Manakala, stereotaip pula adalah kenyataan umu yang negative terhadap sesuatu kumpulan utnik atau kaum dan dinyatakan secara lisan. Stereotaip ini lebih buruk daripada prejudis dimana kita mengumpat tentang kaum lain kepada orang lain. Akhir sekali ialah diskriminasi, ianya tahap yang paling teruk iaitu perbuatan membandingkan seseorang individu atau sesuatu kelompok etnik lain berasaskan ciri-ciri etnik semata dan bersifat tindakan. Seperti kejadia membakar bible disabah dan Sarawak. Kesimpulannya, kita manusia yang hidup dalam pelbagai agama dan kaum ini seharusnya menjauhi sikap prejudis kerana daripada sikap ini akan wujudnya sikap stereotaip dan jika tidak dibendung akn memndatangkan masalah yang lebih besar jika memasuki tahap diskriminasi terhadap kaum dan agama lain yang boleh memecahbelahkan kaum di malaysai disamping mengganggugugat keharmonian negara. Kemudian diteruskan lagi dengan pendekatan Islam dalam pembangunan politik iaitu melalui asa politik seperti Al-Quran, Sunnah, Ijma dan Qias. Kemudian perbincangan diteruskan dengan unsur-unsur Politik Islam seperti Niat, Tadarruj dan Uruf.


NOOR HIDAYAH BINTI TAWIL

Sebelum merdeka ekonomi di Malaysia ialah ekonomi sara diri. Ciri-ciri ekonomi sara diri ialah menanam padi, melombong bijih timah, memungut hasil hutan, menternak binatang serta menangkap ikan. Mereka tidak di gaji mahupun menggaji pekerja. Di samping itu mereka mengamal kan sistem barter iaitu menukar barang dan makanan sebagai ganti mata wang. Ekonomi dagangan ialah komersial dan secara moden. Kegiatan mere3ka adalah secara kecdil-kecilan, malahan melombong bijih timah dan getah dan memasarkan nya ke Jepun, China India sebelum British datang ke Tanah Melayu.

Semasa penjajahan British, ekonomi dagangan adalah sistem pertanian dan komersial. Selain itu, penggunaan tenaga buruh luar.British telah membawa masuk buruh asing dari luar untuk menjalan kan kegiatan perlombongan serta pengusahaan getah. Malah British mengamalkan dasar pecah perintah serta meningkatkan jurang perbezaan antara kaum. Selepas merdeka, kerajaan menekankan pembangunan negara di luar bandar. Mereka juga mengambil langkah mempelbagaikan asas ekonomi seperti kelapa sawit, koko, lada, dan kayu balak. Meraka mambantu kaawasan luar bandar kerana ingin mengurangkan jurang perbezaan antara kaum serta meningkatkan taraf hidup.

NURFARAHAIN BINTI NAZLIN 

Kelas disambung dengan bab 4. Tajuk ini menerangkan tentang Rancangan Pembangunan 5 Tahun negara. Bermulanya dengan rancangan yang pertama hingga kesembilan. Rancangan ini adalah untuk pemberitahuan tentang rancangan negara kepada rakyat. Setiap rancangan negara perlu diberitahu kepada rakyat agar mereka tahu dan menyokong setiap rancangan tersebut. Ini adalah kerana rakyat ialah penggerak untuk menjadikan rancangan tersebut berjalan dan berjaya. Pelbagai dasar juga diperkenalkan untuk memajukan dan menaikkan taraf hidup rakyat di dalam negara. Antara dasar yang diperkenalkan ialah Dasar-Dasar Pertanian Awam, Dasar-Dasar Awam Perindustrian, Dasar Industri Berat Negara dan Dasar Penswastaan.  

NUR AMIRAH NAZIHAH BINTI MOHD SIDIK 

Minggu 10 membincangkan mengenai pembangunan ekonomi di Malaysia di zaman sebelum merdeka dan selepas merdeka. Pada zaman sebelum merdeka, orang melayu mengamalkan ekonomi tradisional iaitu konsep sara diri. Antara ciri-ciri ekonomi sara diri seperti menanam padi, melombong bijih timah, menternak binatang dan menangkap ikan. Pada waktu ini juga mereka mengamalkan sistem barter iaitu pertukaran barang dengan barang. Ekonomi dagangan pula ialah ekonomi komersial iaitu menjalankan kegiatan pertanian secara kecil-kecilan. Sebelum British datang ke Tanah Melayu, mereka menjalankan kegiatan melombong bijih timah dan telah memasarkan ke Jepun, China dan India. Semasa ekonomi zaman penjajahan, British telah mengamalkan Dasar Pecah Perintah antara kaum dari segi penempatan menyebabkan orang melayu terpisah dari arus ekonomi moden dan kekal menjalankan ekonomi tradisional. Dasar ini telah meningkatkan lagi jurang pendapatan, komunikasi dan juga pendidikan,

Selepas merdeka kerajaan telah menekankan pembangunan negara di luar bandar dengan mengambil langkah mempelbagaikan asas ekonomi seperti kelapa sawit, koko lada hitam dan kayu balak. Kerajaan telah membantu masyarakat luar bandar kerana ingin menghilangkan jurang perbezaan antara kaum dan juga meningkatkan taraf hidup rakyat.



Wednesday 18 November 2015

REFLEKSI 8


NUR HANANI BINTI HAMIDON

Seterusnya kami telah masuk ke bab yang baru iaitu BAB Pembangunan Politik dan Hubungan Etnik. Bab ini berkisarkan tentang tajuk modenisasi, pembangunan ekonomi dan hubungan etnik. Tajuk yang ingin dibincangkan ialah modenisasi ekonomi. Modenisasi merupakan satu proses transformasi atau perubahan dalam aspek kehidupan masyarakat. Ia dianggap sebagai sesuatu yang harus ditempuh oleh semua bangsa atau negara terutama yang baru merdeka. Matlamat dan kepentingan modenisasi ekonomi ialah mewujudkan sebuah masyarakat industri. Industri ialah usaha untuk menghasilkan sesuatu. Ini bagi meningkatkan tahap ekonomi negara sekaligus merapatkan jurang pendapatan antara kaum. Modenisasi boleh dilihat dari perubahan pembinaan teknologi, pembangunan pertanian dan urbanisasi pada zaman sebelum dan selepas merdeka. Perubahan pembinaan teknologi dapat dilihat dengan majunya dalam peringkat pengeluaran oleh negara kita. Zaman sebelum dijajah bijih timah dilombong menggunakan tangan dan selepas merdeka segala proses pengeluarannya telah bertukar dengan penggunaan mesin. Bagi pembangunan pertanian pula, modenisasi telah merubah cara untuk mempromosikan produk dengan import dan export pengeluaran seperti sayur-sayuran, buah-buahan dan sebagainya. Ini telah mengukuhkan ekonomi negara sehingga masa kini dan ianya sedikit sebanyak membantu dalam menjana pendapatan negara dan merapatkan jurang pendapatan antara kaum. 


