Tuesday 27 October 2015

REFLEKSI 7


 NORAFIQAH BT. YA'ACOB


Masih dalam bab 3, kali ini diperjelaskan berkenaan Malayan Union 1946. Malayan Union adalah gabungan Negeri-negeri Melayu dengan Negeri-Negeri Selat (tanpa Singapura) untuk menjadi pengganti British Malaya. Antara ciri-ciri Malayan Union adalah semua negeri Melayu kecuali Singapura disatukan di bawah pemerintahan Gabenor British. Gabenor tersebut dibantu oleh Majlis Mesyuarat Persekutuan dan Majlis Undangan. Singapura dijadikan tanah jajahan berasingan di bawah seorang Gabenor British. Kedaulatan Raja-raja Melayu dihapuskan dan akhir sekali hak kerakyatan yang sama bagi semua orang tanpa mengira bangsa dan keturunan. Usaha British untuk menubuhkan Malayan Union mendapat tentangan hebat dari orang Melayu. Dengan kesatuan orang Melayu berjaya memulaukan majlis pengisytiharan Malayan Union, akhirnya British mengalah dan menggantikan Malayan Union kepada Persekutuan Tanah Melayu. British sedar tanpa sokongan orang Melayu Malayan Union akan gagal. Lantas British mengisytiharkan penubuhan Persekutuan Tanah Melayu.

Selain itu, terdapat isu hubungan etnik dalam perlembagaan. Telah disebut dalam Perkara 3(1) Perlembagaan Malaysia bahawa Islam sebagai agama persekutuan. Islam agama persekutuan bermaksud Islam adalah agama bagi Persekutuan tetapi dalam masa yang sama agama-agama lain bebas diamalkan dengan aman dan harmoni. Tambahan pula, perkara 11 yang menyatakan kebebasan beragama. Bebas menganuti dan mengamalkan agama asalkan tidak memaksa membayar apa-apa cukai untuk agama lain dan berhak mengurus hal ehwal agamanya sendiri. Malaysia juga mengamalkan perlembagaan berparlimen iaitu hak bersuara ketika ingin memilih ahli parlimen.

Akhir sekali adalah kontrak sosial yang merupakan semua kaum Melayu dan bukan Melayu bersetuju atas beberapa perkara yang penting kepada kestabilan negara. Melalui kontrak sosial, orang bukan Melayu diberikan hak kewarganegaraan yang longgar berdasarkan prinsip jus soli (warganegara berdasarkan tempat lahir). Orang Melayu diperuntukkan dalam perlembagaan mengenai agama Islam, Bahasa Melayu, kedudukan istimewa orang Melayu serta kedudukan Raja-Raja Melayu. Persetujuan kontrak sosial antara kaum memudahkan proses penggubalan perlembagaan Malaya. Kontrak sosial diperbaharui apabila Singapura, Sabah dan Sarawak bergabung membentuk Malaysia pada September 1963.  


NUR HANANI BINTI HAMIDON

Pembelajaran minggu dimulakan dengan pembentangan kumpulan ke-2 sekali lagi. Mereka telah membentangkan tentang KONTRAK SOSIAL iaitu persetujuan yang dicapai di antara kaum MELAYU, CINA dan INDIA semasa mewujudkan Persekutuan Tanah Melayu 1948. Dalam kontrak sosial ada terdapat Hak melayu dan bukan melayu. Hak orang melayu adalah agama Islam sebagai agama persekutuan, kedudukan raja-raja melayu tidak boleh dipersoal, orang melayu dan bumiputera mendapat hak istimewa bagi menguntuhkan dominasi Melayu di Persekutuan Tanah Melayu dan Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan. Hak mereka yang bukan melayu seperti cina dan india pula adalah mendapat hak kerakyatan melalui perinsip Jus Soli. Kemudian ahli dalam kumpulan 2 membincangkan tentang unsur tradisi dan perlembagaan yang mewujudkan identiti Malaysia dan memupuk persefahaman ke arah perpaduan. Kemudian diteruskan lagi dengan negara bangsa, negara bangsa  adalah semua masyarakat mendukung satu bangsa dan satu negara yang tegak di atas satu identiti negara yang sama yang di menifestasikan oleh pemikiran, nilai-nilai sosiobudaya, lambang-lambang dan sentiasa berpegang kepada jiwa kemanusiaan dan kerohanian yang tinggi. Bangsa yang bertamadun mempunyai identiti peradabannya yang tersendiri. Terdapat dua ciri-ciri negara bangsa yang perlu kita tahu iaitu kenegaraan dan kewarganegaraan. Konsep kenegaraan ini perlu dipupuk dalam diri setiap rakyat negara itu demi keutuhan negara sebagai kumpulan sosial. Semangat kenegaraan ini boleh ditanam melalui simbol-simbol yang mewakili keutuhan negara seperti bendera Malaysia, lagu kebangsaan dan rukun negara. Manakala konsep kewarganegaraan pula dapat diperjelaskan bahawa bangsa Melayu, cina, india dan lain-lain dapat di satukan melalui kewarganegaraan yang sama iaitu warganegara Malaysia. Tetapi dalam membina negara bangsa, terdapat beberapa cabaran yang perlu di tempuhi antaranya adalah migrasi, iaitu seperti yang kita lihat banyak pendatang-pendatang asing yang datang ke negara kita kerana ingin mendapatkan pekerjaan, tetapi masalahnya, mereka telah membawa nilai yang berbeza dengan kita dan meningkatkan kadar jenayah di Malaysia, ini yang menyebabkan kita rasa tidak selamat untuk duduk di negara sendiri, ini lah cabaran bagi kita untuk membina negara bangsa yang aman dan harmoni. Dan cabaran gabungan wilayah yang berbeza, dengan menubuhkan Malaysia, mereka telah menggabungkan seluruh semenanjung Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak, sebenarnya ini sangat bagus kerana kita boleh saling belajar antara satu sama lain, tetapi masalah yang di ke tengah kan adalah menerima budaya dan adat yang bertentangan dengan nilai budaya yang asal kerana ini boleh menyebabkan pergaduhan sesama sendiri dan prejudis antara satu sama lain. Kesimpulannya, untuk membina negara bangsa yang bertamadun kita seharusnya berpegang pada perlembagaan islam yang dapat memberikan keadilan untuk semua kaum di Malaysia berpandukan Al-Quran dan As-Sunah.

