NORAFIQAH BT. YA'ACOB
Ketika melakukan
pembentangan berkenaan kesan-kesan penjajahan terhadap pluraliti. Pelbagai
impak yang telah diketengahkan. Antaranya politik, pendidikan, ekonomi dan juga
sosial. Perkara yang telah saya bentangkan sendiri adalah dari segi ekonomi dan
juga pendidikan.
Kesan pluraliti dari segi
ekonomi adalah British memperkenalkan ekonomi dagangan. Ekonomi lebih tertumpu
kepada pertanian dan perlombongan. Pengeluaran berlaku dalam skala yang banyak
dan memerlukan buruh yang ramai. British mulai membawa masuk buruh Cina ke
Tanah Melayu. Keadaan ini menyebabkan ekonomi Melayu terbahagi kepada 2 iaitu
ekonomi tradisional dan juga ekonomi dagangan. Seterusnya British
memperkenalkan perusahaan getah. Getah digunakan sejak adanya industri
penghasilan kereta. Pada mulanya, pokok getah ditanam di kediaman Residen Hugh
Low di Perak sebagai perhiasan. Wujudnya industri barangan seperti kasut dan
tayar basikal. Disebabkan berlakunya perkembangan perusahaan getah, British
membawa masuk buruh India untuk bekerja di ladang getah dengan gaji yang
murah.
Manakala dari segi aspek
pendidikan pula adalah sebelum kedatangan British kanak-kanak Melayu dapat
pendidikan di surau, sekolah pondok dan masjid. Sejak kehadiran penjajahan,
British telah memperkenalkan sistem vernakular iaitu sekolah yang menggunakan
bahasa ibunda negara masing-masing sebagai bahasa pegantar. Kini, sistem
pendidikan yang berasaskan vernakular masih diguna pakai tetapi bezanya tidak menggunakan
guru dari negara asal mereka.
Apa yang diperolehi setelah
pembentangan, Cina,Melayu dan India seharusnya mempunyai daya saing yang tinggi
agar aspek ekonomi tidak dimonopoli hanya sesuatu kaum sahaja. Manakala sistem
pendidkan pula sepatutnya semua kaum belajar didalam satu sekolah sahaja
seperti sekolah kebangsaan yang tidak tertumpu kepada sesuatu kaum
sahaja.
NUR HANANI BINTI HAMIDON
Pada
minggu ini, kumpulan saya telah menyambung perbincangan topik pluraliti di alam melayu dimulakan dengan Alyana sekali lagi dengan topik pemerintahan Melayu Melaka sebelum dijajah. Kemudian diteruskan lagi dengan pembentangan Hidayah, Amirah dan Farah mengenai penjajahan barat di tanah melayu yang telah menjejaskan sistem beraja di tanah melayu. Mereka telah menghuraikan tentang kesan-kesan penjajahan kepada politik, pendidikan, ketidaksamarataan ekonomi, dan kehidupan sosial masyarakat pada zaman itu. Seterusnya kami telah memasuki sedikit pengenalan bab Perlembagaan Malaysia Dalam Konteks
Hubungan Etnik di Malaysia. Dalam topik ini ada menerangkan tentang Malayan
Union yang dibincangkan oleh kumpulan ke-2 iaitu pembentangnya Aisyah. Selepas Jepun menyerah kalah dan British datang semula ke Tanah Melayu
dan Parlimen British telah meluluskan Malayan Union. Raja-Raja Melayu telah
dipaksa oleh Sir Harold Mac Michael untuk menerima Malayan Union. Tetapi
Malayan Union telah mendapat tentangan yang hebat daripada orang Melayu kerana
memberikan hak kerakyatan berdasarkan prinsip jus soli dan hak sama rata kepada
semua bangsa dan penduduk peribumi tidak memiliki apa-apa keistimewaan. Selain
itu, cara Sir Harold Mac Michael mendapatkan tandatangan daripada Raja-Raja
Melayu juga menjadi faktor penentangan ini. Disebabkan tentangan daripada orang
Melayu, British terpaksa membatalkan Malayan Union. Ia menunjukkan perpaduan orang Melayu sangat hebat sehingga
mampu melemahkan kuasa besar seperti British untuk menurut kehendak orang
Melayu dan kita sebagai rakyat Malaysia terutama sekali orang Melayu perlu sentiasa bersatu
padu dan bantu-membantu di antara satu sama lain agar negara kita, Malaysia menjadi
sebuah negara yang hebat, maju dan disegani negara lain seantara dunia.
