Islam adalah merupakan agama yang membawa
kesejahteraan dan keamanan kepada seluruh alam. Rasulullah SAW mengajar
seluruh umatnya berakhlak mulia kepada semua manusia tanpa mengira bangsa dan
agama.Dalam sejarah Islam, banyak situasi di mana Muslim mendapatkan khidmat
bukan Islam dalam urusan mereka dan tidak kurang juga yang dilantik memegang
jawatan tertentu kerajaan.
Nabi Muhammad SAW adalah contoh terbaik dalam
hal ini. Baginda bergaul dengan semua penduduk Mekah tidak kira yang miskin
atau kaya, berpangkat atau tidak.Lebih-lebih lagi dalam menggauli golongan yang
bukan beragama Islam. Baginda sentiasa bergaul baik dengan golongan yang bukan
beragama Islam.Nabi SAW melihat setiap mereka sebagai aset agama, baginda juga
melihat mereka sebagai anak Adam yang perlukan bimbingan dan tunjuk ajar ke
arah agama Islam.
Sebelum diutus menjadi Rasul baginda telah
dinobatkan dengan gelaran al-Amin, orang sangat dipercayai dan tidak
pernah berdusta. Tidak ada yang berkecil hati dengan Rasulullah SAW. Baginda
Rasulullah tidak akan sesekali meninggikan suara di
hadapan mad'u (golongan sasaran). Tidak ada dalam lipatan sejarah
bahawa nabi SAW menyakiti hati orang bukan Islam, melainkan dalam urusan
mempertahankan maruah agama dan kedaulatan Islam.Sebab itulah Allah SWT
berpesan kepada Rasulullah agar tidak bersikap keras atau keras ke atas
golongan bukan Islam.
Firman Allah SWT yang bermaksud: Maka
Dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu Wahai
Muhammad), Engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat
dan pengikutmu), dan kalaulah Engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah
mereka lari dari kelilingmu. oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan
yang mereka lakukan terhadapmu), dan pohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga
bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan)
itu. kemudian apabila Engkau telah berazam (Sesudah bermesyuarat, untuk membuat
sesuatu) maka bertawakallah kepada Allah, Sesungguhnya Allah mengasihi
orang-orang Yang bertawakal kepada-Nya. (ali-'Imran: 159).
Sebagai contoh dari kisah Nabi SAW, Dalam
menjayakan Hijrah baginda SAW, peranan orang bukan Islam telah digunakan untuk
melancarkan perjalanan baginda dan Abu Bakar r.a. Beliau adalah Abdullah bin
Uraiqith.Nabi SAW menggunakan khidmat beliau sebagai penunjuk jalan kerana
jalan yang dilalui oleh mereka bukan jalan biasa yang dilalui oleh masyarakat
Mekah untuk bermusafir ke Madinah. Tindakan Nabi SAW yang bekerjasama dengan
Abdullah bin Uraiqith walaupun beliau tidak memeluk agama Islam dilihat penting
untuk menjayakan cita-cita Hijrah.
NOORHIDAYAH BINTI MOHD TAWIL
Manusia sebagai makhluk sosial, tidak
terlepas berkeinginan untuk bersosial dengan manusia lain walau berbeza
agama terutama nya. Islam tidak melarang umat nya untuk bergaul bersama non
muslim. Sebalik nya, islam amat mengalukan hubungan yang baik sesama islam
mahupun non muslim. Islam memboleh kan umat nya untuk bergaul bersama non
muslim contoh nya dalam aspek perdagangan, pekerjaan, bekerjasama menangani
penyakit dan jenayah serta banyak lagi. Namun begitu, kelonggaran dalam soal
bergaul bersama non muslim tetap mempunyai batas yang tersendiri terutama
nya dalam soal keagamaan. Umat islam di larang bekerjasama dalam soal agama
seperti mengikuti perayaan sesuatu agama yg boleh memesongkan akidah atau
melakukan ibadah bersama. Selain itu, muslim tidak boleh bersikap zalim
terhadap non muslim hanya kerana berbeza agama. Muslim tidak boleh
menganiaya mereka, mencuri harta benda, dan menindas mereka. Muslim harus
menghormati mereka lebih-lebih lagi berkenaan agama dan budaya. Contoh nya,
menghormati tempat ibadah mereka. Selain dari sudut keagamaan, non muslim juga
mempunyai perayaan mereka tersendiri. Sebagai masyarakat 1 Malaysia yang
berbilang kaum, Muslim diseru agar saling bermesraan sesama masyarakat. Sebagai
contoh, semasa perayaan Tahun Baru Cina, Muslim boleh datang memziarahi
kediaman non muslim dengan syarat tiada juadah yang boleh merosak kan akidah
Muslim seperti hidangan arak dan daging khinzir. Jika hal sedemikian terjadi,
Muslim wajib menhindari nya tanpa mengecil kan hati non muslim.