NOOR HIDAYAH BINTI TAWIL

Malayan Union amat ditentang keras oleh orang melayu. Mereka menentang penubuhan ttersebut kerana kedaulatan raja-raja melayu dihapuskan dan hak kerakyatan yang sama iaitu jus soli. Jus soli ialah pemberian kewarganegaraan berdasar tempat lahir. Kontrak sosial ialah persetujuan antara Melayu, Cina dan India untuk mewujudkan persekutuan Tanah Melayu dibawah naungan Inggeris. Antara perkara dalam kontrak tersebut ialah Islam adalah agama persekutuan. Kedudukan dan kedaulatan raja-raja melayu tidak bole dipersoalkan, mengekalkan hak keistimewaan bagi orang melayu dan bahasa melayu adalah bahasa kebangsaan. Perkara tiga adalah menyatakan bahawa agama islam adalah agama peersekutuan yang mana pihak kerajaan perlu menubuhkan, menyelenggara, membantu penubuhan institusi islanm, melaksankan ajaran islam dan mengeluarkan perbelanjaan yang diperlukan untuk tujuan itu. Selain itu, agama bukan islam tidak boleh dipaksa untuk membayar sebarang cukai berkenaan agama Islam. Disamping itu, mereka berhak mernguruskan hal ehwal agama nya sendiri. Konklusi nya, kebesan beragama diberikan kepada penduduk Tanah Melayu memandang kan mereka berasal dari bangsa yang berbeza.

NURFARAHAIN BINTI NAZLIN 

pada minggu ini disambung dengan pembentangan untuk bab 3 oleh kumpulan 2. Sebelum kemerdekaan, Malayan Union telah ditubuhkan selepas Jepun menyerah kalah dan British kembali mengambil alih Tanah Melayu. Ciri-ciri Malayan Union banyak menghapuskan kedaulatan dan keistimewaan orang Melayu. Jadi, orang Melayu sebolehnya menentang keras penubuhan Malayan Union di Tanah Melayu. Bagi menubuhkan perlembagaan persekutuan tanah melayu, gabenor british telah memberi syarat-syarat sebelum persetujuan dicapai. Jadi dalam kontrak sosial 1948 diwujudkan dengan mencapai persetujuan antara tiga kaum iaitu Melayu, Cina dan India. Perkara dalam kontrak ini adalah tentang hak-hak Melayu yang tidak boleh disentuh dan sebagai pertukaran dengan bukan melayu adalah hak kewarnegaraan mereka juga tidak akan disentuh. Ia diteruskan dengan perlembagaan persekutuan tanah melayu dan pilihanraya. Melalui kerjasama politik, pemimpin politik membawa rombongan ke London dan melakukan perjanjian di sana untuk mendapatkan kemerdekaan bagi tanah melayu. Dalam perlembagaan terdapat pelbagai perkara yang ditulis yang tidak boleh disentuh dan dianggap isu sensitif. Ianya berkenaan isu agama Islam, hak istimewa orang Melayu, bahasa Melayu, kuasa majlis raja-raja Melayu dan kesamarataan dan hak sama rata. 

NUR AMIRAH NAZIHAH BINTI MOHD SIDIK 

Pada minggu ini telah membincangkan tentang penentangan orang melayu terhadap Malayan Union. Malayan Union telah mendapat tentagan hebat oleh orang melayu. Motif British menubuhkan Malayan Union adalah kerana ingin mengurus tadbir Tanah Melayu secara mudah dan cekap. British ingin memerintah Tanah Melayu secara menyeluruh. Antara sebab-sebab orang melayu tidak suka dengan Malayan Union kerana Sultan dipaksa untuk menandatangani dokumen. Sir Harold Mac Michael telah dilantik sebagai wakil British. Jika sultan tidak mahu tanda tangan, sultan akan diugut bersekongkol dengan Jepun atau dituduh pemberontak. Malayan Union juga mengamalkan sikap Jus soli iaitu tiada perbezaan antara orang melayu dan bukan melayu dengan memberi hak kerakyatan berdasarkan tempat lahir. Dato' Onn Jaafar telah membangkang Malayan Union. Orang melayu juga memboikot Malayan Union dengan membuat demonstrasi. Orang bukan melayu hanya berdiam diri kerana mereta telah mendapat hak istimewa. British telah ditertawakan oleh penjajah lain kerana Malayan Union tidak dapat diterima oleh orang melayu.



Saturday 24 October 2015

PLURALITI MASYARAKAT ALAM MELAYU DALAM SEJARAH



isu semasa 



1) SIAPA PENGANJUR?

Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka) akan menganjurkan Himpunan Rakyat Bersatu pada 16 September 2015. Presidennya, Tan Sri Mohd Ali Rustam berkata, Pesaka menjadi penganjur kerana rasa tercabar dengan tindakan peserta Himpunan Bersih 4 hujung bulan lalu yang menggunakan demonstrasi jalanan sebagai kaedah untuk mencapai objektif mereka.

Himpunan yang bakal berlangsung Rabu ini dikenali dengan baju berwarna merah yang menjadi pilihan para penyokongnya. Gelaran 'baju merah' mula tersebar pada 25 Ogos apabila sekumpulan lelaki memakai baju T merah diketuai pemimpin NGO Melayu Datuk Jamal Md Yunos membuat demonstrasi silat anti-Bersih di hadapan pusat beli-belah Sogo di Kuala Lumpur.



2) APA OBJEKTIF MEREKA?

1. Menzahirkan amaran keras supaya jangan menghina pemimpin Melayu dan menghormati agama Islam sebagai agama Persekutuan.

2. Menghimpun umat Melayu bagi menunjukkan solidariti sekali gus mendokong teras dan keadilan sosial seperti yang termaktub dalam Perlembagaan.

3. Mendesak Kerajaan supaya bertindak tegas kepada pengkhianat negara yang memfitnah serta mempertikaikan kredibiliti Kerajaan dan mahu menjatuhkan pentadbiran yang telah dipilih oleh rakyat secara sah melalui sistem pilihanraya.

4. Mendesak Kerajaan melaksanakan sekolah satu aliran tanpa kompromi untuk memupuk perpaduan dan toleransi ke arah pembentukan bangsa Malaysia.

5. Menuntut Kerajaan untuk melaksanakan dasar-dasar seperti yang dijamin oleh Perlembagaan khususnya di dalam perkara-perkara yang bersangkutan dengan pembelaan dan hak keistimewaan Melayu dan Bumiputera.

6. Menyarankan kepada Kerajaan agar Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dikembalikan sebagai satu langkah dalam usaha-usaha Kerajaan untuk memastikan tahap keselamatan dan keamanan serta ketenteraman dalam negara sentiasa terjamin.