NOOR HIDAYAH BINTI TAWIL
Terdapat empat kesan penjajahan di
Tanah Melayu antara nya dari segi politik, ekonomi, sosial dan pendidikan.
Kesan-kesan penjajahan sedikit sebanyak meningkat kan insfrastruktur, teknologi
dan juga memberi kesan negatif terhadap pentadbiran dan sosial masyarakat. Dari
segi politik, dapat di lihat bahawa segala kuasa pembesar telah di ambil alih
oleh penjajah antara kuasa memungut cukai, kuasa penjagaan kawasan dan penjajah
juga telah merampas tanah dan hak mereka. Ini telah memberi kesan negatif
terutama nya kepada pembesar kerana kuasa mutlak mereka kian terhapus. Selain
itu, dalam sosial pula mereka telah di asing kan mengikut bangsa masing-masing.penjajah
telah membawa masuk buruh dari China dan India. Pengasingan ini telah
memyebabkan mereka sukar untuk berinteraksi antara satu sama lain an tiada
persepaduan antara stu sama lain. Kesan yang ke empat pula ialah lesan terhadap
ekonomi. Penjajah telah mewujudkan banyak kemudahan seperti jalan raya, jalan
keretapi. Kemudahan ini untuk memudahkan mereka membawa keluar hasil peribumi
Tanah Melayu. Akhir sekali kesan dari sudut pendidikan. Kedatangan penjajah
telah mewujudkan sekolah vernakular yang mana membawa masuk guru dari negara
asal. Selain itu, wujud juga sekolah inggeris. Secara langsung ia telah
menambah sistem pendidikan yang mana sebelum penjajahan hanya sekolah melayu
dan madrasah di dirikan.
NURFARAHAIN BINTI NAZLIN
Kumpulan
saya menyambung bab 2 yang telah disampaikan pada minggu lepas. Bab ini
disambungkan dengan kesan dari penjajahan terhadap perdagangan, ekonomi,
politik, pemerintahan, kependudukan, pendidikan, kebudayaan dan dasar-dasar
yang telah diperkenalkan selepas zaman penjajahan. Terdapat sesetengah sistem
yang ditinggalkan oleh penjajah yang masih digunakan sekarang ini seperti dari
segi politik, sistem pilihanraya yang dilakukan untuk memilih pemimpin setiap
lima tahun dan juga sistem pendidikan yang masih wujud sekolah-sekolah mengikut
kaum seperti sekolah jenis kebangsaan cina, india dan tahfiz tetapi sekolah
sekolah ini terbuka untuk semua kaum walaupun ia adalah sekolah kebangsaan
jenis. Wujud juga kaum-kaum yang wujud
hasil perkahwinan campur yang menunjukkan kemajmukan rakyat di Malaysia seperti
Ceti, Baba Nyonya, Cina dan India Muslim.
ALYANA BINTI ADLAN
Pada
minggu ini kumpulan saya telah menjelaskan tentang kesan masyarakat pluralistic
selepas kemerdekaan.
PENDIDIKAN
- Penggunaan bahasa Melayu sebagai alat penyatuan – dicadangkan dalam Penyata Razak 1956 dan Rahman Abdul Talib 1960.
- 13 Mei 1969, UMNO menegaskan pendidikan harus dipertingkatkan untuk meperkasakan orang Melayu. Oleh itu, bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama di semua sekolah.
- Kerajaan memperbanyak penubuhan institut pengajian tinggi.
- Sekolah Cina masih wujud
POLITIK
- Pembentukan Parti Perikatan (UMNO, MIC dan MCA)
- Penubuhan Barisan Nasional (1974)
- Penggabungan Sabah dan Sarawak dengan Tanah Melayu untuk mewujudkan satu negara; Malaysia.
EKONOMI
Sistem ekonomi laissez faire atau sistem ekonomi pasaran bebas yang diadaptasi daripada warisan British
Wujud 3 sektor
- Sektor ekonomi tradisional (pengusahaan ladang getah, kelapa dan padi dan nelayan) dikuasai oleh Melayu.