NURFARAHAIN BINTI NAZLIN 

Kelas diteruskan dengan bab 4 iaitu modenisasi, pembangunan ekonomi & hubungan etnik. Modenisasi bermaksud perubahan berencana merupakan suatu proses dimana matlamat, metod dan ukuran pencapaian ditentukan terlebih dahulu sebelum suatu perubahan dilaksanakan. Ia bermula di Eropah akibat dari 2 revolusi besar iaitu Revolusi Perancis dan Revolusi Industri. Dalam kelas ini juga membincangkan sama ada modenisasi atau lebih kepada pembaratan. Pembaratan adalah satu bentuk peniruan gaya hidup barat yang tidak disertai oleh suatu usaha perubahan secara berencana. Modenisasi juga terdapat dalam bentuk ekonomi dan politik. 

ALYANA BINTI ADLAN

Pada minggu ini saya telah pelajari tentang Malayan union, kontrak social 1948, perlembagaan persekutuan tanah melayu, rombongan ke London dah suruhanjaya reid.


Malayan union ditubuhkan oleh british bertujuan untuk mengurus takbir secara mudah dan cekap secara menyatukan negeri-negeri dan meningkatkn kecekapan pengurusan pentadbiran. British juga menyimpan perasaan anti-melayu kerana orang melayu telah bekerjasama dengan jepun sebelum ini dan pengenalan Malayan union dpt melemahkan kuasa orang melayu terutamanya raja-raja melayu. Terdapat 4 ciri-ciri malayan union. Pertama, semua negeri melayu kecuali Singapura disatukan dibawah penerintahan Gabenor British.Gabenor ini pula dibantu oleh Majlis Mesyuarat Persekutuan dan Majlis Undangan. Kedua, Singapura dijadikan tanah jajahan berasingan dibawah seorang Gabenor British. Ketiga, kedaulatan Raja-Raja melayu dihapuskan secara tidak langsung menyebabkn Raja-Raja melayu tidak boleh memerintah tanah melayu. Keempat, hak kerakyatan yang sama bagi semua orang tanpa mengira bangsa dan keturunan. Malayan union ditentang oleh orang-orang melayu kerana kuasa Raja-Raja melayu dilenyapkan dalam urusan pentadbiran negeri, Singapura dipisahkan dari Malayan Union dan ia kekal sebagai tanah jajahan inggeris. British sedar Malayan Union tidak berjaya tanpa sepakat dari orang melayu.

Kontrak social 1948 pula adalah tentang persefahaman melayu dan bukan melayu. Satu persetujuan yang dicapai diantara melayu, cina dan india semasa mewujudkan Persekutuan Tanah Melayu 1948 di bawah naugan inggeris.
            

NUR AMIRAH NAZIHAH BINTI MOHD SIDIK 

BAB 4 - MODENISASI, PEMBANGUNAN EKONOMI & HUBUNGAN ETNIK

Minggu ke 8 telah membincangkan berkaitan modenisasi. Modenisasi ialah satu proses transformasi atau perubahan dalam segala aspek kehidupan masyarakat telah dianggap sebagai sesuatu yang harus ditempuhi oleh semua bangsa dan negara. Modenisasi sangat berkait rapat dengan teori Evolusionalisme. Teori evolusionalisme ialah perubahan pada sifat atau frekuensi gen suatu populasi organisme dari satu generasi ke satu generasi. Perubahan yang dialami oleh suatu masyarakat berlangsung secara berencana dan tidak berencana. Perubahan berencana merupakan suatu proses di mana matlamat, metod dan ukuran pencapaian ditentukan terlebih dahulu sebelum suatu perubahan dilaksanakan. Maka, perubahan nerencana inilah yang kemudian akan disebut sebagai modenisasi. Perubahan secara tidak berencana ialah suatu proses peniruan dari aspek Barat seperti gaya hidup barat yang tidak disertai oleh suatu usaha perubahan secara berencana.

Saturday 14 November 2015

Lita'arafu (Masyarakat Cina Luar Bandar)


Pada 10 November 2015 kami telah ke Sekincan bagi menemuramah Mrs. Heng Tsui Sui yang menetap di sana. Hanya kami berempat kesana kerana 3 lagi ahli kami tidak dapat menyertai kami kerana mempunyai urusan peribadi. Kami telah bertolak pada jam 8 pagi dari Puncak Alam dan telah sampai pada jam 9 lebih. Apabila sampai di sana kami telah berhenti di sebuah kedai yang menjual barangan bayi untuk memberi cenderahati kepada Mrs. Heng Tsui Sui sebagai tanda penghargaan kerana sudi ditemuramah oleh kami. Pada pukul 12 tengahari kami telah ke Balai raya dan menunggu Mrs. Heng untuk ditemuramah oleh kami disini.



Mrs. Heng berumur 30 tahun dan merupakan ibu kepada 2 anak kembar yang baru sahaja lahir. Beliau bekerja di sebuah syarikat percetakan yang terletak di Sekincan dan memegang jawatan sebagai pengurus bahagian HR di sana. Beliau dibesarkan di Sekincan dan kekal menetap di sana sehingga kini dan berikutan itu kami merasakan beliau sesuai untuk menjadi respondent yang boleh menjawab pelbagai persoalan yang kami ingin tujukan kepada masyarakat Cina yang menetap di luar Bandar. Kami sekadar ingin pempelajari dan ingin tahu bagaimana cara kehidupan mereka, adakah kehidupan mereka berbeza dengan masyarakat cina Bandar dan bagaimana penerimaan mereka terhadap orang Melayu atau Islam di kawasan penempatan mereka. Berikut adalah hasil daripada temuramah kami :D