3) Kesan-kesan Himpunan Rakyat Bersatu

1.   Memupuk semangat perpaduan sesama melayu
2.   Memupuk kesedaran orang melayu akan hak-hak mereka yang semakin   ditindas
3.   Memupuk dan menzahirkan semangat patriotik dan cintakan negara dalam jati diri rakyat demi menuju ke arah satu perpaduan nasional yang mantap

4) Cara penyelesaian
1.Menyuarakan hak melalui saluran dan medium yang betul  
2.Berani untuk mempertahankan hak sebagai rakyat
3.Semangat patriotik sentiasa dipraktikkan dalam jati diri

Tuesday 20 October 2015

REFLEKSI 6

NORAFIQAH BT. YA'ACOB


Dalam bab 3 iaitu bab Perlembagaan Persekutuan. Antara perkara yang telah dipelajari adalah perlembagaan merupakan satu set peraturan tentang hak, kuasa dan prosedur serta tanggungjawab pihak yang mengawal dengan memandu hubungan di antara satu autoriti dengan autoriti yang lain, dan juga antara autoriti dengan orang awam.Perlembagaan berperanan sebagai panduan bagi pembentukan undang-undang sama ada di pihak kerajaan atau rakyat. Perlembagaan terbahagi kepada dua iaitu Perlembagaan Bertulis dan Perlembagaan tidak bertulis. Perlembagaan Bertulis ialah perlembagaan yang dikumpul dan disusun dalam satu kanun atau dokumen. Manakala Perlembagaan tidak bertulis ialah semua prinsip perlembagaan yang tidak terkumpul dalam satu dokumen seperti adam resam, undang-undang yang diluluskan oleh parlimen dan keputusan-keputusan mahkamah. Malaysia mengamalkan perlembagaan bertulis, dimana badan perundangan, kehakiman dan eksekutif mendapat kuasa daripada perlembagaan. Antara negara yang mengamalkan perlembagaan tidak bertulis seperti United Kingdom, New Zealand dan Israel.

Penggubalan Perlembagaan Persekutuan adalah rentetan peristiwa yang berlaku sebelumnya. Menjelang abad 20, muncul pertubuhan seperti Kesatuan Melayu Singapura, Kesatuan Melayu Perak, Kesatuan Melayu Muda dan lain-lain lagi. Sepanjang penjajahan, orang Melayu sentiasa bangkit menentang penjajahan yang berlaku. Media massa seperti Utusan Melayu, Majlis, Al-Imam, Saudara dan Warta Sarawak menjadi medium penyebaran semangat perjuangan. 

Selain itu, dalam bab 3 juga menyingkap berkenaan sejarah Malayan Union 1946 dan juga Persekutuan Tanah Melayu 1948. Terdapat tokoh intelektual Melayu yang menyedarkan orang Melayu supaya bangun menuntut kemerdekaan seperti Rahim Kajai, Ibrahim Yaakob, Pak Sako dan lain-lain lagi.



NUR HANANI BINTI HAMIDON

Pembelajaran minggu dimulakan dengan pembentangan kumpulan ke-2 sekali lagi. Mereka telah membentangkan tentang KONTRAK SOSIAL iaitu persetujuan yang dicapai di antara kaum MELAYU, CINA dan INDIA semasa mewujudkan Persekutuan Tanah Melayu 1948. Dalam kontrak sosial ada terdapat Hak melayu dan bukan melayu. Hak orang melayu adalah agama Islam sebagai agama persekutuan, kedudukan raja-raja melayu tidak boleh dipersoal, orang melayu dan bumiputera mendapat hak istimewa bagi menguntuhkan dominasi Melayu di Persekutuan Tanah Melayu dan Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan. Hak mereka yang bukan melayu seperti cina dan india pula adalah mendapat hak kerakyatan melalui perinsip Jus Soli. Kemudian ahli dalam kumpulan 2 membincangkan kronologi Kontrak Sosial 1948. Kemudian saya dapat mempelajari tentang Surhanjaya Reid yang merupakan perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. Suruhanjaya ini telah mengadakan pertemuan bagi mendapatkan pandangan parti politik dan orang ramai serta Raja-raja Melayu. Perlembagaan Malaysia kini telah mendapat persetujuan dan pandangan semua rakyat yang mewujudkan KONTRAK SOSIAL. 

NOOR HIDAYAH BINTI TAWIL

Perlembagaan ialah satu set tentang hak, kuasa dan prosedur serta tanggungjawab pihak yang meangawal dengan memandu hubungan di antara satu autoriti dengan autoriti yang lain dan juga autoriti daengan rakyat awam. Perlembagaan  adalah sumber undang-undang tertinggi sebuah negara. Ia berperanan sebagai panduan bagi pembentukan undang-undang sama ada di pihak kerajaan atau rakyat. Perlembagaan menyentuh ketua negara adalah YDPA yang dipilih dalam kalangan 9 orang raja-raja melayu yang memegang jawatan dalam tempuh empat tahun. Ketua kerajaan ialah Perdana Menteri. Badan perundangan mempunyai dua dewan rakyat dan dewan negara. Ketua perlembagaan perigkat negeri ialah Sultan atau Gabenor. Manakal ketua kerajaan Menteri Besar atau atau Ketua Menteri. Di Malaysia, tiada institusi yang bole mengatasi ketertinggian perlembagaan Malaysia. Antara badan kerajaan ialah kehakiman, eksekutif dan perundangan.

NURFARAHAIN BINTI NAZLIN 

Kumpulan 2 mengambil alih untuk membentangkan bab 3 iaitu Perlembagaan Malaysia dalam Konteks Hubungan Etnik di Malaysia. Perlembagaan adalah satu undang-undang yang terletak pada aras yang tertinggi dalam sesebuah negara. Ini adalah kerana tanpa undang-undang untuk mengawal negara, maka huru haralah sesebuah negara dan tidak akan terkawal tanpa peraturan. Perlembagaan juga berperanan sebagai pembentukan undang-undang sama ada di pihak rakyat atau kerajaan. Ia terbahagi kepada dua iaitu bertulis dan tidak bertulis. Dalam tajuk ini juga menceritakan tentang kronologi untuk membentuk sebuah perlembagaan sebelum merdeka secara kasar.

NUR AMIRAH NAZIHAH BINTI MOHD SIDIK 


Bagi sebuah negara yang berdaulat, perlembagan merupakan sumber undang-undang tertinggi  hak, sesebuah negara dan setiap individu perlu mematuhi keluhurannya. Perlembagaan bermaksud satu set peaturan tentang hak, kuasa dan prosedur serta tanggungjawab pihak yang mengawal dengan memandu hubungan di antara satu autoriti dengan autoriti yang lain dan juga autoriti dengan rakyat awam. Perlembagaan adalah sumber undang- undang tertinggi sesebuah negara yang berperanan sebagai panduan bagi pembentukan undang-undang sama ada di pihak kerajaan atau rakyat. Terdapat dua jenis perlembagaan iaitu perlembagaan bertulis dan perlembagaan tidak bertulis. Perlembagaan bertulis adalah perlembagaan yang dikumpul dan disusun dalam satu kanun atau dokumen. Ia sukar dipinda kecuali wujud peruntukan dalam perlembagaan yang membenarkannya. Manakala perlembagaan tidak bertulis adalah semua prinsip perlembagaan yang tidak terkumpul dalam satu dokumen seperti adat resam dan tradisi.

REFLEKSI 5

NORAFIQAH BT. YA'ACOB


Ketika melakukan pembentangan berkenaan kesan-kesan penjajahan terhadap pluraliti. Pelbagai impak yang telah diketengahkan. Antaranya politik, pendidikan, ekonomi dan juga sosial. Perkara yang telah saya bentangkan sendiri adalah dari segi ekonomi dan juga pendidikan.