ALYANA BINTI ADLAN
Umat islam perlu menjaga keharmonian hidup bersama dengan orang
yang bukan islam dalam keadaan prinsip-prinsip islam dijaga. Contohnya apabila
orang yang bukan islam menyebah atau sedang bersolat bdan berdoa kita sebagai
orang islam harus menghormati mereka dimana kita tidak seharusnya membuat
bising atau mengacau mereka. Apabila kita menghormati mereka, mereka juga akan
menghormati kita ketika kita sedang solat ataupun berdoa.
Umat islam juga dilarang menimbulkan
perselisihan dan mencetuskan permusuhan dengan orang yang bukan islam.
Contonya, umat islam tidak boleh menuduh ataupun menyebarkan fitnah terhadap
orang yang bukan islam hingga menimbulkan pergaduhan. Ini akan menyebabkan
berlakunya permusuhan dan akan mendorong kepada perpecahan kaum. Kita
seharusnya cuba menyelesaikan masalah yang timbul supaya tidak berlakunya
pergaduahn.
Pada zaman Nabi SAW, bainda bekerjasama
dengan orang bukan islam dalam urusan harian. Baginda mengiktiraf peranan orang
bukan islam dalam pembinaan sesebuah kerajaan. Demi menjaga keharmonian kaum
dan agama, Nabi SAW bersikap toleransi dengan mendahulukan dilpomasi terlebih
dahulu dari peperangan.
NUR HANANI BINTI HAMIDON
Islam tidak melarang umatnya daripada bergaul dengan kaum
non-muslim, tetapi terdapat adab dan batas-batas pergaulan yang perlu dijaga
agar akidah yang dipelihara selama ini tidak terpesong atau rosak dengan ikutan
dan ajaran agama mereka sehingga menjadikan kita murtad.
1) AURAT
Umat Islam perlu jaga dan lindung aurat
mereka daripada pandangan non-muslim walaupun dengan jantina yang sama. Hal ini
adalah bagi mengelakkan fitnah dan tanggapan buruk kaum non-muslim terhadap
orang Islam.
2) INTERAKSI
Umat Islam dibolehkan untuk berhubung dengan
non-muslim dalam hal Mu’amalah seperti perdagangan, pendidikan dan lain-lain
interaksi dalam kehidupan seharian. Namun kita tidak dibenarkan berhubung dalam
hal Akidah dengan mereka seperti turut serta meraikan perayaan suatu agama atau
melakukan ibadah seperti menyembah tuhan mereka dan mempercayai
kepercayaan-kepercayaan yang mereka percaya seperti hukum karma dan wujudnya
kelahiran semula selepas mati.
3) TINGKAH LAKU & TUTUR KATA
Umat Islam juga seharusnya menjaga tingkah
laku dan tutur kata dengan tidak mengata atau menghina agama lain sehingga
menyebabkan perselisihan faham dan mengugat keamanan setempat. Sebagai contoh,
seperti hal yang berlaku pada 19 April 2015 di Taman Medan Petaling Jaya.
Terdapat sekumpulan penunjuk perasaan mengadakan protes di hadapan sebuah
gereja. Mereka mahu lambang salib gereja tersebut diturunkan kerana mereka
percaya bahawa lambang itu merupakan satu cabaran kepada agama Islam dan boleh
menjejaskan akidah anak muda di kawasan tersebut. Pihak gereja yang tidak mahu
sebarang kejadian tidak diingin berlaku menurunkan lambang salib beberapa jam
selepas protes itu. Hal ini sedikit sebanyak telah menjadikan agama islam
dipandang serong oleh mereka yang bukan beragama Islam, kerana protes itu telah
diadakan pada hari Ahad dimana mereka yang beragama Kristian beribadat pada
hari tersebut. Telah dinyatakan bahawa 95% daripada penduduk di kawasan itu
adalah majoritinya Muslim, maka bagaimana pula keadaaan dimana umat islam
menjadi minoriti penduduk? Adakah sanggup kita milihat saudara seagama kita
ditindas oleh majoriti penduduknya non-muslim? Dan sanggupkah kita melihat
tempat kita beribadat dirobohkan atau kita diganggu ketika kita beribadat.