KEAGAMAAN

Fengshui

Fengshui digunakan untuk orang Cina yang lebih berfikiran moden. Ia bermaksud mengkaji kehidupan persekitaran (luaran dan dalaman) berkait rapat dengan manusia pada satu-satu masa. Terutama daripada segi kesihatan, watak, kekayaan, peluang dan hubungan. Seperti yang dikatakan oleh Mrs. Heng orang cina yang mempunyai rumah akan memastikan pintu meraka tidak berada dekat dengan tiang dan jika berada dekat dengan tiang ini bermaksud bahawa keidupan keluarga itu tidak aman. Tidak semua orang cina yang percaya akan fengshui. Mereka mengikut kepercayaan masing-masing jika kepercayaan mereka percaya tentang fengshui maka mereka akan mengikut segala pantang larang. Pada diri Mrs.Heng, beliau tidak percaya akan fengshui. Fengshui ini lebh dipercayai oleh orang yang kaya kerana apabila orang cina yang kaya ingin membina rumah atau menyusun atur rumah, mereka akan memanggil cikgu fengshui untuk datang dan memberi pendapat dimana harus letaknya pintu rumah dan perabot juga dimana tempat yang sesuai untuk mereka menyusun. Setiap susunan perabot itu akan melambangkan keamanan hidupan mereka. Akan tetapi bagi Mrs.Heng orang Cina luar bandar kurang mengamalkan kepercayaan Feng Shui kerana Cikgu atau pakar yang memahami akan feng shui mengenakan bayaran yang amat tinggi dan kebiasaan rumah di luar bandar adalah kecil dan perabot untuk disusun atur tidak banyak.

Yingyang


Yingyang pula adalah kepercayaan yang diamalkan pada zaman dahulu. ‘Ying’ merupakan sebelah perempuan manakala ‘yang’ adalah untuk sebelah lelaki. Apabila ying dan yang dicampurkan sekali ia akan menghasil kan bentuk bulat dan juga corak diamana sebelah adalah warna putih dan sebelah lagi adalah warna hitam. Mrs.Heng sendiri tidak berapa jelas tentang Ying dan Yang ini. Apa yang beliau tahu adalah ianya merupakan keseimbangan dalam kehidupan manusia.

Tuhan




Menurut Ms. Huang Tsui Sui di dalam agama Buddha terdapat pelbagai jenis Tuhan dan dewa malah bilangannya mencecah ratusan. Selain dewa Buddha, di dalam sistem kepercayaan rakyat Cina terdapat tiga golongan utama dewa iaitu dewa pengusaha alam semesta yang mempunyai wilayah kekuasaan di langit termasuk juga sebagai malaikat langit. Tambahan pula, terdapat dewa penguasa manusia yang mengurus soal-soal yang bersangkutan dengan kehidupan manusia seperti kelahiran, kematian, rezeki, kekayaan, pangkat dan sebagainya.

Rumah Tuhan


Rumah tuhan merupakan rumah beribadat yang diletakkan didalam dan diluar rumah dan juga saiz rumah tuhan tersebut bergantung kepada pemilik rumah. Rumah tuhan tersebut mengikut nenek moyang dan juga keturunan mereka. Terdapat beberapa dewa seperti ‘Dewa Guanti’ dan ‘Dewa Guangin yang diamalkan oleh respondent. Ada sesetangah orang yang sembayang menggunakan patung dan ada juga yang tidak menggunakan patung dimana mereka akan mengunakan gambar. Ini juga mengikut keturunan mereka masing-masing. Setiap keturunan mempunyai dewa masing-masing. Pada zaman sekarang kebanyakkan orang cina lebih memilih untuk meletakkan rumah tuhan yang sederhana dan ada diantaranya tidak meletakkan rumah ibadat di rumah mereka. ‘Dewa Guanti’ disembah oleh respondent melambangkan dewa bagi perniaga seperti di kilang manakala dewa guangin pula adalah untuk orang yang sembayang dirumah. Rumah tuhan yang terletak di luar rumah dipanggil natuk. Jika seseorang itu tinggal dirumah nenek moyang mereka maka mereka akan menggunakan rumah tuhan yang terletak di luar dimana cara sembayang mereka sedikit rumit berbanding yg moden yang menyimpan tuhan mereka di dalam rumah.

PERAYAAN TAHUN BARU CINA
Tahun Baru Cina merupakan perayaan terpenting bagi orang Cina bagi menyambut tahun baru dalam Kalendar Qamari Cina. Kalendar ini terbahagi kepada kitaran 12tahun dan dinamakan sempena nama haiwan (zodiac cina)



Tahun Baru Cina melambangkan titik permulaan dalam nasib dan kehidupan orang Cina. Sebelum hari tahun baru bermula, sanak saudara yang jauh akan kembali berkumpul di kampong halaman masing-masing bagi meraikan perayaan bersama ibu dan bapa mereka.

Sejarah tentang Tahun Baru Cina adalah tidak jelas. Biasanya ramai ahli sejarah bersetuju bahawa perayaan bermula daripada Dinasti Shang (ca. 1600 SM – ca. 1046 SM) untuk menyembah dewa bagi membuahkan hasil yang baik sebab Tahun Baru Cina ialah dalam musim menuai yang baru. Sebelum Dinasti Qin (221 SM - 206 SM), tarikh perayaan permulaan sesuatu tahun adalah tidak jelas. Ada kemungkinana bahawa awal tahun bermula dengan bulan 1 ketika Dinasti Xia (ca. 2100 BC–1600 BC), bulan 12 ketika Dinasti Shang (ca. 1600 SM - ca. 1046 SM), dan bulan 11 ketika Dinasti Zhou (1066 SM - 221 SM). Maharaja pertama China Qin Shi Huang menukar dan menetapkan awal tahun pada bulan 10 pada 221 SM. Pada Dinasti Han 104 SM, Maharaja Wu menetapkan bulan 1 sebagai awal tahun, yang masih kekal sampai masa ini. 

Bagi yang ingin mengemas rumah pada 3 hari awal perayaan mereka tidak dibenarkan sama sekali untuk menggunakan penyapu untuk menyapu rumah kerana menurut Mrs. Heng ia akan menghalau benda baik atau dewa-dewi dari memasuki rumah mereka. Jika ada apa-apa kotoran mereka hanya dibenarkan untuk mengelap dengan kain sahaja. Sebelum perayaan juga segala hutang-piutang akan dikutip dan dibayar agar mereka yang meraikan perayaan ini selesa dan tidak sentiasa dikelilingi hutang sepanjang tahun baru.