Kesan pluraliti dari segi ekonomi adalah British memperkenalkan ekonomi dagangan. Ekonomi lebih tertumpu kepada pertanian dan perlombongan. Pengeluaran berlaku dalam skala yang banyak dan memerlukan buruh yang ramai. British mulai membawa masuk buruh Cina ke Tanah Melayu. Keadaan ini menyebabkan ekonomi Melayu terbahagi kepada 2 iaitu ekonomi tradisional dan juga ekonomi dagangan. Seterusnya British memperkenalkan perusahaan getah. Getah digunakan sejak adanya industri penghasilan kereta. Pada mulanya, pokok getah ditanam di kediaman Residen Hugh Low di Perak sebagai perhiasan. Wujudnya industri barangan seperti kasut dan tayar basikal. Disebabkan berlakunya perkembangan perusahaan getah, British membawa masuk buruh India untuk bekerja di ladang getah dengan gaji yang murah. 

Manakala dari segi aspek pendidikan pula adalah sebelum kedatangan British kanak-kanak Melayu dapat pendidikan di surau, sekolah pondok dan masjid. Sejak kehadiran penjajahan, British telah memperkenalkan sistem vernakular iaitu sekolah yang menggunakan bahasa ibunda negara masing-masing sebagai bahasa pegantar. Kini, sistem pendidikan yang berasaskan vernakular masih diguna pakai tetapi bezanya tidak menggunakan guru dari negara asal mereka. 

Apa yang diperolehi setelah pembentangan, Cina,Melayu dan India seharusnya mempunyai daya saing yang tinggi agar aspek ekonomi tidak dimonopoli hanya sesuatu kaum sahaja. Manakala sistem pendidkan pula sepatutnya semua kaum belajar didalam satu sekolah sahaja seperti sekolah kebangsaan yang tidak tertumpu kepada sesuatu kaum sahaja. 


NUR HANANI BINTI HAMIDON

Pada minggu ini, kumpulan saya telah menyambung perbincangan topik pluraliti di alam melayu dimulakan dengan Alyana sekali lagi dengan topik pemerintahan Melayu Melaka sebelum dijajah. Kemudian diteruskan lagi dengan pembentangan Hidayah, Amirah dan Farah mengenai penjajahan barat di tanah melayu yang telah menjejaskan sistem beraja di tanah melayu. Mereka telah menghuraikan tentang kesan-kesan penjajahan kepada politik, pendidikan, ketidaksamarataan ekonomi, dan kehidupan sosial masyarakat pada zaman itu. Seterusnya kami telah memasuki sedikit pengenalan bab Perlembagaan Malaysia Dalam Konteks Hubungan Etnik di Malaysia. Dalam topik ini ada menerangkan tentang Malayan Union yang dibincangkan oleh kumpulan ke-2 iaitu pembentangnya Aisyah. Selepas Jepun menyerah kalah dan British datang semula ke Tanah Melayu dan Parlimen British telah meluluskan Malayan Union. Raja-Raja Melayu telah dipaksa oleh Sir Harold Mac Michael untuk menerima Malayan Union. Tetapi Malayan Union telah mendapat tentangan yang hebat daripada orang Melayu kerana memberikan hak kerakyatan berdasarkan prinsip jus soli dan hak sama rata kepada semua bangsa dan penduduk peribumi tidak memiliki apa-apa keistimewaan. Selain itu, cara Sir Harold Mac Michael mendapatkan tandatangan daripada Raja-Raja Melayu juga menjadi faktor penentangan ini. Disebabkan tentangan daripada orang Melayu, British terpaksa membatalkan Malayan Union. Ia menunjukkan perpaduan orang Melayu sangat hebat sehingga mampu melemahkan kuasa besar seperti British untuk menurut kehendak orang Melayu dan kita sebagai rakyat Malaysia terutama sekali orang Melayu perlu sentiasa bersatu padu dan bantu-membantu di antara satu sama lain agar negara kita, Malaysia menjadi sebuah negara yang hebat, maju dan disegani negara lain seantara dunia.

NOOR HIDAYAH BINTI TAWIL

Terdapat empat kesan penjajahan di Tanah Melayu antara nya dari segi politik, ekonomi, sosial dan pendidikan. Kesan-kesan penjajahan sedikit sebanyak meningkat kan insfrastruktur, teknologi dan juga memberi kesan negatif terhadap pentadbiran dan sosial masyarakat. Dari segi politik, dapat di lihat bahawa segala kuasa pembesar telah di ambil alih oleh penjajah antara kuasa memungut cukai, kuasa penjagaan kawasan dan penjajah juga telah merampas tanah dan hak mereka. Ini telah memberi kesan negatif terutama nya kepada pembesar kerana kuasa mutlak mereka kian terhapus. Selain itu, dalam sosial pula mereka telah di asing kan mengikut bangsa masing-masing.penjajah telah membawa masuk buruh dari China dan India. Pengasingan ini telah memyebabkan mereka sukar untuk berinteraksi antara satu sama lain an tiada persepaduan antara stu sama lain. Kesan yang ke empat pula ialah lesan terhadap ekonomi. Penjajah telah mewujudkan banyak kemudahan seperti jalan raya, jalan keretapi. Kemudahan ini untuk memudahkan mereka membawa keluar hasil peribumi Tanah Melayu. Akhir sekali kesan dari sudut pendidikan. Kedatangan penjajah telah mewujudkan sekolah vernakular yang mana membawa masuk guru dari negara asal. Selain itu, wujud juga sekolah inggeris. Secara langsung ia telah menambah sistem pendidikan yang mana sebelum penjajahan hanya sekolah melayu dan madrasah di dirikan.

NURFARAHAIN BINTI NAZLIN 

Kumpulan saya menyambung bab 2 yang telah disampaikan pada minggu lepas. Bab ini disambungkan dengan kesan dari penjajahan terhadap perdagangan, ekonomi, politik, pemerintahan, kependudukan, pendidikan, kebudayaan dan dasar-dasar yang telah diperkenalkan selepas zaman penjajahan. Terdapat sesetengah sistem yang ditinggalkan oleh penjajah yang masih digunakan sekarang ini seperti dari segi politik, sistem pilihanraya yang dilakukan untuk memilih pemimpin setiap lima tahun dan juga sistem pendidikan yang masih wujud sekolah-sekolah mengikut kaum seperti sekolah jenis kebangsaan cina, india dan tahfiz tetapi sekolah sekolah ini terbuka untuk semua kaum walaupun ia adalah sekolah kebangsaan jenis.  Wujud juga kaum-kaum yang wujud hasil perkahwinan campur yang menunjukkan kemajmukan rakyat di Malaysia seperti Ceti, Baba Nyonya, Cina dan India Muslim.

