Tuesday 29 September 2015

REFLEKSI 3

NORAFIQAH BT. YA'ACOB

Walau manusia berbeza dari segi warna kulit, kepercayaan, tradisi dan juga etnik. Manusia tetap boleh bersatu melalui amalan tolak ansur antara satu sama lain. Seperti umat Islam, salah satu faktor bersatunya umat Islam adalah ajaran agama Islam itu sendiri sebagai contoh solat berjemaah. Sebagaimana yang diketahui Malaysia mempunyai kepelbagaian etnik. Melalui amalan tolak ansur dalam pelbagai aspek seharian, masyarakat seharusnya tidak menyentuh sensitiviti perkauman dengan itu negara akan aman dan masyarakat boleh bersatu.

Allah menciptakan manusia berbeza-beza dari segi warna kulit, tradisi dan sebagainya agar manusia dapat mencontohi unsur positif yang dibawa oleh sesuatu kaum tersebut disamping menjadikan unsur negatif sebagai pengajaran supaya tidak mencontohi unsur tersebut. Tambahan pula, melalui penciptaan manusia yang berbeza ini menunjukkan kuasa Allah tidak terhad kepada sesuatu kejadian/rupa sahaja.

Selain itu, setiap manusia juga diuji dengan ujian yang berbeza. Ini disebabkan Allah mengetahui tahap kesabaran makhluknya dan juga ingin menguji tahap keimanan seseorang.Perbezaan antara sesama manusia dapat lengkap melengkapi antara satu sama lain. Seperti  surah al-Hujurat,ayat 11:
“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah sesuatu puak mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki  yang lain, kerana harus yang dicemuh itu lebih baik daripada mereka dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, kerana harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya…………”

Oleh itu, manusia seharusnya menghormati perbezaan manusia yang lain supaya manusia boleh bersatu tanpa mengambil kira agama dan identiti kaum tersebut.


NUR HANANI BINTI HAMIDON

Apa yang saya perolehi bagi perbincangan minggu ini adalah tentang tahap hubungan etnik yang terbahagi kepada dua iatu tahap positif dan tahp negative.  Saya akan melihat kepada tahap negative iaitu prejudis, stereotaip dan diskriminasi. Prejudis adalah pandangan negative mengenai orang lain dimana pada tahap ini pemikiran neatif itu hanya ada dalam diri kita dan tidak diluahkan kepada orang lain. Manakala, stereotaip pula adalah kenyataan umu yang negative terhadap sesuatu kumpulan utnik atau kaum dan dinyatakan secara lisan. Stereotaip ini lebih buruk daripada prejudis dimana kita mengumpat tentang kaum lain kepada orang lain. Akhir sekali ialah diskriminasi, ianya tahap yang paling teruk iaitu perbuatan membandingkan seseorang individu atau sesuatu kelompok etnik lain berasaskan ciri-ciri etnik semata dan bersifat tindakan. Seperti kejadia membakar bible disabah dan Sarawak. Kesimpulannya, kita manusia yang hidup dalam pelbagai agama dan kaum ini seharusnya menjauhi sikap prejudis kerana daripada sikap ini akan wujudnya sikap stereotaip dan jika tidak dibendung akn memndatangkan masalah yang lebih besar jika memasuki tahap diskriminasi terhadap kaum dan agama lain yang boleh memecahbelahkan kaum di malaysai disamping mengganggugugat keharmonian negara. 

NURFARAHAIN BINTI NAZLIN 

Kelas disambung dengan pembelajaran tentang bab 1 tentang integrasi dan tahap hubungan etnik. Tajuk kecil ini membincangkan tentang makna segregasi, akomodasi, akulturasi, asimilasi dan amalgamasi. Tahap hubungan etnik ini berlaku di dalam masyarakat kita seperti perkahwinan campur dan juga peminjaman budaya yang tidak bertentangan dengan agama masing-masing.

ALYANA BINTI ADLAN 

Pada minggu ni saya telah pelajari tentang surah al-Hujurat ayat 12 dan 13.


Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan purba-sangka (kecurigaan), karena sebagian dari purba-sangka itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah menggunjingkan satu sama lain. Adakah seorang diantara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang.

Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling takwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal

NUR AMIRAH NAZIHAH BINTI MOHD SIDIK 

Dalam minggu ketiga ini diterangkan kenapa manusia itu dijadikan dengan berbeza-beza. Di dalam surah al-Hujurat ayat 12 dan 13, Allah memang sengaja menjadikan manusia itu berbeza-beza kerana ingin menggalakkan manusia itu hidup saling melengkapi antara satu sama lain.Manusia adalah khalifah di dunia yang diciptakan untuk membina kebaikan dengan beriman kepada Allah. Oleh itu manusia diciptakan dengan berbeza beza kerana manusia saling memerlukan bantuan antara satu sama lain. Selain itu, manusia dijadikan bebeza adalah untuk memahami kekuatan dan kekurangan diri dan bangsa masing-masing. Tujuannya adalah untuk mengajar manusia erti kehidupan dan saling menghormati dengan bangsa lain.

Pada minggu ini juga menerangkan agama itu sebagai jalan penyelesaian. Agama islam itu datangnya dari Allah dan juga sebagai penyatu. Oleh itu, jika berlaku masalah sebagai orang islam kita ada Al-Quran iaitu kitab panduan manusia. Agama juga diterangkan bukan punca kepada konflik tetapi punca perpaduan. Selain itu, oramg barat memandang konsep siapa mulia secara horizontal contohnya siapa paling banyak unta dia adalah paling kaya. Tetapi Allah telah menukar siapa yang paling bertakwa adalah yang paling mulia.

Tahap hubungan etnik terdapat dua kategori iaitu secara negatif dan positif. Dari sudut negatif, tahap hubungan etnik itu bermula dari sikap prejudis, stereotaip,diskriminasi dan akhirnya berlaku perang. Manakala dari sudut positif, tahap bubungan etnik itu bermula dari  segregasi, akomodasi, akulturasi, asimilasi dan seterusnya amalgamasi.








Tuesday 22 September 2015

REFLEKSI 2

NORAFIQAH BT. YA'ACOB


Kuliah seterusnya telah menerangkan berkenaan kufur, fasik dan munafik. Kufur membawa maksud kepada ingkar kepada perintah Allah. Manakala fasik bererti berterusan melakukan dosa tanpa rasa bersalah dan munafik pula adalah berpura-pura baik dalam mengamalkan Islam padahal dia sebaliknya. 

Selain itu, telah diterangkan bahawa surah Al-Hujurat ayat 6-13 iaitu panduan manusia agar menjaga tutur kata dan perbuatan dalam meraikan perbezaan antara sesama manusia.Ayat 6 telah menyatakan agar jangan mudah menerima sesuatu maklumat tanpa menyelidik kesahihannya sebelum itu. Ayat yang seterusnya menjelaskan jika bertemu seseorang yang bergaduh maka damaikanlah mereka. Surah ini juga menerangkan bahawa manusia adalah bersaudara. Malah manusia juga disuruh untuk jangan mencemuh/memperlekehkan seseorang. Ini disarankan oleh kerana berkemungkinan seseorang itu lebih baik daripada diri kita.

Tambahan pula, seseorang itu perlu menutup aib orang lain maka Allah pasti akan menutup aib dirinya juga ketika di akhirat sewaktu hari perhitungan. Manusia dilarang untuk menggelarkan seseorang dengan nama yang buruk agar tidak mencetuskan pergaduhan. Akhir sekali manusia dituntut untuk menjauhi sangka buruk seperti dengan mencari kesalahan orang lain dan juga jangan mengumpat terutama sekali berbisik di hadapan orang lain kerana ini membolehkan terbukanya ruang curiga kepada orang yang melihatnya.


NUR HANANI BINTI HAMIDON


PERBEZAAN MANUSIA

Pada kelas pembelajaran yang ke-2 saya telah mempelajari tentang perbezaan manusia. Setiap manusia yang dijadikan oleh Allah SWT berbeza-beza dari pelbagai aspek seperti warna kulit, rupa, jantina, personaliti, agama dan sebagainya. Allah menjadikan setiap manusia itu berbeza-beza kerana ia membolehkan manusia untuk saling mengenali sesama mereka. Akan tetapi perbezaan yang wujud dalam kalangan manusia ini boleh mendatangkan kebaikan dan keburukan. Antara kebaikannya ialah manusia dapat mengeratkan silaturrahim, manakala dari aspek keburukannya pula ialah wujudnya konflik seperti pergaduhan diantara kaum.