Warna merah atau warna hong (dalam bahasa Cina) adalah warna pilihan utama masyarakat Cina. Pemakaian warna tersebut  telah diamalkan sejak turun temurun lagi. Tidak ada warna lain yang menjadi pilihan utama , hanya warna merah. Bukan sekadar itu, warna merah sendiri sebenarnya mempunyai makna yang tersendiri bagi masyarakat Cina. Warna merah menggambarkan keadaan yang terang dan ceria telah menjadi lambang kegembiraan dan menjanjikan sinar kecerahan dalam kehidupan. Warna merah itu dipanggil hong dalam bahasa Cina dan bunyinya kedengaran seperti ong atau bertuah. Maka, masyarakat Cina percaya warna ini akan membawa tuah jika dipakai  pada hari pertama Tahun Baru Cina dan majlis perayaan yang lain. Mereka percaya dengan pemakaian warna ini akan dilimpahi tuah sepanjang tahun.



Mercun akan dibakar pada tengah malam bagi menandakan bermulanya tahun baru dan menghalau nasib malang dari menghampiri kehidupan mereka. 




Rumah-rumah akan dihiasi dengan bunga dan buah limau sebagai simbol murah rezeki.


Tahun Baru Cina diraikan dengan jamuan Yee Sang dan Kuih Bakul. Kaum keluarga akan makan besar dengan masakan tradisi seperti hidangan daging itik, daging salai, sosej, kuih pulut, dan limau mandrin.


Angpau adalah sesuatu yang dinanti-nantikan oleh kanak-kanak semasa Tahun Baru Cina. Warna merah pada sampul melambangkan tuah. Jumlah wang yang terkandung dalamnya lazimnya dikehendaki bermula dengan angka genap kerana angka ganjil kebiasaannya diberi ketika majlis pengebumian


Sembahyang Leluhur



Orang cina biasanya mengadakan sembahyang kecil dan sembahyang besar atau dikenali juga sebagai sembahyang leluhur yang merupakan suatu kewajiban bagi mereka yang masih memegang teguh ajaran leluhur. Sembahyang besar ini biasanya memakai Sam Seng atau menggunakan tiga haiwan bernyawa oleh kerana itu sembahyang ini juga biasa disebut dengan sembahyang Sam Seng atau sembahyang bernyawa. Sembahyang ini biasanya dilakukan setahun dua kali, iaitu pada waktu menziarahi ke kubur orang tua atau sanak saudara, dan semasa perayaan tahun baru. Sembahyang ini biasanya dilakukan pada pagi hari di makam orang tua atau saudara-mara yang telah mati, dan pada malam harinya seluruh sanak saudara biasanya akan berkumpul bersama untuk makan malam sebelum tahun baru. Untuk sembahyang besar yang biasa dilakukan orang Tionghoa yang masih melaksanakannya dengan disertakan hidangan yang disajikan terdiri daripada yang berkuah atau basah dan yang tidak berkuah atau kering. Contoh makanan basah ialah beraneka jenis sup manakala makanan kering ialah seperti sate babi manis (tidak ditusuk dengan lidi), udang goreng, ayam goreng, mi goreng, sosej babi buatan sendiri, kuih dan sebagainya. Sam Seng yang merupakan hidangan daripada 3 jenis haiwan kebiasaannya adalah seperti daging babi, ikan dan ayam. Jumlah dan ragam masakannya bisa disesuaikan bergantung kepada selera dan jenis masakan masing-masing, atau mengikuti kesukaan leluhur (jenazah) semasa hidup yang penting ianya mesti seimbang da nada kesemuanya. Untuk buah-buahan, biasanya yang umum-umum saja asal tidak berduri, seperti pisang, jeruk, apel, pear, anggur, delima, nanas (dipotong tangkai daunnya kerana tajam) dan sebagainya sebanyak 5 jenis buah. Jenis buah-buahan lokal juga kebisaannya digunakan sebagai variasi buah-buahan. Selain itu juga ia disertakan dengan te liau (manisan teman minum teh) misalnya tang ke (manisan buah), ang co (kurma mandarin), dan sebagainya sebanyak tiga jenis manisan. Ia juga digantikan dengan gula-gula atau manisan yang lain kalau tidak ada atau tidak sempat disediakan. Kuih-kuih yang biasa ada pada saat sembahyang besar leluhur adalah kuih ku’ merah (berbentuk seperti tempurung kura-kura dan ia melambangkan umur panjang) dan kuih lapis (melambangkan rezeki yang berlapis-lapis atau berlipat kali ganda), kuih mangkok, kuih atau kek pisang, kuih bugis, kuih bikang ambon dan sebagainya sebanyak tiga jenis kuih. Yang tentu tidak boleh ketinggalan kalau sembahyang menjelang Tahun Baru ialah kuih keranjang sebagai menu khasnya bagi kuih. Untuk nasi sendiri biasanya disajikan di dalam mangkuk (untuk leluhur laki-laki) dan di piring (untuk leluhur perempuan).


Colok

Colok ialah sejenis gaharu yang dibakar apabila orang Cina bersembahyang. Colok juga digunakan oleh penduduk pantai timur bagi merujuk kepada mancis. Colok boleh juga dibakar di hadapan pintu, atau tingkap terbuka sebagai penyembahan ke kayangan, atau menyembah dewa-dewi. Amalan memegang lilin dan colok bagi orang Cina adalah budaya nenek moyang yang sudah turun temurun diamalkan. Amalan menyalakan lilin adalah budaya yang diamalkan oleh bangsa Cina turun temurun malah ia menjadi amalan kepada orang Islam di China. Orang Cina membakar colok atau setanggi adalah bermaksud setiap yang 'bermula'(dilahirkan) akan berakhir(mati). Ini adalah kerana apabila colok itu dibakar, ia bermakna suatu 'kehidupan' telah bermula dan tempoh pembakaran itu adalah ibarat hayat kehidupan seorang manusia. Ini adalah untuk mengingati penganutnya bahawa setiap manusia yang dilahirkan akan mati jua pada suatu hari. Ia juga memberi pengajaran kepada penganut agama tersebut agar tidak sombong dan takbur sepanjang hidupnya. Colok tersebut diletakkan di dalam bekas seramik yang mempunyai abu di dalamnya. Ketika upacara sembahyang berlangsung, penganutnya akan meletakkan buah atau bunga semasa upacara berlangsung.