ALYANA BINTI ADLAN 

Pada minggu ini kumpulan saya telah menjelaskan tentang kesan masyarakat pluralistic selepas kemerdekaan.
PENDIDIKAN
- Penggunaan bahasa Melayu sebagai alat penyatuan – dicadangkan dalam Penyata Razak 1956 dan Rahman Abdul Talib 1960.

- 13 Mei 1969, UMNO menegaskan pendidikan harus dipertingkatkan untuk meperkasakan orang Melayu. Oleh itu, bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama di semua sekolah.
- Kerajaan memperbanyak penubuhan institut pengajian tinggi.
- Sekolah Cina masih wujud

POLITIK
- Pembentukan Parti Perikatan (UMNO, MIC dan MCA) 
- Penubuhan Barisan Nasional (1974)
- Penggabungan Sabah dan Sarawak dengan Tanah Melayu untuk mewujudkan satu negara; Malaysia. 

EKONOMI
Sistem ekonomi laissez faire atau sistem ekonomi pasaran bebas yang diadaptasi daripada warisan British

Wujud 3 sektor 
- Sektor ekonomi tradisional (pengusahaan ladang getah, kelapa dan padi dan nelayan) dikuasai oleh Melayu.

- Sektor ekonomi moden (perlombongan, perkilangan dan perkhidmatan)- 10% dikuasai oleh etnik Cina. 
- Sektor ketiga – Cina menguasai bidang pengangkutan, perniagaan dan kewangan. India pula terlibat dalam sector pengangkutan awam, perniagaan dan kewangan.

NUR AMIRAH NAZIHAH BINTI MOHD SIDIK 


Pada minggu kelima menjelaskan tentang kesan-kesan penjajahan barat di Tanah Melayu. Terdapat empat aspek dari kesan penjajahan barat iaitu politik, ekonomi, sosial dan pendidikan. Dari aspek politik, kesan dari penjajahan telah munculnya semangat nasionalisme. Orang melayu mula bersatu apabila terbentuknya persatuan-persatuan yang bercorak kenegerian, wujud penentangan Malayan Union dan juga terbentuknya parti UMNO. Dalam soal pentadbiran, bagi soal-soal agama dan adat istiadat, pemimpin temptan dilantik untuk menjadi penasihat dalam bidang tersebut.
Dari aspek ekonomi, perusahaan getah dan industri perlombongan mula berkembang. Pada zaman itu, British mula sedar permintaan getah mula mendapat permintaan yang tinggi kesan daripada banyak industri barangan yang memerlukan getah seperti kasut, tayar basikal dan alat elektrik. Getah juga digunakan ketika revolusi dalam perindustrian kereta, oleh itu getah ditanam di Tanah Melayu. British telah membawa masuk pekerja India bekerja di ladang getah dengan gaji yang murah.
Dari aspek sosial pula, kesan dari penjajahan telah membentuk masyarakat yang berbilang kaum. Pada zaman British, mereka telah membawa masuk imigran China dan India kerana keperluan tenaga manusia. Kedatangan imigran yang berlipat ganda telah membentuk masyarakat yang berbilang kaum di Tanah Melayu. Hasilnya sekarang terdapat pelbagai kaum di Malaysia iaitu Melayu, Cina dan India.

Akhir sekali ialah dari aspek pendidikan. Sebelum kedatangan British ke Tanah Melayu, penduduk Tanah Melayu telah mempunyai sistem pendidikan mereka sendiri iaitu pendidikan agama dan sekolah pondok. Kesan daripada penjajahan British mereka telah menukar sistem pendidikan dengan membentuk sekolah inggeris, melayu dan vernakular.

Thursday 15 October 2015

BAGAIMANA HENDAK BERGAUL DENGAN ORANG BUKAN ISLAM?


NUR AMIRAH NAZIHAH BINTI MOHD SIDIK

Islam adalah merupakan agama yang membawa kesejahteraan dan keamanan kepada seluruh alam. Rasulullah SAW mengajar  seluruh umatnya berakhlak mulia kepada semua manusia tanpa mengira bangsa dan agama.Dalam sejarah Islam, banyak situasi di mana Muslim mendapatkan khidmat bukan Islam dalam urusan mereka dan tidak kurang juga yang dilantik memegang jawatan tertentu kerajaan.

Nabi Muhammad SAW adalah contoh terbaik dalam hal ini. Baginda bergaul dengan semua penduduk Mekah tidak kira yang miskin atau kaya, berpangkat atau tidak.Lebih-lebih lagi dalam menggauli golongan yang bukan beragama Islam. Baginda sentiasa bergaul baik dengan golongan yang bukan beragama Islam.Nabi SAW melihat setiap mereka sebagai aset agama, baginda juga melihat mereka sebagai anak Adam yang perlukan bimbingan dan tunjuk ajar ke arah agama Islam.

Sebelum diutus menjadi Rasul baginda telah dinobatkan dengan gelaran al-Amin, orang sangat dipercayai dan tidak pernah berdusta. Tidak ada yang berkecil hati dengan Rasulullah SAW. Baginda Rasulullah tidak akan sesekali meninggikan suara di hadapan mad'u (golongan sasaran). Tidak ada dalam lipatan sejarah bahawa nabi SAW menyakiti hati orang bukan Islam, melainkan dalam urusan mempertahankan maruah agama dan kedaulatan Islam.Sebab itulah Allah SWT berpesan kepada Rasulullah agar tidak bersikap keras atau keras ke atas golongan bukan Islam.

Firman Allah SWT yang bermaksud: Maka Dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu Wahai Muhammad), Engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah Engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu), dan pohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu. kemudian apabila Engkau telah berazam (Sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakallah kepada Allah, Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang Yang bertawakal kepada-Nya. (ali-'Imran: 159).

Sebagai contoh dari kisah Nabi SAW, Dalam menjayakan Hijrah baginda SAW, peranan orang bukan Islam telah digunakan untuk melancarkan perjalanan baginda dan Abu Bakar r.a. Beliau adalah Abdullah bin Uraiqith.Nabi SAW menggunakan khidmat beliau sebagai penunjuk jalan kerana jalan yang dilalui oleh mereka bukan jalan biasa yang dilalui oleh masyarakat Mekah untuk bermusafir ke Madinah. Tindakan Nabi SAW yang bekerjasama dengan Abdullah bin Uraiqith walaupun beliau tidak memeluk agama Islam dilihat penting untuk menjayakan cita-cita Hijrah.