4) MENGHORMATI
Umat islam juga seharusnya bersikap terbuka
dan hormat menghormati dengan orang bukan islam supaya agama islam lebih mudah
dan senang untuk dekati oleh mereka yang non-muslim. Sebagai contoh mereka yang
baru memeluk Islam perlu menghormati ahli keluarga mereka walaupun berbeza
agama. Hubungan kekeluargaan tidak seharusnya diputuskan begitu sahaja walaupun
mendapat tentangan daripada ahli keluarga pada mulanya.
5) MEMBERI PERLINDUNGAN
Kesimpulannya, kita boleh berkawan atau
bersahabat dengan mereka, tetapi batas-batas pergaulan perlulah dijaga supaya
tidak terpesong dan hubungan yang dijalinkan dapat membuahkan kebaikan. Antara
kebaikan yang boleh diperoleh apabila menjaga hubungan dengan non-muslim ialah
kita dapat menarik perhatian mereka untuk mendekati dan memahami Islam,
membuktikan keindahan ajaran Islam dan umat Islam dijadikan contoh teladan
dalam semua aspek kedupan.
NURFARAHAIN BINTI NAZLIN
Cara untuk bergaul dengan mereka yang bukan berasal dari agama
islam ialah dengan memahami agama antara satu sama lain supaya apabila bergaul
bersama mereka kita perlulah menghormati agama mereka dan tidak akan menyentuh
sebarang sensitivity terhadap agamanya yang boleh membuatkan mereka tidak
selesa bergaul. Melalui cara itu juga kita juga kita boleh berbincang tentang
keindahan agama Islam kepada mereka dan menunjukkan kesefahaman dalam beragama
di antara kita.
Kita juga haruslah bersikap adil dan tidak
bersikap prejudis terhadap mereka yang bukan beragama Islam. Allah sendiri
mewajibkan ummatnya menegakkan keadilan baik sesama muslim mahupun yang bukan
muslim berbuat baik. Antara sikap-sikap baik yang boleh ditunjukkan seperti
membantu dari segi kewangan, berlemah lembut dalam tutur kata dan lain-lain.
Sungguhpun mereka yang bukan Isla, menzalimi orang Islam, Islam mengajar kita
supaya menjauhi sikap zalim tetapi kita wajib mempertahankan diri daripada
dizalimi. Bersyukur kepada Allah, walaupun Malaysia berbilang kaum dan agama,
sifat kezaliman tidak ada dan tidak berlaku kezaliman antara rakyat di
Malaysia.
Selain itu, kita juga tidak boleh memaksa
mereka menerima agama yang lain. Ini adalah kerana itu adalah hak peribadi
seseorang. Hormat adalah kunci utama untuk bergaul bersama orang bukan Islam.
Kita tidak seharusnya memaksa mereka untuk menerima Islam kerana Islam bukanlah
agama paksaan. Jika kita sendiri tidak menyukai untuk kita menerima sesuatu
secara paksaan begitu juga orang lain. Jadi, hormat-menghormati adalah sesuatu
yang perlu diterap dalam diri setiap orang tidak kira orang beragama Islam
mahupun orang yang bukan beragama Islam.
Menjaga batas pergaulan juga adalah salah
satu cara untuk kita bergaul dengan mereka yang bukan muslim. Ini adalah setiap
pergaulan tidak haruslah melampaui batas sehingga menimbulkan rasa sakit hati
dan ketidakselesaan terhadap mereka. Senyuman adalah senjata untuk memulakan
perkenalan dan pergaulan yang baik. Ini adalah kerana dengan senyuman sangkaan
baik terhadap seseorang itu akan terus muncul di minda.