Perkahwinan


Perkahwinan merupakan satu peristiwa di mana nama keluarga yang berlainan akan meneruskan jurai keturunan bapanya. Secara amnya, inilah sebab utama mengapa anak lelaki diutamakan berbanding dengan anak perempuan saat kelahiran. Menyentuh mengenai tradisi selepas majlis perkahwinan iaitu tradisi memberi minum teh oleh pengantin lelaki kepada ibu bapa pengantin perempuan sebagai tanda terima kasih suami kepada mereka kerana telah menyerahkan anak mereka kepadanya.  Manakala sebagai tanda penerimaan pengantin perempuan pula akan mula memanggil gelaran ayah dan ibu pada ibu bapa suaminya saat hari pertama pengantin tersebut memasuki rumah. Tradisi meminum teh juga dilakukan ketika pengantin lelaki dan pengantin perempuan memperkenalkan isteri atau suami mereka pada saudara mara masing-masing bagi melambangkan penerimaan pasangan pengantin terutamanya si isteri dalam keluarga si suami di samping bertujuan untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan. Dalam upacara ini pasangan pengantin akan memberi teh yang disediakan kepada saudara mara pihak lelaki. Walau bagaimanapun adat bersanding dan upacara minum teh ini sudah kurang diamalkan oleh masyarakat Cina hari ini.

Kematian

Penganut agama Buddha juga sinonim dengan kematian yang diiringi dengan muzik. Bagi Mrs. Heng Tsui Sui muzik yang mengiringi mayat sebagai satu pakej kematian. Bagi orang Cina jika tidak mempunyai wang mereka tidak boleh mati oleh kerana kos untuk memilih kubur menurut fengshui, kos keranda, kos mengupah guru untuk mengetahui fengshui sesuatu tempat kubur tersebut dan sebagainya amat tinggi. Dengan itu amat digalakan di kalangan masyarakat Cina sumbangan dari orang yang melawat kepada si mati untuk menambah kos pengurusan mayat dan telah ditetapkan minimum dua puluh atau tiga puluh ringgit. Diwaktu berlakunya kematian, mayat akan dibersihkan dan dimandikan sebagai memberi penghormatan terakhir kepada si mati. Setelah dimandikan mayat disapu dengan minyak wangi dan disolek. Ia bertujuan untuk mengharumkan si mati terutama apabila berada di alam seterusnya. Kemudiannya mayat tersebut dipakaikan dengan pakaian yang cantik. Lazimnya pakaian tersebut adalah pakaian yang dipakai ketika hari perkahwinan. Oleh itu adalah menjadi kewajipan masyarakat Cina menyimpan pakaian perkahwinan untuk dipakai sewaktu meninggal dunia. Si mati turut dipakaikan dengan aksesori yang lain terutamanya wanita. Kemudian mayat akan dimasukkan ke dalam keranda yang diperbuat daripada kayu yang diukir menarik. Bagi yang kaya, keranda diukir dengan bersalutkan logam. Ini adalah untuk menunjukkan kedudukan seseorang semasa hidupnya. Menurut Ms Huang lagi, ahli keluarga, saudara-mara dan sahabat handai dikehendaki memberi penghormatan yang terakhir pada si mati disamping menangis atau meratapi pemergian si mati.

Terdapat juga upacara sembahyang dan makan malam sebelum pengkebumian mayat dilakukan. Tangisan ini perlu dilakukan dengan kuat apabila si mati diletakkan di ruang tamu sehinggalah diusung ke kawasan perkuburan ditanam. Lazimnya tangisan yang dilakukan perlu diselitkan dengan kata-kata yang menunjukkan si mati telah membuat jasa. Tangisan mengungkit keburukan si mati dilarang sama sekali. Jika ini berlaku, roh si mati tidak akan tenteram dan si mati akan tersiksa. Ada juga segelintir masyarakat Cina yang melupuskan hutang piutang si mati dengan alasan untuk mententeramkan si mati agar tidak disoal di alam akhirat kelak. Tangisan ahli keluarga terutama ibu bapa atau saudara yang lebih tua lebih baik dan ini digalakkan dalam masyarakat Cina. Selain itu masyarakat Cina juga akan mengupah lebih ramai untuk menangisi si mati. Tangisan yang kuat terutama dalam perjalanan menuju ke kawasan perkuburan amat digalakkan. Tangisan ini seolah-olah menggambarkan kesedihan keluarga dan sahabat handai terhadap kematian itu. Tangisan akan berlanjutan sehingga mayat dikebumikan.

Menurut Ms.Huang lagi upacara berkabung adalah minimum 49 hari. 7 hari adalah waktu untuk menyembahyangkan si mati. Tetapi terdapat ahli keluarga si mati yang tidak dapat terlibat atau mengikuti upacara kematian pada kesemua hari disebabkan tuntutan bekerja. Oleh kerana, mereka tidak dapat memakai baju hitam dan mengikut ritual sepanjang berkabung. Ahli keluarga tersebut akan diberikan makanan oleh seornag guru untuk memberi keizinan untuk ahli keluarga tersebut dari tidak mengikuti ritual semasa berkabung.Di samping ahli keluarga tersebut perlu memberitahu mayat ahli keluarga bahawa dia tidak dapat mengikutinya.

KEKELUARGAAN
Keluarga adalah unit asas komuniti. Setiap anggota keluarga mestilah berusaha untuk mengekalkan kehidupan berkeluarga dengan menjaga kebajikan anggota keluarga. Aktiviti kekeluargaan sangat penting untuk dititikberatkan bagi mengeratkan hubungan didalam sesebuah keluarga. Bagi masyarakat cina, aktiviti bagi megeratkan hubungan kekeluargaan sama juga seperti masyarakat lain seperti melakukan aktiviti keluarga secara berkala yang melibatkan semua ahli keluarga. Aktiviti yang sangat nyata dapat dilihat bagi mengeratkan hubungan kekeluargaan ialah semangat perpaduan di kalangan anggota keluarga dalam tradisi menyambut hari-hari perayaan. Contohnya pada perayaan Tahun Baru Cina, perayaan yang disambut itu membolehkan setiap anggota keluarga bertemu mesra dan mengeratkan lagi perhubungan antara satu sama lain kerana pada hari perayaan inilah waktu yang sesuai untuk ahli keluarga dan sanak saudara yang jauh dapat balik ke kampung dan datang berkumpul. Melalui aktiviti seperti inilah mereka dapat beramah mesra bersama-sama untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan. Aktiviti makan besar yang selalu dihidangkan pada waktu perayaan itu juga adalah salah satu amalan yang mereka lakukan untuk mengeratkan hubugan kekeluargaan mereka. Aktiviti makan besar adalah makanan yang dibuat khas untuk menunjukkan keistimewaan hari tersebut, merupakan simbol perpaduan dan kesejahteraan rumah tangga. Di samping itu, aktiviti harian yang selalu diamalkan adalah makan malam bersama-sama keluarga. Bagi mereka, amalan duduk di kelilingi meja ketika menikmati hidangan, sebenarnya dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan, simbol ini amat bermakna dan sangat berharga dalam kehidupan masyarakat cina dengan kata lain, amalan tradisi seperti ini dapat mengukuhkan perpaduan keluarga, menyedarkan generasi sekarang tentang kepentingan kasih sayang terhadap keluarga dan mengeratkan hubungan yang lebih mesra.