BAGAIMANA UNTUK BERSATU WALAUPUN BERBEZA?

Untuk bersatu walaupun berbeza, setiap manusia haruslah mempunyai sifat-sifat seperti saling hormat-menghormati agar dapat melahirkan masyarakat majmuk. Untuk lebih memahami bagaimana untuk bersatu walaupun berbeza, Ustazah telah menerangkan maksud Surah al-Hujurat, ayat 6-13.


Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.


Dan ketahuilah! Bahawasanya dalam kalangan kamu ada Rasulullah (maka janganlah kemahuan atau pendapat kamu mendahului pentadbirannya); kalaulah ia menurut kehendak kamu dalam kebanyakan perkara, tentulah kamu akan mengalami kesukaran; akan tetapi (Rasulullah tidak menurut melainkan perkara yang diwahyukan kepadanya, dan kamu wahai orang-orang yang beriman hendaklah bersyukur kerana) Allah menjadikan iman suatu perkara yang kamu cintai serta di perhiaskannya dalam hati kamu, dan menjadikan kekufuran dan perbuatan fasik serta perbuatan derhaka itu: perkara-perkara yang kamu benci; mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang tetap menurut jalan yang lurus.


(Mereka dijadikan berkeadaan demikian) sebagai limpah kurnia dan nikmat pemberian dari Allah; dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.


Dan jika dua puak dari orang-orang yang beriman berperang, maka damaikanlah di antara keduanya; jika salah satunya berlaku zalim terhadap yang lain, maka lawanlah puak yang zalim itu sehingga ia kembali mematuhi perintah Allah; jika ia kembali patuh maka damaikanlah di antara keduanya dengan adil (menurut hukum Allah), serta berlaku adillah kamu (dalam segala perkara); sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil.


Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.


Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim.


Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.


Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).

Kesimpulannya, setiap kejadian Allah SWT ada kelebihan yang tersirat dan tersurat. Oleh itu, sebagai manusia, kita harus mencari kelebihan yang tersirat dan tersurat itu supaya dapat mengecapi dan melahirkan masyarakat yang majmuk.



NOOR HIDAYAH BINTI TAWIL

Suruh ai-hujrat menekan kan tentang mengapa manusia berbeza. Manusia saling memrlukan antara satu sama lain selain melengkapi. Agama bukan punca konflik tetapi punca perpaduan.  Jika menolak agama, manusia akan memikirkan baahawa mereka mulia seperti timbul nya ras, bangsa, kelas berdasarkan status ekonomi dan warganegara. Malah tahap hubungan etnik juga secara negatif yang mana bersikap prejudis, stereotaip, diskriminasi dan perang. Oleh itu, dalam al-Quran telah melarang umat Islam agar tidak mencaci, menghina, mengejek dan sebagai nya.


NURFARAHAIN BINTI NAZLIN 

Kelas mula mempelajari tentang bab 1 yang betajuk konsep asas hubungan etnik. Di dalam tajuk ini, saya mempelajari tentang maksud etnik dan ras dan juga tentang perasaan dan pemikran yang wujud dalam setiap etnik. Antaranya ialah prejudis, streotaip dan diskriminasi. Selain itu, saya juga mempelajari tentang ciri-ciri budaya iaitu budaya dipelajari, dikongsi, sejagat, diwarisi, berubah, perlambangan dan pandangan semesta. 

ALYANA BINTI ADLAN 

Manusia di lahirkan berbeza iaitu  mempunyai warna kulit dan rupa paras yang berbeza kerana mengikut ras-ras dan keturunan masing-masing.Contohnya kalau di sekitar Negara-negara barat atau ingeris maysarakat mereka berkulit putih dan cerah. Manakala di rantau Afrika kebanyakan masyarakat mereka berkulit gelap dan masyarakat Malaysia pula bagi kaum Melayu kebanyakan yang kebanyakannya berkulit berwarna sawa matang.
Kesemua perbezaan ini adalah kekuasaan ALLAH SWT dimana kalau kita lihat pada asma ul-husna sendiri ALLAH SWT itu maha pencipta lagi maha bijaksana.
Itulah sebabnya kenapa ALLAH SWT menciptakan manusia pelbagai rupa dan warna kulit hanyalah semata-mata untuk kita mengunakan kelebihan akal kita untuk terus beribadat kepada ALLAH SWT dan mempercayai bahawa sesunguhnya ALLAH SWT maha pencipta lagi bijak sana seperti apa yang tertulis dalam Firman ALLAH SWT yang bermaksud:


“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah menciptakan langit dan bumi dan berlain-lainan bahasamu dan warna kulitmu. Sesungguhnya pada yang demikan itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang mengetahui.” (QS. Ar-Ruum [30]:22)


Dalam ayat tersebut jelas bahwa diantara tanda-tanda kekuasaan Allah SWT ialah diciptakannya manusia dalam bentuk dan warna tubuh yang bermacam-macam serta bahasa yang berbeza. Dia menciptakan anak-anak Adam dalam perbedaan dan di sinilah ditunjukkan tanda-tanda kekuasaannya. Dari jumlah keseluruhan umat manusia sekarang ini, tidak akan pernah ada cerita2 orang memiliki persamaan yang sama, dari mulai wajah hingga perilaku. Bahkan anak kembar siam sekalipun pasti ada bezanya.


NUR AMIRAH NAZIHAH BINTI MOHD SIDIK 

Setiap manusia dilahirkan dimuka bumi ini pasti memiliki perbezaan. Contohnya manusia itu berbeza dari segi rupa, jantina dan juga personaliti. Di dalam setiap perbezaan itu tersimpan erti yang harus difahami. Perbezaan merupakan keadaan, sifat dan ciri yang diciptakan Allah dengan tujuan agar manusia saling mengenal, berinteraksi, saling memahami dan memberi manfaat satu sama lain. Penerangan perbezaan manusia ini juga diterangkan dengan lebih lanjut di dalam surah al-Hujurat ayat 6-13. Di dalam surah itu ada menerangkan mengenai orang yang fasik iaitu orang yang berterusan melakukan dosa tanpa rasa bersalah. Selain itu Allah juga menerangkan Rasulullah adalah pembimbing. Rasulullah itu bersifat maksum iaitu tiada dosa berbeza dengan manusia yang sering melakukan dosa. Di dalam ayat 11, Allah menyuruh kita jangan suka mencemuh, jangan suka membuka aib orang dan jangan juga suka memanggil orang dengan gelaran yang buruk. Di dalam surah itu juga menerangkan bahawa Allah telah mempersayangkan manusia dengan iman serta harus memperbencikan diri dengan sikap kufur, fasik dan juga maksiat.



Tuesday 15 September 2015

REFLEKSI 1


NORAFIQAH BT. YA'ACOB

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad serta ahli keluarganya dan sahabat-sahabatnya, juga golongan yang mengikuti mereka dengan baik hingga Hari Pembalasan.

Pelbagai persoalan yang akan terlintas di benak pemikiran berkenaan dengan penciptaan manusia. Kenapa manusia diciptakan? Apa tujuan manusia diciptakan? Sememangnya kejadian manusia tidak signifikan dari segi bilangan. Tetapi kejadian manusia sangat signifikan dari segi tujuan penciptaannya. Antara tujuan manusia diciptakan adalah untuk mengabdikan diri kepada Allah.

Hakikatnya kejadian manusia bukan hanya untuk mengabdikan diri kepada Allah dengan melakukan kewajipan yang telah dipertanggungjawabkan kepada manusia seperti solat semata-mata. Malah manusia diciptakan untuk mengabdikan diri secara menyeluruh yang merangkumi seluruh aspek dan gerak kerja dalam kehidupan seperti mencari nafkah dan menuntut ilmu dengan niat semata-mata kerana Allah.

Selain itu, Allah menciptakan manusia mempunyai roh yang mengakui adanya Tuhan. Dengan itu, apabila seseorang manusia itu melakukan dosa lalu mereka akan kembali kepada Allah setelah sedar akan kesilapan mereka. Melalui roh, akan adanya pembaikan masyarakat apabila manusia mempunyai kesedaran untuk kembali kepada fitrah. Fitrah manusia dijadikan Allah untuk mempuyai Tuhan untuk disembah dengan ini roh manusia akan berada dalam keadaan tenang dalam menempuhi walau apa jua dugaan dan cabaran.