Islam adalah merupakan agama yang membawa
kesejahteraan dan keamanan kepada seluruh alam. Apabila Nabi SAW dibangkitkan,
baginda mengajar umatnya berakhlak mulia kepada semua manusia. Dalam sejarah
Islam, banyak situasi di mana Muslim mendapatkan khidmat bukan Islam dalam
urusan mereka dan tidak kurang juga yang dilantik memegang jawatan tertentu
kerajaan.
Secara asasnya, Islam membenarkan umatnya
berurusan dengan orang bukan Islam khususnya dalam aspek yang berkaitan dengan
muamalat. Ini dijelaskan menerusi firman Allah SWT yang bermaksud: Allah tidak
melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang
tidak memerangi kamu kerana agama (kamu) dan tidak mengeluarkan kamu dari
kampung halaman kamu; sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku
adil. (al-Mumtahanah: 8)
Umat Islam perlu menjaga keharmonian hidup
bersama dengan orang yang bukan Islam dalam keadaan prinsip-prinsip Islam
dijaga. Umat Islam juga dilarang menimbulkan perselisihan dan mencetuskan
permusuhan dengan orang yang bukan Islam. Nabi SAW bersabda: Barang siapa
menyakiti zimmi, maka dia telah menyakitiku. (riwayat Bukhari) Sekiranya kita
selusuri sirah nabi SAW, kita akan dapati baginda bekerjasama dengan orang
bukan Islam dalam urusan harian. Termasuk dalam hal ini apabila Nabi SAW
berhijrah ke Madinah dan menjadi pemimpin utama negara Islam itu, antara dasar
yang diperkenalkan ialah piagam Madinah atau lebih dikenali sebagai Sahifah
Madinah.
Antara kandungan piagam itu adalah kerajaan
Islam bertanggungjawab melindungi masyarakat sama ada Muslim atau bukan Muslim
selagi mereka mematuhi Perlembagaan. Jelas di sini bahawa nabi SAW mengiktiraf
peranan orang bukan Islam dalam pembinaan sesebuah kerajaan. Demi menjaga
keharmonian kaum dan agama, Nabi SAW bersikap toleransi dengan mendahulukan
diplomasi terlebih dahulu dari peperangan.
Dalam menjayakan Hijrah baginda SAW, peranan
orang bukan Islam telah digunakan untuk melancarkan perjalanan baginda dan Abu
Bakar r.a. Beliau adalah Abdullah bin Uraiqith. Nabi SAW menggunakan khidmat
beliau sebagai penunjuk jalan kerana jalan yang dilalui oleh mereka bukan jalan
biasa yang dilalui oleh masyarakat Mekah untuk bermusafir ke Madinah. Tindakan
Nabi SAW yang bekerjasama dengan Abdullah bin Uraiqith walaupun beliau tidak
memeluk agama Islam dilihat penting untuk menjayakan cita-cita Hijrah.
Berdasarkan peristiwa ini, Dr. Muhammad Said Ramadan al-Buty berpandangan,
harus umat Islam meminta bantuan orang bukan Islam jika terdapat keperluan
tertentu. (Dr. Said Ramadan al Buty, Fiqh Al Sirah, ms. 134).
Sistem kewangan Islam adalah bersifat
universal yang merentasi sempadan agama. Ia bukan semata-mata untuk orang Islam
malah untuk orang bukan Islam. Ini bertepatan dengan tujuan Nabi SAW diutuskan
untuk membawa rahmat ke seluruh alam. (rujuk al-Anbiya’:107)
Dalam aspek muamalat, Nabi Muhammad SAW
pernah berurusan dengan orang bukan Islam semasa hayatnya.Contohnya, nabi SAW
bermuamalah dengan seorang Yahudi sebagaimana yang diriwayatkan dalam sebuah
hadis; Sesungguhnya Nabi SAW membeli makanan dari seorang Yahudi dengan
pembayaran secara bertangguh, dan mencagarkan baju besi baginda SAW. (riwayat
Bukhari)
Malah, dalam Al-Quran ada menyebut: Dan
(ingatlah) tiadalah Kami mencipta langit dan bumi serta segala yang ada di
antara keduanya itu, melainkan dengan cara yang sungguh berhikmat; dan
sesungguhnya hari kiamat itu tetap akan datang; oleh itu biarkanlah (golongan
kafir yang mendustakanmu itu wahai Muhammad) serta layanlah mereka dengan cara
yang elok. (Surah al-Hijr,ayat 85)
MOHD HAFIZH BIN ROSLI
Islam adalah merupakan agama yang membawa kesejahteraan dan
keamanan kepada seluruh alam. Apabila Nabi SAW dibangkitkan, baginda mengajar
umatnya berakhlak mulia kepada semua manusia. Dalam sejarah Islam, banyak
situasi di mana Muslim mendapatkan khidmat bukan Islam dalam urusan mereka dan
tidak kurang juga yang dilantik memegang jawatan tertentu kerajaan.