Didikan Anak-Anak
Setiap ibu bapa memainkan peranan penting dalam mencorakkan kehidupan anak-anak.  Oleh itu, setiap kejayaan anak-anak itu dapat dilihat bagaimana ibu bapa mendidik anak-anak mereka. Pendidikan anak-anak sebenarnya bermula dari rumah. Hasil dari pemerhatian kami, bagi masyarakat cina luar bandar, mereka juga amat mengambil berat tentang tahap pendidikan anak-anak mereka. Bagi mereka dengan pendidikan yang baik dapat mengubah nasib seseorang individu. Selain itu, mereka mengganggap kejayaan anak-anak didalam bidang akademik mencerminkan tahap kejayaan ibu bapa mendidik anak-anak. Seperti yang dapat kita lihat, masyarakat cina sangat mementingkan anak-anak mereka menguasai subjek matematik. Sebagai ibu bapa, untuk memastikan anak mereka mencapai tahap penguasan pelajaran yang baik, mereka menghantar anak-anak mereka ke kelas tambahan selepas atau sebelum waktu persekolahan. Mereka juga memastikan anak-anak mereka mendapat keputusan yang cemerlang dalam bidang akademik. Tambahan pula, disiplin adalah satu faktor untuk berjaya. Oleh itu, ibu bapa harus mendidik anak-anak menjadi disiplin dari kecil lagi terutamanya disiplin dari segi masa.

Masyarakat cina juga sangat mementingkan masa kerana mereka percaya orang yang berjaya adalah orang yang sangat mengharagai masa. Selain itu, menghormati ibu bapa adalah salah satu sikap mulia yang dilakukan bagi semua kaum. Masyarakat cina juga sangat mementingkan sikap hormat menghormati ini dipupuk dalam diri anak-anak mereka sejak kecil lagi. Bagi mereka ibu bapa adalah orang yang mulia untuk memberi restu kepada kita untuk berjaya. Tanpa restu ibu bapa, kehidupan akan menjadi lebih sukar. Setiap ibu bapa mahu melihat kejayaan anaknya terutamanya dari segi pendidikan, pekerjaan dan juga perkahwinan. Ada sesetengah ibu bapa, mereka akan menggunakan kuasa veto untuk menentukan masa depan anak-anak mereka tanpa mengira minat dan juga kelebihan anak-anak mereka.

Hasil dari temubual kami bersama salah seorang daripada kaum cina iaitu Mrs.Heng masyarakat cina luar bandar sekarang lebih bersikap terbuka dalam menentukan masa depan anak-anak mereka berbanding daripada ibu bapa pada zaman dahulu. Pada zaman dahulu memang ibu bapa yang akan menentukan setiap pilihan anak-anak mereka. Contohnya, jika bapa bekerja sebagai petani maka anak juga harus bekerja sebagai petani. Anak-anak harus mewarisi pekerjaan setiap ibu bapa. Bagi tahap pendidikan pula hanya mereka yang terdiri daripada kelurga yang senang sahaja yang dapat menyambung pengajian ke tahap yang lebih tinggi. Jika soal perkahwinan pula, ibu bapa yang akan menentukan pasangan bagi setiap anak-anak mereka untuk menjaga setiap keturunan mereka.

Tetapi tidak lagi pada zaman sekarang. Bagi masyarakat cina luar bandar pada zaman sekarang, ibu bapa hanya memberikan tahap pendidikan yang baik seperti hantar ke sekolah dan ke kelas tambahan tetapi biarlah anak-anak sendiri yang menetukan jalan masa depan mereka seperti membiarkan anak-anak memilih bidang apa yang mereka suka untuk menyambung pengajian di universiti. Mereka tidak mahu anak-anak tertekan yang boleh mengakibatkan kemurungan kerana semata-mata ingin mencapai keinginan ibu bapa. Hasil daripada sikap ibu bapa seperti ini dapat merosakkan hubungan kekuargaan.

MASYARAKAT

Perpaduan Kaum
Usaha untuk mewujudkan perpaduan kaum bergantung kepada individu itu sendiri. Ia bergantung kepada mentaliti dan pemahaman terhadap makna perpaduan itu oleh individu tersebut. Perpaduan tidak harus diwujudkan dengan secara paksaan. Paksaan hanya akan mengeruhkan lagi keadaan kerana ia  akan menimbulkan sikap tidak puas hati. Selain itu, perpaduan secara paksaan akan mewujudkan sikap hanya untuk menjaga kepentingan sesuatu kaum itu sendiri sahaja. Oleh sebab itu, perpaduan kaum haruslah diwujudkan secara sukarela dan menerima kewujudan kaum yang lain di negara dengan hati yang terbuka. Ini adalah kerana sesuatu kaum itu mempunyai setiap peranan yang penting kepada negara dan juga terhadap kaum yang lain. Sebagai contoh, jika tiada melayu yang mengusahakan sawah padi, tiadanya beras dihasilkan sebagai makanan ruji setiap hari yang diperlukan setiap kaum. Jika tiada kaum cina yang mengusahakan perdagangan atau perniagaan, tiadalah peluang pekerjaan untuk didisi oleh kaum-kaum yang lain. Jika tiada kaum india yang mengusahakan ladang getah, tiadalah kasut untuk dipakai. Jadi kita dapat melihat setiap kaum memainkan peranan yang penting terhadap kaum-kaum yang lain dan kita saling bergantung antara satu sama lain. Sikap dan mentaliti yang negative memang tidak dapat dielakkan, usaha yang boleh dilakukan adalah dengan menasihati individu tersebut dengan carayang berhemah dan bukan dengan emosi. Selain itu, elakkan diri daripada perkara yang boleh membuatkan perpaduan sesuatu kaum itu berpecah-belah seperti menghasut atau bercakap perkara yang tidak elok tentang sesuatu kaum itu. Usaha yang lain ialah individu itu sendiri haruslah mempunyai pengetahuan tentang pepaduan dan berfikir secara logik bagi menentukan baik dan buruk tentang sesuatu perkara.    


