Tuesday 6 October 2015

REFLEKSI 4

NORAFIQAH BT. YA'ACOB


Didalam bab 2 iaitu pluraliti masyarakat alam Melayu dalam sejarah bermula dari penceritaan kronologi kesultanan melayu Melaka sehingga pembentukan Malaysia pada tahun 1963. Pelbagai kuasa luar yang pernah menjajah Tanah Melayu juga dijelaskan dalam bab ini. Ia termasuklah Portugis, Belanda, British dan Jepun. Konsep yang diketengahkan dalam bab ini adalah pluralism. Pluralism bermaksud ideologi yang menyamaratakan kepercayaan dan pegangan yang berbeza dalam masyarakat.

Selain itu, terdapat persamaan dan perbezaan antara pluraliti dengan pluralistik. Pluraliti lebih memfokuskan kepada imigran yang datang secara semulajadi iaitu bertujuan untuk membina kehidupan baru dan mencari pekerjaan. Manakala pluralistik lebih kepada imigran yang datang secara paksa oleh pihak British bagi kepentingan ekonomi British sendiri. Pluraliti terbentuk di alam Melayu melalui beberapa aspek iaitu masyarakat, diplomatik, keagamaan dan akhir sekali ilmu dan pemikiran. 

Di Asia Tenggara iaitu alam Melayu juga melalui zaman penyebaran Islam. Cara-cara penyebaran Islam ketika itu adalah perdagangan, perkahwinan, pengislaman raja dan bangsawan dan juga peranan mubaligh. Ketika zaman dahulu, Melaka amat dikenali sebagai kawasan perdagangan dikalangan pedagang-pedagang luar termasuk pedagang Arab. Kedatangan Arab ke Melaka bertujuan untuk berdagang secara tidak langsung menunjukkan akhlak mulia sebagai umat Islam disamping berdakwah mengenai Islam. Hal ini menarik minat rakyat tempatan disebabkan dakwah pedagang yang tidak memaksa untuk memeluk agama Islam. Melalui perkahwinan penyebaran Islam berlaku apabila anak raja di Tanah Melayu dikahwinkan dengan anak raja Siak, Kampar dan juga Inderagiri. Malah berlaku penyebaran Islam dikalangan rakyat biasa dengan pedagang Arab yang datang berdagang.    

NUR HANANI BINTI HAMIDON

Pada minggu ini kami telah masuk ke bab yang baru iaitu Pluraliti dan Pluralistik di alam melayu. Saya telah memulakan pembentangan untuk bab ini dengan menerangkan maksud pluraliti dan pluralistik dan perbezaannya. Pluraliti bermaksud wujudnya kepelbagaian bangsa, agama di suatu tempat pada suatu masa secara semula jadi manakala pluralistik bermaksud wujudnya kepelbagaian bangsa, agama di suatu tempat pada suatu masa secara terancang dan dipaksakan oleh orang- orang tertentu yang berkepentingan. Pluraliti masyarakat alam Melayu dalam sejarah bermula dari penceritaan kronologi kesultanan melayu Melaka sehingga pembentukan Malaysia pada tahun 1963. Sejak tahun 1402 hingga 1963 pelbagai kuasa luar telah menjajah Tanah Melayu, termasuklah Portugis, Belanda, British dan Jepun. Konsep yang diketengahkan dalam bab ini adalah pluralism. Pluralism bermaksud ideologi yang menyamaratakan kepercayaan dan pegangan yang berbeza dalam masyarakat. Seterusnya, ialah perbezaan dan persamaan di antara pluraliti dan pluralistik. Pluraliti ialah kemajmukan yang berlaku secara lebih bercirikan semulajadi, tanpa paksaan dan fleksibel. Imigran atau pedagang yang datang ialah secara sukarela untuk mencari kehidupan dan kekayaan di Tanah Melayu. Pluraliti dapat menjamin ketenangan pemikiran dan perasaan. Manakala bagi pluralistik, imigran datang secara paksaan demi kepentingan ekonomi dan politik British sendiri. Rakan saya iaitu Alyana pula telah membentangkan tentang cara kemasukan atau penerimaan Islam di Asia Tenggara iaitu melalui pengislaman Raja-raja, perkahwinan, perdagangan dan peranan mubaligh.

