NORAFIQAH BT. YA'ACOB
Dalam bab 3 iaitu bab Perlembagaan
Persekutuan. Antara perkara yang telah dipelajari adalah perlembagaan merupakan
satu set peraturan tentang hak, kuasa dan prosedur serta tanggungjawab pihak
yang mengawal dengan memandu hubungan di antara satu autoriti dengan autoriti
yang lain, dan juga antara autoriti dengan orang awam.Perlembagaan berperanan
sebagai panduan bagi pembentukan undang-undang sama ada di pihak kerajaan atau
rakyat. Perlembagaan terbahagi kepada dua iaitu Perlembagaan Bertulis dan
Perlembagaan tidak bertulis. Perlembagaan Bertulis ialah perlembagaan yang
dikumpul dan disusun dalam satu kanun atau dokumen. Manakala Perlembagaan tidak
bertulis ialah semua prinsip perlembagaan yang tidak terkumpul dalam satu
dokumen seperti adam resam, undang-undang yang diluluskan oleh parlimen dan
keputusan-keputusan mahkamah. Malaysia mengamalkan perlembagaan bertulis,
dimana badan perundangan, kehakiman dan eksekutif mendapat kuasa daripada
perlembagaan. Antara negara yang mengamalkan perlembagaan tidak bertulis
seperti United Kingdom, New Zealand dan Israel.
Penggubalan Perlembagaan
Persekutuan adalah rentetan peristiwa yang berlaku sebelumnya. Menjelang abad
20, muncul pertubuhan seperti Kesatuan Melayu Singapura, Kesatuan Melayu Perak,
Kesatuan Melayu Muda dan lain-lain lagi. Sepanjang penjajahan, orang Melayu
sentiasa bangkit menentang penjajahan yang berlaku. Media massa seperti Utusan
Melayu, Majlis, Al-Imam, Saudara dan Warta Sarawak menjadi medium penyebaran
semangat perjuangan.
Selain itu, dalam bab 3 juga
menyingkap berkenaan sejarah Malayan Union 1946 dan juga Persekutuan Tanah
Melayu 1948. Terdapat tokoh intelektual Melayu yang menyedarkan orang Melayu
supaya bangun menuntut kemerdekaan seperti Rahim Kajai, Ibrahim Yaakob, Pak
Sako dan lain-lain lagi.
NUR HANANI BINTI HAMIDON
Pembelajaran minggu dimulakan dengan pembentangan kumpulan ke-2 sekali lagi. Mereka telah membentangkan tentang KONTRAK SOSIAL iaitu persetujuan yang dicapai di antara kaum MELAYU, CINA dan INDIA semasa mewujudkan Persekutuan Tanah Melayu 1948. Dalam kontrak sosial ada terdapat Hak melayu dan bukan melayu. Hak orang melayu adalah agama Islam sebagai agama persekutuan, kedudukan raja-raja melayu tidak boleh dipersoal, orang melayu dan bumiputera mendapat hak istimewa bagi menguntuhkan dominasi Melayu di Persekutuan Tanah Melayu dan Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan. Hak mereka yang bukan melayu seperti cina dan india pula adalah mendapat hak kerakyatan melalui perinsip Jus Soli. Kemudian ahli dalam kumpulan 2 membincangkan kronologi Kontrak Sosial 1948. Kemudian saya dapat mempelajari tentang Surhanjaya Reid yang merupakan perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. Suruhanjaya ini telah mengadakan pertemuan bagi mendapatkan pandangan parti politik dan orang ramai serta Raja-raja Melayu. Perlembagaan Malaysia kini telah mendapat persetujuan dan pandangan semua rakyat yang mewujudkan KONTRAK SOSIAL.
NOOR HIDAYAH BINTI TAWIL
Perlembagaan ialah satu set tentang
hak, kuasa dan prosedur serta tanggungjawab pihak yang meangawal dengan memandu
hubungan di antara satu autoriti dengan autoriti yang lain dan juga autoriti
daengan rakyat awam. Perlembagaan adalah
sumber undang-undang tertinggi sebuah negara. Ia berperanan sebagai panduan
bagi pembentukan undang-undang sama ada di pihak kerajaan atau rakyat.
Perlembagaan menyentuh ketua negara adalah YDPA yang dipilih dalam kalangan 9
orang raja-raja melayu yang memegang jawatan dalam tempuh empat tahun. Ketua
kerajaan ialah Perdana Menteri. Badan perundangan mempunyai dua dewan rakyat
dan dewan negara. Ketua perlembagaan perigkat negeri ialah Sultan atau Gabenor.
Manakal ketua kerajaan Menteri Besar atau atau Ketua Menteri. Di Malaysia,
tiada institusi yang bole mengatasi ketertinggian perlembagaan Malaysia. Antara
badan kerajaan ialah kehakiman, eksekutif dan perundangan.
NURFARAHAIN BINTI NAZLIN
Kumpulan
2 mengambil alih untuk membentangkan bab 3 iaitu Perlembagaan Malaysia dalam
Konteks Hubungan Etnik di Malaysia. Perlembagaan adalah satu undang-undang yang
terletak pada aras yang tertinggi dalam sesebuah negara. Ini adalah kerana
tanpa undang-undang untuk mengawal negara, maka huru haralah sesebuah negara
dan tidak akan terkawal tanpa peraturan. Perlembagaan juga berperanan sebagai
pembentukan undang-undang sama ada di pihak rakyat atau kerajaan. Ia terbahagi
kepada dua iaitu bertulis dan tidak bertulis. Dalam tajuk ini juga menceritakan
tentang kronologi untuk membentuk sebuah perlembagaan sebelum merdeka secara
kasar.
NUR AMIRAH NAZIHAH BINTI MOHD SIDIK
Bagi
sebuah negara yang berdaulat, perlembagan merupakan sumber undang-undang
tertinggi hak, sesebuah negara dan
setiap individu perlu mematuhi keluhurannya. Perlembagaan bermaksud satu set
peaturan tentang hak, kuasa dan prosedur serta tanggungjawab pihak yang
mengawal dengan memandu hubungan di antara satu autoriti dengan autoriti yang
lain dan juga autoriti dengan rakyat awam. Perlembagaan adalah sumber undang-
undang tertinggi sesebuah negara yang berperanan sebagai panduan bagi
pembentukan undang-undang sama ada di pihak kerajaan atau rakyat. Terdapat
dua jenis perlembagaan iaitu perlembagaan bertulis dan perlembagaan tidak
bertulis. Perlembagaan bertulis adalah perlembagaan yang dikumpul dan disusun
dalam satu kanun atau dokumen. Ia sukar dipinda kecuali wujud peruntukan dalam
perlembagaan yang membenarkannya. Manakala perlembagaan tidak bertulis adalah
semua prinsip perlembagaan yang tidak terkumpul dalam satu dokumen seperti adat
resam dan tradisi.
No comments:
Post a Comment