Jiran
Kehidupan berjiran sangat penting dalam hidup bermasyarakat. Dengan cara hidup berjiran, ia dapat mewujudkan semangat perpaduan antara kaum juga. Ini adalah kerana, jiran-jiran ialah orang yang paling dekat dan tinggal hampir dengan kawasan rumah walaupun mereka bukanlah saudara terdekat. Jiran adalah orang yang paling hampir untuk meminta tolong dan menolong jika dalam kita dalam kesusahan. Sebagai contoh, Mrs.Heng menceritakan tentang kawannya yang melakukan kenduri dan rumahnya didatangi dengan seorang pemabuk. Pemabuk tersebut melakukan sedikit kekacauan semasa kenduri tersebut berlangsung dan menakutkan tetamu disitu. Kawannya menghubungi pihak berkuasa iaitu polis untuk menyelesaikan masalah pemabuk tersebut kerana takut jika tetamunya dicederakan oleh pemabuk tersebut. Malangnya, polis yang dihubungi tidak juga muncul selepas menunggu beberapa jam. Oleh kerana itu, jiran-jiran kepada kawannya itu mengambil inisiatif sendiri untuk membawa pemabuk tersebut ke hospital terdekat kerana terdapat sedikit kecederaan pada pemabuk tersebut. Kisah ini menunjukkan keprihatinan jiran-jiran tersebut untuk memastikan majlis berjalan dengan lancar tanpa sebarang gangguan. Jadi, hidup berjiran sangat penting tidak kira di bandar mahupun luar bandar. Ini adalah kerana jiran adalah orang yang paling rapat yang akan sentiasa menolong jika dalam kesusahan. Sebagai contoh, jika kita pulang ke kampung dan meninggalkan rumah lebih dari tiga hari, jiran sahajalah yang terdekat yang boleh diharapkan untuk melihat dan menjaga keselamatan rumah sepanjang ketiadaan. 

Pemimpin
Bagi masyarakat cina, apakah ciri-ciri pemimpin yang diambil kira bagi menguruskan sesuatu kawasan. Setiap kaum mempunyai ciri-ciri kepimpinan yang tersendiri yang perlu ada pada setiap pemimpin. Mereka mempunyai seorang tokoh yang boleh dicontohi dalam menguruskan sesuatu bagi mencapai objektif yang dirancang.


  • ·        RAJIN
Setiap pemimpin haruslah bersikap rajin dalam menjadi pemimpin. Ini adalah kerana pemimpin perlu rajin dalam mencari penyelesaian dan tidak hanya pandai mengarah orang bawahan dalam menguruskan sesuatu benda. Jika pemimpin menunujukkan sikap yang positif maka positiflah orang yang dibawahnya.     


  • ·        BIJAK MENGURUSKAN MASA
Masa adalah sangat penting dan ia tidak akan menunggu kita jika kita terlepas ia. Pemimpin haruslah pandai dan bijak dalam pengurusan masa. Dalam menguruskan sesuatu kawasan pemimpin atau ketua kawasan tersebut perlu membahagikan masa dan menggunakannya dengan bijak. Sebagai contoh, membuat perancangan tentang aktiviti mengikut masa yang sesuai atau membuat jadual yang adil dalam pembahagian tugas supaya masa yang digunakan adil bagi setiap orang.


  • ·        SERBA TAHU
Pemimpin seharusnya menjadi seorang pemimpin yang mempunyai pengetahuan yang banyak tentang sesuatu untuk dikongsi bersama orang bawahannya. Ini juga adalah salah satu cara untuk mewujudkan sikap hormat terhadap pemimpinnya. Selain itu, sikap serba tahu pemimpin boleh mengelakkan pemimpin dari ditipu oleh orang bawahannya.


  • ·        MENJAGA KEBAJIKAN
Pemimpin perlu mengamalkan sikap menjagakebajikan orang bawahannya. Perkara ini dapat mengelakkan orang bawahannya lari dari pemimpinnya. Sebagai contoh, jika pemimpin tidak member pelepasan jika berlaku kecemasan yang tidak dapat dielakkan, pemimpin tersebut boleh dikatakan bersikap zalim terhadap orang bawahannya.

PERNIAGAAN


Bangsa cina dikenali sebagai bangsa yang suka berniaga sejak dahulu lagi sehinggakan banyak perniagaan di Malaysia dimiliki dan didominasi oleh bangsa cina. Persepsi orang cina terhadap perniagaan adalah positif. Bagi mereka, dunia perniagaan adalah dunia yang menjanjikan kesenangan, kemewahan dan kebahagiaan. Mereka juga berpendapat lebih baik mereka bekerja sendiri dari bekerja makan gaji atau dengan orang lain. Bagi masyarakat cina apabila mereka bekerja makan gaji selagi itulah mereka tidak akan kaya atau meningkatkan kedudukan sosial mereka. Persaingan yang kuat untuk berjaya terutama sekali sesame ahli keluarga juga amat kuat sehinggakan hubungan kekeluargaan mereka tidak terjaga.

Di kawasan kajian kami iaitu di Sekincan, majoriti penduduknya adalah berbangsa cina. Kebanyakan dari mereka yang menetap di situ adalah petani. Majoriti penduduk di situ juga memiliki perniagaan sendiri seperti kedai makan, mini mart, penjaja, kedai pakaian, kedai alat tulis, klinik dan lain-lain. Terdapat banyak faktor yang mendorong masyarakat cina memilih untuk berniaga berbanding bekerja dibawah orang. Menurut Ms. Heng Tsui salah satu factor mengapa masyarakat Cina terutama yang berada di luar Bandar berniaga ialah perniagaan yang dijalankan telah diwarisi secara turun temurun. Kebanyakan perniagaan terutama sekali perniagaan makanan telah diwarisi dari generasi ke generasi sehinggakan mereka telah mempunyai pelangan tetap sepanjang tempoh perniagaan mereka beroperasi.

Selain itu, menurut Ms. Heng Tsui juga, masyarakat cina yang masih kekal menetap di Sekincan adalah generasi lama atau mereka yang sudah berusia. Bagi anak-anak muda dari Sekincan mereka memilih untuk keluar dari kampung dan bekerja di Bandar setelah menamatkan pengajian. Oleh kerana, mereka yang masih menetap di Sekincan telah berusia, mereka memilih untuk berniaga secara kecil-kecilan kerana bidang perniagaan telah sinonim dengan diri mereka.