NUR HANANI BINTI HAMIDON


Di kelas pembelajaran yang pertama saya telah belajar tentang perbezaan kepercayaan dan agama bagi masyarakat yang menetap di Timur dan Barat. Agama merupakan suatu kepercayaan atau ajaran yang dianuti oleh seseorang dan ia dijadikan pedoman untuk membimbing manusia ke arah kehidupan yang positif (Budaya) atau negatif (Gejala). Masyarakat yang menetap di Timur dan Barat mempunyai tahap kepercayaan kepada tuhan yang berbeza di mana orang Timur lebih mementingkan soal ketuhanan manakala orang Barat lebih bercita-cita untuk hidup bebas dan melepaskan dari kekuasaan Tuhan mereka. Perkara positif (Budaya) dan negatif (Gejala) yang ada pada diri manusia wujud disebabkan roh individu dan masyarakat telah dipengaruhi dengan persekitaran di mana mereka menetap. Oleh itu, dalam menerima sesuatu perubahan, individu dan masyarakat sekeliling perlulah selidik terlebih dahulu sebelum mengamalkannya dalam kehidupan seharian.


PENGENALAN KEHIDUPAN MANUSIA

Manusia merupakan makhluk yang paling sempurna yang dicipta oleh Allah S.W.T. berbanding makhluk-makhluk yang lain. Kesempurnaan yang dimiliki manusia menjadikan mereka sebagai khalifah atau pemimpin di muka bumi. 

Surah Al-Insaan (AYAT 1-3)





Surah Al-Insaan menjelaskan tentang proses kejadiaan manusia dan mengapa manusia diciptakan. Allah berfirman bahawa manusia yang diciptanya tidak pernah menjadi sesuatu yang disebut-sebut oleh kerana kerendahan dan kelemahannya. Manusia telah diciptakan dari setitis mani yang bercampur dari benih lelaki dan perempuan yang kemudiannya beralih ke fasa-fasa yang berikutnya sehingga dilahirkan. Allah juga telah memberikan pendengaran dan penglihatan kepada manusia supaya mereka mampu membuat keputusan untuk memilih jalan yang benar. Allah S.W.T telah memberikan manusia akal, menurunkan wahyu dan Rasul untuk mereka beriman dan taat namun masih ada yang kufur.

Surah Al-Ara'af (Ayat 172-174)






NOOR HIDAYAH BINTI TAWIL


Perbezaan tamadun barat dan timur sangat ketara. Tamadun timur berpasakkan dengan kepercayaan tuhan. Tetapi tamadun barat percaya tuhan hanya pencita dan bukan pentadbir mereka. Masyarakat itu sendiri yang melahirkan budaya kerana segala nya bermula dengan roh. Roh yang membentuk budaya sama ada positif mahupun negatif. Roh individu ataupun roh terhadap masyarakat. Roh juga yang bertindak dalam amal makruf nahi mungkar. Manusia asdalah makhluk yang bermasyarakat. Malah unit asas bagi individu adalah roh. Roh yang menentukan segala tindak tanduk segenap perkara. Selain itu, manusia diwujudkan kerana Allah telah memilih manusia untuk kebahagiaan yang abadi. Allah adalah pencipta yang mentadbir kita. Itu merupakan tanda bahawa Allah sayang kepada kita. Ahir sekali, manusia dalah sebaik-baik kejadian. Moral nya, sebagai hamba Allah manusia haruslah sentiasa menjaga roh agar tidak cendrung ke sesuatu arah yang negatif.

NURFARAHAIN BINTI NAZLIN 

       
Kelas dimulakan dengan penceritaan tentang roh. Asal usul kejadian yang dimulakan denga tiupan roh oleh Allah. Selain itu, kami juga membincangkan tentang Surah Al-Hujarat yang mempunyai maksud perkara-perkara yang perlu dielakkan dalam bermasyarakat. Surah ini perlu dijadikan contoh untuk mencapai dan menjadi masyarakat yang berjaya.

ALYANA BINTI ADLAN 


BAB 1 - KONSEP ASAS HUBUNGAN TEKNIK

Maksud roh.