Secara asasnya, Islam membenarkan umatnya
berurusan dengan orang bukan Islam khususnya dalam aspek yang berkaitan dengan
muamalat. Ini dijelaskan menerusi firman Allah SWT yang bermaksud: Allah tidak
melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang
tidak memerangi kamu kerana agama (kamu) dan tidak mengeluarkan kamu dari
kampung halaman kamu; sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku
adil. (al-Mumtahanah: 8)
Umat Islam perlu menjaga keharmonian hidup
bersama dengan orang yang bukan Islam dalam keadaan prinsip-prinsip Islam
dijaga. Umat Islam juga dilarang menimbulkan perselisihan dan mencetuskan
permusuhan dengan orang yang bukan Islam. Nabi SAW bersabda: Barang siapa
menyakiti zimmi, maka dia telah menyakitiku. (riwayat Bukhari) Sekiranya kita
selusuri sirah nabi SAW, kita akan dapati baginda bekerjasama dengan orang
bukan Islam dalam urusan harian. Termasuk dalam hal ini apabila Nabi SAW
berhijrah ke Madinah dan menjadi pemimpin utama negara Islam itu, antara dasar
yang diperkenalkan ialah piagam Madinah atau lebih dikenali sebagai Sahifah
Madinah.
Antara kandungan piagam itu adalah kerajaan
Islam bertanggungjawab melindungi masyarakat sama ada Muslim atau bukan Muslim
selagi mereka mematuhi Perlembagaan. Jelas di sini bahawa nabi SAW mengiktiraf
peranan orang bukan Islam dalam pembinaan sesebuah kerajaan. Demi menjaga
keharmonian kaum dan agama, Nabi SAW bersikap toleransi dengan mendahulukan
diplomasi terlebih dahulu dari peperangan.
Dalam menjayakan Hijrah baginda SAW, peranan
orang bukan Islam telah digunakan untuk melancarkan perjalanan baginda dan Abu
Bakar r.a. Beliau adalah Abdullah bin Uraiqith. Nabi SAW menggunakan khidmat
beliau sebagai penunjuk jalan kerana jalan yang dilalui oleh mereka bukan jalan
biasa yang dilalui oleh masyarakat Mekah untuk bermusafir ke Madinah. Tindakan
Nabi SAW yang bekerjasama dengan Abdullah bin Uraiqith walaupun beliau tidak
memeluk agama Islam dilihat penting untuk menjayakan cita-cita Hijrah. Berdasarkan
peristiwa ini, Dr. Muhammad Said Ramadan al-Buty berpandangan, harus umat Islam
meminta bantuan orang bukan Islam jika terdapat keperluan tertentu. (Dr. Said
Ramadan al Buty, Fiqh Al Sirah, ms. 134). Sistem kewangan Islam adalah
bersifat universal yang merentasi sempadan agama. Ia bukan semata-mata untuk
orang Islam malah untuk orang bukan Islam. Ini bertepatan dengan tujuan Nabi
SAW diutuskan untuk membawa rahmat ke seluruh alam. (rujuk al-Anbiya’:107)
Dalam aspek muamalat, Nabi Muhammad SAW pernah
berurusan dengan orang bukan Islam semasa hayatnya.Contohnya, nabi SAW
bermuamalah dengan seorang Yahudi sebagaimana yang diriwayatkan dalam sebuah
hadis; Sesungguhnya Nabi SAW membeli makanan dari seorang Yahudi dengan
pembayaran secara bertangguh, dan mencagarkan baju besi baginda SAW. (riwayat
Bukhari)
Malah, dalam Al-Quran ada menyebut: Dan
(ingatlah) tiadalah Kami mencipta langit dan bumi serta segala yang ada di
antara keduanya itu, melainkan dengan cara yang sungguh berhikmat; dan
sesungguhnya hari kiamat itu tetap akan datang; oleh itu biarkanlah (golongan
kafir yang mendustakanmu itu wahai Muhammad) serta layanlah mereka dengan cara
yang elok. (Surah al-Hijr,ayat 85)
NORAFIQAH BINTI YA'ACOB
Rasulullah
SAW mengajar seluruh umatnya berakhlak mulia kepada semua manusia tanpa
mengira bangsa dan agama.Dalam sejarah Islam, banyak situasi di mana Muslim
mendapatkan khidmat bukan Islam dalam urusan mereka dan tidak kurang juga yang
dilantik memegang jawatan tertentu kerajaan.