Kelebihan Orang Cina dalam Perniagaan


  • ·        Servis & Layanan yang baik
Semua orang mahu servis terbaik. Untuk harga servis yang baik kita perlulah membayar lebih sedikit untuk membayar perkhidmatan yang diberikan itu. Servis yang baik membuatkan pelangan akan setia kepada penyedia servis tersebut. Layanan yang baik juga termasuk dalam kategori servis. Pemilik kedai mestilah mengalu-ngalukan kedatangan pelanggan, membantu dan memberi maklumat tentang pertanyaan pelanggan dan bermulut manis dengan pelanggan seperti memuji, cakap lemah lembut dan mesra.

  • ·        Cepat & Tepat
Perniaga sentiasa ingin cepat memberikan perkhidmatan yang disediakan kerana kalau cepat siap bermakna akan cepat dapat duit. Contoh perniagaan orang melayu dan cina ialah seperti kedai servis kereta atau motor. Kalau kita memilih bengkel orang melayu untuk membaiki kenderaan dia tentu akan kata tunggu kejap dan melayan pelangan yang sedang menunggu sambil lewa. Kalau orang cina pulak beliau akan meninggalkan terus apa pekara yang tidak berkaitan dengan perniagaan seperti menghisp rokok dan akan mula bertanya apa masalah dan mula mengeluarkan alatan beliau.


  • ·        Ambil hati pelanggan
Bermuka manis dan bermulut manis amat penting dalam mengambil hati pelanggan. Sambil memilih barang si tokey akan memuji si anak ni comel dan baik.Apa reaksi si ibu? Tentulah seronokkan. Kalau tokey yang lagi bagus akan bagi gula-gula atau air kotak. Kesan dari perbuatan ini memang hebat, si ibu akan seronok pergi ke kedai itu dan anaknya pula akan mengajak ibu untuk singgah kekedai yang sama pada masa akan datang. Setengah-setengah kedai orang melayu kurang menitik beratkan bab bermuka manis apabila berniaga.


  • ·        Persaingan
Perniaga Cina gemarkan persaingan dalam perniagaan. Mereka tidak kisah jika menjalankan jenis perniagaan yang sama dikawasan yang berdekatan atau bersebelahan kerana mereka percaya pada pelanggan dan keuntungan masing-masing. Persaingan juga membolehkan perniagaan mereka makin maju kerana mereka bersaing untuk menambah baik servis dan produk yang dijual oleh mereka.


  • ·        Halal dan haram
Bagi perniaga Cina tiada halal haram dalam perniagaan mereka. Mereka bebas berniaga apa-apa yang mereka inginkan tetapi yang dibenarkan. Mereka tak payah fikir banyak tentang apa yang dijual berbanding orang melayu yang perlu fikir halal-haram dan macam mana hendak menjaga darah daging kita dari benda-benda yang haram.


PERSEPSI TERHADAP ISLAM

Di Sekincan, majoriti penduduknya adalah berbangsa Cina manakala   bangsa Melayu merupakan manoriti di kawasan itu. Oleh itu, adalah amat penting untuk mengetahui persepsi dan penerimaan orang berbangsa Cina terhadap bangsa Melayu dalam kalangan mereka di kawasan tersebut. Menurut Mrs. Heng masyarakat Cina menerima baik masyarakat Melayu di kawasan itu kerana mereka telah hidup bersama di suatu kawasan dalam tempoh yang lama. Di pejabat beliau juga terdapat ramai pekerja berbangsa melayu dan pengusaha syarikat percetakan di tempat beliau bekerja yang berbangsa Cina tidak kisah mengambil melayu sebagai pekerja. Pengurus di tempat bekerja beliau juga ada menyediakan satu bilik khas untuk pekerjanya beribadat. Mengenai isu azan pula, bagi Mrs. Heng dia sudah terbiasa mendengar azan sejak dari kecil dari surau berdekatan dengan rumah beliau. Azan itu juga menjadi loceng bagi beliau untuk bangun bekerja di pagi hari. Oleh itu, tiada isu sensitiviti Azan di kawasan kependudukan Cina di situ kerana mereka sudah saling memahami agama masing-masing dan terbiasa hidup bersama. Persoalan mengenai ajaran islam yang beliau tahu dia tahu bahawa perempuan islam diwajibkan memakai tudung dan solat 5 waktu sehari. Bagi beliau ajaran islam sangat sukar untuk dicontohi seperti solat 5 waktu sehari kerana bagi beliau mereka hanya beribadat pada hari tertentu. Beliau juga berpendapat bahawa undang-undang Islam agak ketat dan diminta dilongarkan seperti batasan hubungan antara lelaki dan perempuan.  Bagi beliau usaha yang dilalukan seperti menghalang lelaki dan perempuan berhubungan rapat lagi mengalakan mereka untuk melakukan maksiat di motel-motel dan sebagainya. Beliau juga tidak setuju dengan poligami yang terdapat dalam agama Islam. Seperti yang kita sedia maklum, orang Cina hanaya boleh memiliki seorang isteri dan mesti setia dengan isteri mereka. Beliau hairan bagaimana isteri boleh merelakan suami mereka dikongsi oleh perempuan lain. Oleh itu, kami telah memperjelaskan kepada beliau mengapa terdapat batasan-batasan antara lelaki dan perempuan sememangnya mahu mengalakkan mereka daripada maksiat dan pandagan beliau terhadap kongkongan dalam perhubungan lebih mengalakkan maksiat adalah salah sama sekali. Apabila dicegah kemungkinan untuk mereka telanjur akan bekurangan kerana mereka diada hubungan sama sekali daripada membiarkan mereka daripada melalukan benda yang sememangnya salah. Dan kami juga telah memperbetulkan pandagan beliau terhadap isu poligami. Poligami yang dibenarkan dalam Islam adalah poligami yang tidak berlandaskan nafsu dan dengan tujuan untuk melindungi wanita-wanita yang lemah seperti ibu tunggal, orang miskin dan sebagainya. Tetapi apa yang jelas dilihat oleh Mrs. Heng sememangnya orang Islam sendiri telah menyalahgunakan poligami seperti ianya hanya berlandaskan nafsu dan tidak berperilaku adil kepada isteri-isterinya yang sememangnya salah. Mrs. Heng telah memahaminya dan kami telah memperbetulkan pandangan beliau terhadap Islam. 


Temu ramah kami diakhiri dengan upacara makan-makan yang telah disajikan oleh ibu seorang daripada ahli kumpulan kami. Kami berbesar hati kerana dapat menemuramah Mrs. Heng dan kami menyerahkan hadiah sebagai penghargaan kepada beliau. Kami juga berterimakasih kepada En. Sidek sekeluarga kerana telah melancarkan sesi temuramah kami pada hari ini. Terima Kasih :)