NOORHIDAYAH BINTI MOHD TAWIL

Manusia sebagai makhluk sosial, tidak terlepas berkeinginan untuk bersosial  dengan manusia lain walau berbeza agama terutama nya. Islam tidak melarang umat nya untuk bergaul bersama non muslim. Sebalik nya, islam amat mengalukan hubungan yang baik sesama islam mahupun non muslim. Islam memboleh kan umat nya untuk bergaul bersama non muslim contoh nya dalam aspek perdagangan, pekerjaan, bekerjasama menangani penyakit dan jenayah serta banyak lagi. Namun begitu, kelonggaran dalam soal bergaul bersama non  muslim tetap mempunyai batas yang tersendiri terutama nya dalam soal keagamaan. Umat islam di larang bekerjasama dalam soal agama seperti mengikuti perayaan sesuatu agama yg boleh memesongkan akidah atau melakukan ibadah bersama. Selain itu, muslim tidak boleh bersikap zalim terhadap non muslim hanya kerana berbeza agama. Muslim tidak  boleh menganiaya mereka, mencuri harta benda, dan menindas mereka. Muslim harus menghormati mereka lebih-lebih lagi berkenaan agama dan budaya. Contoh nya, menghormati tempat ibadah mereka. Selain dari sudut keagamaan, non muslim juga mempunyai perayaan mereka tersendiri. Sebagai masyarakat 1 Malaysia yang berbilang kaum, Muslim diseru agar saling bermesraan sesama masyarakat. Sebagai contoh, semasa perayaan Tahun Baru Cina, Muslim boleh datang memziarahi kediaman non muslim dengan syarat tiada juadah yang boleh merosak kan akidah Muslim seperti hidangan arak dan daging khinzir. Jika hal sedemikian terjadi, Muslim wajib menhindari nya tanpa mengecil kan hati non muslim.


ALYANA BINTI ADLAN

Umat islam perlu menjaga keharmonian hidup bersama dengan orang yang bukan islam dalam keadaan prinsip-prinsip islam dijaga. Contohnya apabila orang yang bukan islam menyebah atau sedang bersolat bdan berdoa kita sebagai orang islam harus menghormati mereka dimana kita tidak seharusnya membuat bising atau mengacau mereka. Apabila kita menghormati mereka, mereka juga akan menghormati kita ketika kita sedang solat ataupun berdoa.

Umat islam juga dilarang menimbulkan perselisihan dan mencetuskan permusuhan dengan orang yang bukan islam. Contonya, umat islam tidak boleh menuduh ataupun menyebarkan fitnah terhadap orang yang bukan islam hingga menimbulkan pergaduhan. Ini akan menyebabkan berlakunya permusuhan dan akan mendorong kepada perpecahan kaum. Kita seharusnya cuba menyelesaikan masalah yang timbul supaya tidak berlakunya pergaduahn.

Pada zaman Nabi SAW, bainda  bekerjasama dengan orang bukan islam dalam urusan harian. Baginda mengiktiraf peranan orang bukan islam dalam pembinaan sesebuah kerajaan. Demi menjaga keharmonian kaum dan agama, Nabi SAW bersikap toleransi dengan mendahulukan dilpomasi terlebih dahulu dari peperangan.


NUR HANANI BINTI HAMIDON

Islam tidak melarang umatnya daripada bergaul dengan kaum non-muslim, tetapi terdapat adab dan batas-batas pergaulan yang perlu dijaga agar akidah yang dipelihara selama ini tidak terpesong atau rosak dengan ikutan dan ajaran agama mereka sehingga menjadikan kita murtad.

1) AURAT

Umat Islam perlu jaga dan lindung aurat mereka daripada pandangan non-muslim walaupun dengan jantina yang sama. Hal ini adalah bagi mengelakkan fitnah dan tanggapan buruk kaum non-muslim terhadap orang Islam. 

2) INTERAKSI

Umat Islam dibolehkan untuk berhubung dengan non-muslim dalam hal Mu’amalah seperti perdagangan, pendidikan dan lain-lain interaksi dalam kehidupan seharian. Namun kita tidak dibenarkan berhubung dalam hal Akidah dengan mereka seperti turut serta meraikan perayaan suatu agama atau melakukan ibadah seperti menyembah tuhan mereka dan mempercayai kepercayaan-kepercayaan yang mereka percaya seperti hukum karma dan wujudnya kelahiran semula selepas mati.

3) TINGKAH LAKU & TUTUR KATA

Umat Islam juga seharusnya menjaga tingkah laku dan tutur kata dengan tidak mengata atau menghina agama lain sehingga menyebabkan perselisihan faham dan mengugat keamanan setempat. Sebagai contoh, seperti hal yang berlaku pada 19 April 2015 di Taman Medan Petaling Jaya. Terdapat sekumpulan penunjuk perasaan mengadakan protes di hadapan sebuah gereja. Mereka mahu lambang salib gereja tersebut diturunkan kerana mereka percaya bahawa lambang itu merupakan satu cabaran kepada agama Islam dan boleh menjejaskan akidah anak muda di kawasan tersebut. Pihak gereja yang tidak mahu sebarang kejadian tidak diingin berlaku menurunkan lambang salib beberapa jam selepas protes itu. Hal ini sedikit sebanyak telah menjadikan agama islam dipandang serong oleh mereka yang bukan beragama Islam, kerana protes itu telah diadakan pada hari Ahad dimana mereka yang beragama Kristian beribadat pada hari tersebut. Telah dinyatakan bahawa 95% daripada penduduk di kawasan itu adalah majoritinya Muslim, maka bagaimana pula keadaaan dimana umat islam menjadi minoriti penduduk? Adakah sanggup kita milihat saudara seagama kita ditindas oleh majoriti penduduknya non-muslim? Dan sanggupkah kita melihat tempat kita beribadat dirobohkan atau kita diganggu ketika kita beribadat.

4) MENGHORMATI

Umat islam juga seharusnya bersikap terbuka dan hormat menghormati dengan orang bukan islam supaya agama islam lebih mudah dan senang untuk dekati oleh mereka yang non-muslim. Sebagai contoh mereka yang baru memeluk Islam perlu menghormati ahli keluarga mereka walaupun berbeza agama. Hubungan kekeluargaan tidak seharusnya diputuskan begitu sahaja walaupun mendapat tentangan daripada ahli keluarga pada mulanya.


5) MEMBERI PERLINDUNGAN


Kesimpulannya, kita boleh berkawan atau bersahabat dengan mereka, tetapi batas-batas pergaulan perlulah dijaga supaya tidak terpesong dan hubungan yang dijalinkan dapat membuahkan kebaikan. Antara kebaikan yang boleh diperoleh apabila menjaga hubungan dengan non-muslim ialah kita dapat menarik perhatian mereka untuk mendekati dan memahami Islam, membuktikan keindahan ajaran Islam dan umat Islam dijadikan contoh teladan dalam semua aspek kedupan.


NURFARAHAIN BINTI NAZLIN

Cara untuk bergaul dengan mereka yang bukan berasal dari agama islam ialah dengan memahami agama antara satu sama lain supaya apabila bergaul bersama mereka kita perlulah menghormati agama mereka dan tidak akan menyentuh sebarang sensitivity terhadap agamanya yang boleh membuatkan mereka tidak selesa bergaul. Melalui cara itu juga kita juga kita boleh berbincang tentang keindahan agama Islam kepada mereka dan menunjukkan kesefahaman dalam beragama di antara kita.