Nabi
Muhammad SAW adalah contoh terbaik dalam hal ini. Baginda bergaul dengan semua
penduduk Mekah tidak kira yang miskin atau kaya, berpangkat atau
tidak.Lebih-lebih lagi dalam menggauli golongan yang bukan beragama Islam.
Baginda sentiasa bergaul baik dengan golongan yang bukan beragama Islam.Nabi
SAW melihat setiap mereka sebagai aset agama, baginda juga melihat mereka
sebagai anak Adam yang perlukan bimbingan dan tunjuk ajar ke arah agama Islam.
Sebelum
diutus menjadi Rasul baginda telah dinobatkan dengan gelaran al-Amin, orang
sangat dipercayai dan tidak pernah berdusta. Tidak ada yang berkecil hati
dengan Rasulullah SAW.Baginda tidak meninggikan suara di hadapan mad'u
(golongan sasaran). Tidak ada dalam lipatan sejarah bahawa nabi SAW menyakiti
hati orang bukan Islam, melainkan dalam urusan mempertahankan maruah agama dan
kedaulatan Islam.Sebab itulah Allah SWT berpesan kepada Rasulullah agar tidak
bersikap keras atau keras ke atas golongan bukan Islam.
Firman
Allah SWT yang bermaksud: Maka Dengan sebab rahmat (yang
melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu Wahai Muhammad), Engkau telah bersikap
lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah
Engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu.
oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu),
dan pohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam
urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu. kemudian apabila Engkau telah
berazam (Sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakallah kepada
Allah, Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang Yang bertawakal kepada-Nya. (ali-'Imran:
159).
Sebagai
contoh dari kisah Nabi SAW, Dalam menjayakan Hijrah baginda SAW, peranan orang
bukan Islam telah digunakan untuk melancarkan perjalanan baginda dan Abu Bakar
r.a. Beliau adalah Abdullah bin Uraiqith.Nabi SAW menggunakan khidmat beliau
sebagai penunjuk jalan kerana jalan yang dilalui oleh mereka bukan jalan biasa
yang dilalui oleh masyarakat Mekah untuk bermusafir ke Madinah. Tindakan Nabi
SAW yang bekerjasama dengan Abdullah bin Uraiqith walaupun beliau tidak memeluk
agama Islam dilihat penting untuk menjayakan cita-cita Hijrah.
Pergaulan umat Islam dengan masyarakat
non-Muslim boleh diadaptasi dari sahabat-sahabat dan umat pada zaman
Rasulullah. Mereka mengajar bahawa Islam boleh menerima dan memberi hadiah.
Walhal jika dia saudara baru juga dibolehkan mereka menerima hadiah dari
keluarga yang non-muslim. Menerima hadiah dari keluarga yang non-Muslim
walau tidak mengetahui sumber hadiah tersebut.Tambahan pula, masyarakat non-Muslim boleh memasuki masjid asalkan
tidak membawa sebarang simbol agama mereka didalam masjid seperti patung
berhala.
Selain itu, Islam menganjurkan kita supaya
bersangka baik sesama manusia jika tidak ada tanda-tanda mudarat kepada kita.
Seringkali masyarakat Islam stereotaip bahawa masyarakat non-Muslim sinonim
dengan sesuatu akhlak yang buruk. Sebagai contoh sifat amanah. Amanah tidak
dikira berdasarkan agama kerana ianya lahir dari sifat individu itu sendiri.