- Sektor ekonomi moden (perlombongan, perkilangan dan perkhidmatan)- 10% dikuasai oleh etnik Cina.
- Sektor ketiga – Cina menguasai bidang pengangkutan, perniagaan dan kewangan. India pula terlibat dalam sector pengangkutan awam, perniagaan dan kewangan.
- Penggunaan bahasa Melayu sebagai alat penyatuan – dicadangkan dalam Penyata Razak 1956 dan Rahman Abdul Talib 1960.
- 13 Mei 1969, UMNO menegaskan pendidikan harus dipertingkatkan untuk meperkasakan orang Melayu. Oleh itu, bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama di semua sekolah.
- Kerajaan memperbanyak penubuhan institut pengajian tinggi.
- Sekolah Cina masih wujud
POLITIK
- Pembentukan Parti Perikatan (UMNO, MIC dan MCA)
- Penubuhan Barisan Nasional (1974)
- Penggabungan Sabah dan Sarawak dengan Tanah Melayu untuk mewujudkan satu negara; Malaysia.
EKONOMI
Sistem ekonomi laissez faire atau sistem ekonomi pasaran bebas yang diadaptasi daripada warisan British
Wujud 3 sektor
- Sektor ekonomi tradisional (pengusahaan ladang getah, kelapa dan padi dan nelayan) dikuasai oleh Melayu.
- Sektor ekonomi moden (perlombongan, perkilangan dan perkhidmatan)- 10% dikuasai oleh etnik Cina.
- Sektor ketiga – Cina menguasai bidang pengangkutan, perniagaan dan kewangan. India pula terlibat dalam sector pengangkutan awam, perniagaan dan kewangan.
NUR AMIRAH NAZIHAH BINTI MOHD SIDIK
Pada
minggu kelima menjelaskan tentang kesan-kesan penjajahan barat di Tanah Melayu.
Terdapat empat aspek dari kesan penjajahan barat iaitu politik, ekonomi, sosial
dan pendidikan. Dari aspek politik, kesan dari penjajahan telah munculnya
semangat nasionalisme. Orang melayu mula bersatu apabila terbentuknya
persatuan-persatuan yang bercorak kenegerian, wujud penentangan Malayan Union
dan juga terbentuknya parti UMNO. Dalam soal pentadbiran, bagi soal-soal agama
dan adat istiadat, pemimpin temptan dilantik untuk menjadi penasihat dalam
bidang tersebut.
Dari
aspek ekonomi, perusahaan getah dan industri perlombongan mula berkembang. Pada
zaman itu, British mula sedar permintaan getah mula mendapat permintaan yang
tinggi kesan daripada banyak industri barangan yang memerlukan getah seperti
kasut, tayar basikal dan alat elektrik. Getah juga digunakan ketika revolusi
dalam perindustrian kereta, oleh itu getah ditanam di Tanah Melayu. British
telah membawa masuk pekerja India bekerja di ladang getah dengan gaji yang
murah.
Dari
aspek sosial pula, kesan dari penjajahan telah membentuk masyarakat yang
berbilang kaum. Pada zaman British, mereka telah membawa masuk imigran China
dan India kerana keperluan tenaga manusia. Kedatangan imigran yang berlipat
ganda telah membentuk masyarakat yang berbilang kaum di Tanah Melayu. Hasilnya
sekarang terdapat pelbagai kaum di Malaysia iaitu Melayu, Cina dan India.
Akhir
sekali ialah dari aspek pendidikan. Sebelum kedatangan British ke Tanah Melayu,
penduduk Tanah Melayu telah mempunyai sistem pendidikan mereka sendiri iaitu
pendidikan agama dan sekolah pondok. Kesan daripada penjajahan British mereka
telah menukar sistem pendidikan dengan membentuk sekolah inggeris, melayu dan
vernakular.
Play Emperor Casino | €250 Free Bet + 100 Spins | Shootercasino
ReplyDeletePlay Emperor Casino for FREE. No Download or Registration Required! Enjoy 제왕카지노 검증 our exciting games and win big cash prizes with our exciting bonuses.