NUR HANANI BINTI HAMIDON
Seterusnya kami
telah masuk ke bab yang baru iaitu BAB Pembangunan Politik dan Hubungan Etnik.
Bab ini berkisarkan tentang tajuk
modenisasi, pembangunan ekonomi dan hubungan etnik. Tajuk yang ingin
dibincangkan ialah modenisasi ekonomi. Modenisasi merupakan satu proses
transformasi atau perubahan dalam aspek kehidupan masyarakat. Ia dianggap
sebagai sesuatu yang harus ditempuh oleh semua bangsa atau negara terutama yang
baru merdeka. Matlamat dan kepentingan modenisasi ekonomi ialah mewujudkan
sebuah masyarakat industri. Industri ialah usaha untuk menghasilkan sesuatu.
Ini bagi meningkatkan tahap ekonomi negara sekaligus merapatkan jurang
pendapatan antara kaum. Modenisasi boleh dilihat dari perubahan pembinaan
teknologi, pembangunan pertanian dan urbanisasi pada zaman sebelum dan selepas
merdeka. Perubahan pembinaan teknologi dapat dilihat dengan majunya dalam
peringkat pengeluaran oleh negara kita. Zaman sebelum dijajah bijih timah
dilombong menggunakan tangan dan selepas merdeka segala proses pengeluarannya
telah bertukar dengan penggunaan mesin. Bagi pembangunan pertanian pula,
modenisasi telah merubah cara untuk mempromosikan produk dengan import dan
export pengeluaran seperti sayur-sayuran, buah-buahan dan sebagainya. Ini telah
mengukuhkan ekonomi negara sehingga masa kini dan ianya sedikit sebanyak
membantu dalam menjana pendapatan negara dan merapatkan jurang pendapatan
antara kaum.
NURFARAHAIN BINTI NAZLIN
Kelas
diteruskan dengan bab 4 iaitu modenisasi, pembangunan ekonomi & hubungan
etnik. Modenisasi bermaksud perubahan berencana merupakan suatu proses dimana
matlamat, metod dan ukuran pencapaian ditentukan terlebih dahulu sebelum suatu
perubahan dilaksanakan. Ia bermula di Eropah akibat dari 2 revolusi besar iaitu
Revolusi Perancis dan Revolusi Industri. Dalam kelas ini juga membincangkan
sama ada modenisasi atau lebih kepada pembaratan. Pembaratan adalah satu bentuk
peniruan gaya hidup barat yang tidak disertai oleh suatu usaha perubahan secara
berencana. Modenisasi juga terdapat dalam bentuk ekonomi dan politik.
ALYANA BINTI ADLAN
Pada minggu ini saya telah pelajari tentang Malayan union, kontrak social 1948, perlembagaan persekutuan tanah melayu, rombongan ke London dah suruhanjaya reid.
Malayan union ditubuhkan oleh
british bertujuan untuk mengurus takbir secara mudah dan cekap secara
menyatukan negeri-negeri dan meningkatkn kecekapan pengurusan pentadbiran.
British juga menyimpan perasaan anti-melayu kerana orang melayu telah
bekerjasama dengan jepun sebelum ini dan pengenalan Malayan union dpt melemahkan
kuasa orang melayu terutamanya raja-raja melayu. Terdapat 4 ciri-ciri malayan
union. Pertama, semua negeri melayu kecuali Singapura disatukan dibawah
penerintahan Gabenor British.Gabenor ini pula dibantu oleh Majlis Mesyuarat
Persekutuan dan Majlis Undangan. Kedua, Singapura dijadikan tanah jajahan
berasingan dibawah seorang Gabenor British. Ketiga, kedaulatan Raja-Raja melayu
dihapuskan secara tidak langsung menyebabkn Raja-Raja melayu tidak boleh
memerintah tanah melayu. Keempat, hak kerakyatan yang sama bagi semua orang
tanpa mengira bangsa dan keturunan. Malayan union ditentang oleh orang-orang
melayu kerana kuasa Raja-Raja melayu dilenyapkan dalam urusan pentadbiran
negeri, Singapura dipisahkan dari Malayan Union dan ia kekal sebagai tanah
jajahan inggeris. British sedar Malayan Union tidak berjaya tanpa sepakat dari
orang melayu.
Kontrak social 1948 pula adalah
tentang persefahaman melayu dan bukan melayu. Satu persetujuan yang dicapai
diantara melayu, cina dan india semasa mewujudkan Persekutuan Tanah Melayu 1948
di bawah naugan inggeris.
NUR AMIRAH NAZIHAH BINTI MOHD SIDIK
BAB
4 - MODENISASI, PEMBANGUNAN EKONOMI & HUBUNGAN ETNIK
Minggu
ke 8 telah membincangkan berkaitan modenisasi. Modenisasi ialah satu proses
transformasi atau perubahan dalam segala aspek kehidupan masyarakat telah
dianggap sebagai sesuatu yang harus ditempuhi oleh semua bangsa dan negara.
Modenisasi sangat berkait rapat dengan teori Evolusionalisme. Teori
evolusionalisme ialah perubahan pada sifat atau frekuensi gen suatu populasi
organisme dari satu generasi ke satu generasi. Perubahan yang dialami oleh
suatu masyarakat berlangsung secara berencana dan tidak berencana. Perubahan
berencana merupakan suatu proses di mana matlamat, metod dan ukuran pencapaian
ditentukan terlebih dahulu sebelum suatu perubahan dilaksanakan. Maka,
perubahan nerencana inilah yang kemudian akan disebut sebagai modenisasi.
Perubahan secara tidak berencana ialah suatu proses peniruan dari aspek Barat
seperti gaya hidup barat yang tidak disertai oleh suatu usaha perubahan secara
berencana.
No comments:
Post a Comment