Kita juga haruslah bersikap adil dan tidak bersikap prejudis terhadap mereka yang bukan beragama Islam. Allah sendiri mewajibkan ummatnya menegakkan keadilan baik sesama muslim mahupun yang bukan muslim berbuat baik. Antara sikap-sikap baik yang boleh ditunjukkan seperti membantu dari segi kewangan, berlemah lembut dalam tutur kata dan lain-lain. Sungguhpun mereka yang bukan Isla, menzalimi orang Islam, Islam mengajar kita supaya menjauhi sikap zalim tetapi kita wajib mempertahankan diri daripada dizalimi. Bersyukur kepada Allah, walaupun Malaysia berbilang kaum dan agama, sifat kezaliman tidak ada dan tidak berlaku kezaliman antara rakyat di Malaysia.

Selain itu, kita juga tidak boleh memaksa mereka menerima agama yang lain. Ini adalah kerana itu adalah hak peribadi seseorang. Hormat adalah kunci utama untuk bergaul bersama orang bukan Islam. Kita tidak seharusnya memaksa mereka untuk menerima Islam kerana Islam bukanlah agama paksaan. Jika kita sendiri tidak menyukai untuk kita menerima sesuatu secara paksaan begitu juga orang lain. Jadi, hormat-menghormati adalah sesuatu yang perlu diterap dalam diri setiap orang tidak kira orang beragama Islam mahupun orang yang bukan beragama Islam.

Menjaga batas pergaulan juga adalah salah satu cara untuk kita bergaul dengan mereka yang bukan muslim. Ini adalah setiap pergaulan tidak haruslah melampaui batas sehingga menimbulkan rasa sakit hati dan ketidakselesaan terhadap mereka. Senyuman adalah senjata untuk memulakan perkenalan dan pergaulan yang baik. Ini adalah kerana dengan senyuman sangkaan baik terhadap seseorang itu akan terus muncul di minda.

Islam adalah merupakan agama yang membawa kesejahteraan dan keamanan kepada seluruh alam. Apabila Nabi SAW dibangkitkan, baginda mengajar umatnya berakhlak mulia kepada semua manusia. Dalam sejarah Islam, banyak situasi di mana Muslim mendapatkan khidmat bukan Islam dalam urusan mereka dan tidak kurang juga yang dilantik memegang jawatan tertentu kerajaan.

Secara asasnya, Islam membenarkan umatnya berurusan dengan orang bukan Islam khususnya dalam aspek yang berkaitan dengan muamalat. Ini dijelaskan menerusi firman Allah SWT yang bermaksud: Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agama (kamu) dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil. (al-Mumtahanah: 8)

Umat Islam perlu menjaga keharmonian hidup bersama dengan orang yang bukan Islam dalam keadaan prinsip-prinsip Islam dijaga. Umat Islam juga dilarang menimbulkan perselisihan dan mencetuskan permusuhan dengan orang yang bukan Islam. Nabi SAW bersabda: Barang siapa menyakiti zimmi, maka dia telah menyakitiku. (riwayat Bukhari) Sekiranya kita selusuri sirah nabi SAW, kita akan dapati baginda bekerjasama dengan orang bukan Islam dalam urusan harian. Termasuk dalam hal ini apabila Nabi SAW berhijrah ke Madinah dan menjadi pemimpin utama negara Islam itu, antara dasar yang diperkenalkan ialah piagam Madinah atau lebih dikenali sebagai Sahifah Madinah.

Antara kandungan piagam itu adalah kerajaan Islam bertanggungjawab melindungi masyarakat sama ada Muslim atau bukan Muslim selagi mereka mematuhi Perlembagaan. Jelas di sini bahawa nabi SAW mengiktiraf peranan orang bukan Islam dalam pembinaan sesebuah kerajaan. Demi menjaga keharmonian kaum dan agama, Nabi SAW bersikap toleransi dengan mendahulukan diplomasi terlebih dahulu dari peperangan.

Dalam menjayakan Hijrah baginda SAW, peranan orang bukan Islam telah digunakan untuk melancarkan perjalanan baginda dan Abu Bakar r.a. Beliau adalah Abdullah bin Uraiqith. Nabi SAW menggunakan khidmat beliau sebagai penunjuk jalan kerana jalan yang dilalui oleh mereka bukan jalan biasa yang dilalui oleh masyarakat Mekah untuk bermusafir ke Madinah. Tindakan Nabi SAW yang bekerjasama dengan Abdullah bin Uraiqith walaupun beliau tidak memeluk agama Islam dilihat penting untuk menjayakan cita-cita Hijrah. Berdasarkan peristiwa ini, Dr. Muhammad Said Ramadan al-Buty berpandangan, harus umat Islam meminta bantuan orang bukan Islam jika terdapat keperluan tertentu. (Dr. Said Ramadan al Buty, Fiqh Al Sirah, ms. 134).

Sistem kewangan Islam adalah bersifat universal yang merentasi sempadan agama. Ia bukan semata-mata untuk orang Islam malah untuk orang bukan Islam. Ini bertepatan dengan tujuan Nabi SAW diutuskan untuk membawa rahmat ke seluruh alam. (rujuk al-Anbiya’:107)

Dalam aspek muamalat, Nabi Muhammad SAW pernah berurusan dengan orang bukan Islam semasa hayatnya.Contohnya, nabi SAW bermuamalah dengan seorang Yahudi sebagaimana yang diriwayatkan dalam sebuah hadis; Sesungguhnya Nabi SAW membeli makanan dari seorang Yahudi dengan pembayaran secara bertangguh, dan mencagarkan baju besi baginda SAW. (riwayat Bukhari)

Malah, dalam Al-Quran ada menyebut: Dan (ingatlah) tiadalah Kami mencipta langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya itu, melainkan dengan cara yang sungguh berhikmat; dan sesungguhnya hari kiamat itu tetap akan datang; oleh itu biarkanlah (golongan kafir yang mendustakanmu itu wahai Muhammad) serta layanlah mereka dengan cara yang elok. (Surah al-Hijr,ayat 85)


MOHD HAFIZH BIN ROSLI

Islam adalah merupakan agama yang membawa kesejahteraan dan keamanan kepada seluruh alam. Apabila Nabi SAW dibangkitkan, baginda mengajar umatnya berakhlak mulia kepada semua manusia. Dalam sejarah Islam, banyak situasi di mana Muslim mendapatkan khidmat bukan Islam dalam urusan mereka dan tidak kurang juga yang dilantik memegang jawatan tertentu kerajaan.