NOOR HIDAYAH BINTI TAWIL

Pluraliti ialah kemajmukan. Terdapat perbezaan antara pluraliti dan pluralistik.pluraliti lebih kepada sesuatu yang semulajadi yang mana kependudukan masyarakat secara sukarela serta menjamin ketenangan. Pluralistic adalah paksaan dan memberi kepentingan kepada Inggeris. Plurality dan pluralistic juga telah member impak yang positif dan negative terhadap masyarakat majmuk ini sendiri. Pluralistik ini terjadi kerana penjajahan di Tanah Melayu. Tanah Melayu telah di jajah oleh Portugis, Belanda, British dan Jepun. Tanah Melayu mempuyai kekayaan hasil bumi. Sebelum kedatangan penjajah, Melaka menjadi pelabuhan yang sangat terkenal dan strategik. Ramai pedangang datang berdagang dari seluruh pelusuk. Disamping itu, mereka turut meyampaikan dakwah dan menyebarkan ajaran Islam. Secara tidak langsung telah menarik ramai orang untuk berdakwah dan mendekati Islam. Bagi mereka, peniaga Islam amat jujur dan bersopan santun ketika urusan berjual beli. Akhir sekali, penjajahan di Tanah Melayu telah membentuk masyarakat majmuk yang berbilang kaum serta penyebaran agama Islam.

NURFARAHAIN BINTI NAZLIN 

Setiap kumpulan diminta untuk membentangakan tajuk yang telah diberikan. Kumpulan saya ditugaskan untuk membentangkan tentang bab 2 yang bertajuk Pluraliti & Masyarakat Pluraliti di Malaysia. Tajuk ini membincangkan tentang masyarakat di alam melayu pada zaman dahulu sebelum, semasa dan selepas zaman penjajahan. Pluraliti bercirikan tanpa paksaan dan secara semulajadi manakala masyarakat pluralistik adalah bercirikan pemaksaan dan perbezaan. Selain itu, tajuk ini menerangkan lebih tentang maksud imperialism iaitu menjajah secara fizikal dan juga maksud kolonialisme iaitu menjajah secara fizikal dan mental. Cara penyampaian adalah melalui cara bermasyarakat, diplomatik, keagamaan dan ilmu & pemikiran. 

ALYANA BINTI ADLAN 

Pada minggu ini saya dan kumpulan saya telah membentang tentang bab 2 iaitu plurality dan pluralistic di Malaysia

Pluraliti : Wujudnya kepelbagaian bangsa, agama di suatu tempat pada suatu masa secara semula jadi. Cth: Masyarakat Melaka. 

Pluralistik: Wujudnya kepelbagaian bangsa, agama di suatu tempat pada suatu masa secara terancang dan dipaksakan oleh orang- orang tertentu yang berkepentingan. Cth: era penjajahan British. 
SEJARAH MASYARAKAT PLURALISTIK DI MALAYSIA...
Pluralisme Alam Melayu
Sebelum kedatangan penjajah, masyarakat Alam Melayu hidup dalam kepluralitian 
semula jadi tanpa paksaan. 
- Alam Melayu menjadi tempat pertemuan pelbagai tamadun dan budaya utama dunia. 
- Kemuncak Pluraliti Alam Melayu: Kerajaan Melaka.

Selepas Kedatangan penjajah...
Orang-orang Cina dan India terutamanya dibawa masuk ke Alam Melayu adalah demi kepentingan ekonomi dan politik Inggeris. Mereka dibawa masuk oleh Inggeris tanpa disertai kaum keluarga seperti isteri dan anak mereka. 
Oleh kerana tumpuan dan hasrat kedatangan mereka ialah untuk memenuhi keperluan ekonomi-politik Inggeris maka asimilasi budaya dan cara hidup di antara masyarakat tidak berlaku.

NUR AMIRAH NAZIHAH BINTI MOHD SIDIK 

BAB 2 - PLURALITI DAN PLURALISTIK DI MALAYSIA
Minggu keempat menerangkan pluraliti di alam melayu. Pluralisme adalah ideologi yang menyamakan kepercayaan dan pegangan yang berbeza dalam masyarakat. Pluraliti pula bermaksud wujudnya kepelbagaian bangsa, agama di satu tempat pada suatu masa secara semulajadi khususnya pada masyarakat Melaka. Manakala pluralistik pula bermaksud wujudnya kepelbagaian bangsa, agama di suatu tempat pada satu masa secara dirancang dan dipaksa oleh pihak-pihak tertentu yang berkepentingan iaitu di era penjajah British. Terdapat juga 4 cara penyebaran  islam di Melaka iaitu melalui perdagangan, perkahwinan, pengislaman raja atau bangsawan dan peranan mubaligh.



No comments:

Post a Comment