Al-Raqib al-Asfahaniy (w. 503 H / 1108 M), menyatakan di antara makna roh adalah al-Nafs (jiwa manusia). Makna disini adalah dalam arti aspek atau dimensi, iaitu bahwa sebahagian aspek atau dimensi jiwa manusia adalah roh.
Nyawa (roh) menurut al-Ghazali bermaksud tubuh halus (jisim lathif). Sumbernya itu lubang hati yang bertubuh. Lalu bertebar dengan perantaraan urat-urat yang memanjang ke segala bagian tubuh yang lain. Mengalirnya dalam tubuh, membanjirnya cahaya hidup, perasaan, penglihatan, pendengaran, dan penciuman dari padanya kepada anggota-anggotanya itu, menyerupai membanjirnya cahaya dari lampu yang berkeliling pada sudut-sudut rumah. Sesungguhnya cahaya itu tidak sampai kepada sebagian dari rumah, melainkan terus disinarinya dan hidup itu adalah seperti cahaya yang kena pada dinding. Dan nyawa itu adalah seperti lampu. Berjalannya nyawa dan bergeraknya pada batin adalah seperti bergeraknya lampu pada sudut-sudut rumah, dengan digerakkan oleh penggeraknya. Dengan adanya al-ruh dalam diri manusia menyebabkan manusia menjadi makhluk yang istimewa, unik, dan mulia. Inilah yang disebut sebagai khayalan akhar, iaitu makhluk yang istimewa yang berbeza dengan makhluk lainnya. Al-Qur’an menjelaskan hal ini dalam QS. Al-Mu’minun : 14

Keuniversalan sifat-sifat roh adalah mengakui keberadaan Tuhan, seberapapun jiwa sadar, logika, atau keegoan manusia tidak mengakui adanya Tuhan, tetap saja roh akan menolak anggapan itu, seorang ateis sekalipun, suatu saat pasti merasakan ketakutan tertentu, dan akan mengakui ada sesuatu di luar kekuasaannya. Roh menjadikan manusia bersemangat dan bahkan tak terkendali tapi sifatnya absolut tidak mengenal ruang dan waktu, kalaupun jasad dianggap sebagai tempat roh bukan berarti ia terikat pada ruang, melainkan untuk membawa dan membimbing kearah mana manusia itu semestinya menuju.

NUR AMIRAH NAZIHAH BINTI MOHD SIDIK 


Perkaitan fitrah roh dengan masyarakat yang bertuhan.

Roh ialah unit asas hidup manusia Manusi hidup kerana terdapat roh didalam jasadnya. Apabila roh terpisah dari badan maka berkhirlah juga hidup seorang manusia. Segala perbuatan jasad adalah datangnya daripada perbuatan roh. Roh telah diutuskan dalam jasad adalah untuk beribadah kepada Allah tetapi budaya dan gejala telah mempengaruhi roh sehingga membentuk samada budaya yang negatif atau positif kerana unit asas individu itu sendiri adalah roh. Budaya yang positif dapat membentuk masyarakat yang bertuhan kerana kebebasan individu itu sendiri telah diikat dengan tanggunjawab kepada masyarakat. Fitrah roh juga telah mengajar masyarakat yang bertuhan supaya terus memelihara hubungan yang baik sesama manusia iaitu dengan melaksanakan "amar makruf nahi mungkar'". Fitrah roh sangat penting dalam pembentukan akhlak dalam kehidupan masyarakat yang beragama. Jika kita membentuk roh dengan baik maka masyarakat yang dibentuk juga akan melahirkan akhlak yang baik yang beriman dengan tuhan iaitu sebagai penciptanya kerana roh telah mengajarkan beriman kepada tuhan dan kehidupan akhirat dengan adanya perintah dan larangan dalam agama.

Monday 14 September 2015

AHLI KUMPULAN


MOHD HAFIZH BIN ROSLI


NORAFIQAH BINTI YA'ACOB


NURFARAHAIN BINTI NAZLIN



ALYANA BINTI ADLAN


NUR HIDAYAH BINTI MOHD TAWIL



NUR AMIRAH NAZIHAH BINTI MOHD SIDIK


NUR HANANI BINTI HAMIDON