Secara asasnya, Islam membenarkan umatnya berurusan dengan orang bukan Islam khususnya dalam aspek yang berkaitan dengan muamalat. Ini dijelaskan menerusi firman Allah SWT yang bermaksud: Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agama (kamu) dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil. (al-Mumtahanah: 8)

Umat Islam perlu menjaga keharmonian hidup bersama dengan orang yang bukan Islam dalam keadaan prinsip-prinsip Islam dijaga. Umat Islam juga dilarang menimbulkan perselisihan dan mencetuskan permusuhan dengan orang yang bukan Islam. Nabi SAW bersabda: Barang siapa menyakiti zimmi, maka dia telah menyakitiku. (riwayat Bukhari) Sekiranya kita selusuri sirah nabi SAW, kita akan dapati baginda bekerjasama dengan orang bukan Islam dalam urusan harian. Termasuk dalam hal ini apabila Nabi SAW berhijrah ke Madinah dan menjadi pemimpin utama negara Islam itu, antara dasar yang diperkenalkan ialah piagam Madinah atau lebih dikenali sebagai Sahifah Madinah.

Antara kandungan piagam itu adalah kerajaan Islam bertanggungjawab melindungi masyarakat sama ada Muslim atau bukan Muslim selagi mereka mematuhi Perlembagaan. Jelas di sini bahawa nabi SAW mengiktiraf peranan orang bukan Islam dalam pembinaan sesebuah kerajaan. Demi menjaga keharmonian kaum dan agama, Nabi SAW bersikap toleransi dengan mendahulukan diplomasi terlebih dahulu dari peperangan.

Dalam menjayakan Hijrah baginda SAW, peranan orang bukan Islam telah digunakan untuk melancarkan perjalanan baginda dan Abu Bakar r.a. Beliau adalah Abdullah bin Uraiqith. Nabi SAW menggunakan khidmat beliau sebagai penunjuk jalan kerana jalan yang dilalui oleh mereka bukan jalan biasa yang dilalui oleh masyarakat Mekah untuk bermusafir ke Madinah. Tindakan Nabi SAW yang bekerjasama dengan Abdullah bin Uraiqith walaupun beliau tidak memeluk agama Islam dilihat penting untuk menjayakan cita-cita Hijrah. Berdasarkan peristiwa ini, Dr. Muhammad Said Ramadan al-Buty berpandangan, harus umat Islam meminta bantuan orang bukan Islam jika terdapat keperluan tertentu. (Dr. Said Ramadan al Buty, Fiqh Al Sirah, ms. 134). Sistem kewangan Islam adalah bersifat universal yang merentasi sempadan agama. Ia bukan semata-mata untuk orang Islam malah untuk orang bukan Islam. Ini bertepatan dengan tujuan Nabi SAW diutuskan untuk membawa rahmat ke seluruh alam. (rujuk al-Anbiya’:107)

Dalam aspek muamalat, Nabi Muhammad SAW pernah berurusan dengan orang bukan Islam semasa hayatnya.Contohnya, nabi SAW bermuamalah dengan seorang Yahudi sebagaimana yang diriwayatkan dalam sebuah hadis; Sesungguhnya Nabi SAW membeli makanan dari seorang Yahudi dengan pembayaran secara bertangguh, dan mencagarkan baju besi baginda SAW. (riwayat Bukhari) 

Malah, dalam Al-Quran ada menyebut: Dan (ingatlah) tiadalah Kami mencipta langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya itu, melainkan dengan cara yang sungguh berhikmat; dan sesungguhnya hari kiamat itu tetap akan datang; oleh itu biarkanlah (golongan kafir yang mendustakanmu itu wahai Muhammad) serta layanlah mereka dengan cara yang elok. (Surah al-Hijr,ayat 85)

NORAFIQAH BINTI YA'ACOB

Rasulullah SAW mengajar  seluruh umatnya berakhlak mulia kepada semua manusia tanpa mengira bangsa dan agama.Dalam sejarah Islam, banyak situasi di mana Muslim mendapatkan khidmat bukan Islam dalam urusan mereka dan tidak kurang juga yang dilantik memegang jawatan tertentu kerajaan. 

Nabi Muhammad SAW adalah contoh terbaik dalam hal ini. Baginda bergaul dengan semua penduduk Mekah tidak kira yang miskin atau kaya, berpangkat atau tidak.Lebih-lebih lagi dalam menggauli golongan yang bukan beragama Islam. Baginda sentiasa bergaul baik dengan golongan yang bukan beragama Islam.Nabi SAW melihat setiap mereka sebagai aset agama, baginda juga melihat mereka sebagai anak Adam yang perlukan bimbingan dan tunjuk ajar ke arah agama Islam.

Sebelum diutus menjadi Rasul baginda telah dinobatkan dengan gelaran al-Amin, orang sangat dipercayai dan tidak pernah berdusta. Tidak ada yang berkecil hati dengan Rasulullah SAW.Baginda tidak meninggikan suara di hadapan mad'u (golongan sasaran). Tidak ada dalam lipatan sejarah bahawa nabi SAW menyakiti hati orang bukan Islam, melainkan dalam urusan mempertahankan maruah agama dan kedaulatan Islam.Sebab itulah Allah SWT berpesan kepada Rasulullah agar tidak bersikap keras atau keras ke atas golongan bukan Islam.

Firman Allah SWT yang bermaksud: Maka Dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu Wahai Muhammad), Engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah Engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu), dan pohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu. kemudian apabila Engkau telah berazam (Sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakallah kepada Allah, Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang Yang bertawakal kepada-Nya. (ali-'Imran: 159).

Sebagai contoh dari kisah Nabi SAW, Dalam menjayakan Hijrah baginda SAW, peranan orang bukan Islam telah digunakan untuk melancarkan perjalanan baginda dan Abu Bakar r.a. Beliau adalah Abdullah bin Uraiqith.Nabi SAW menggunakan khidmat beliau sebagai penunjuk jalan kerana jalan yang dilalui oleh mereka bukan jalan biasa yang dilalui oleh masyarakat Mekah untuk bermusafir ke Madinah. Tindakan Nabi SAW yang bekerjasama dengan Abdullah bin Uraiqith walaupun beliau tidak memeluk agama Islam dilihat penting untuk menjayakan cita-cita Hijrah.

Pergaulan umat Islam dengan masyarakat non-Muslim boleh diadaptasi dari sahabat-sahabat dan umat pada zaman Rasulullah. Mereka mengajar bahawa Islam boleh menerima dan memberi hadiah. Walhal jika dia saudara baru juga dibolehkan mereka menerima hadiah dari keluarga yang non-muslim. Menerima hadiah dari keluarga yang non-Muslim walau tidak mengetahui sumber hadiah tersebut.Tambahan pula, masyarakat non-Muslim boleh memasuki masjid asalkan tidak membawa sebarang simbol agama mereka didalam masjid seperti patung berhala.

Selain itu, Islam menganjurkan kita supaya bersangka baik sesama manusia jika tidak ada tanda-tanda mudarat kepada kita. Seringkali masyarakat Islam stereotaip bahawa masyarakat non-Muslim sinonim dengan sesuatu akhlak yang buruk. Sebagai contoh sifat amanah. Amanah tidak dikira berdasarkan agama kerana ianya lahir dari sifat individu itu sendiri.