NUR HANANI BINTI HAMIDON
Apa yang saya perolehi bagi perbincangan minggu ini adalah tentang tahap hubungan etnik yang terbahagi kepada dua iatu tahap positif dan tahp negative. Saya akan melihat kepada tahap negative iaitu prejudis, stereotaip dan diskriminasi. Prejudis adalah pandangan negative mengenai orang lain dimana pada tahap ini pemikiran neatif itu hanya ada dalam diri kita dan tidak diluahkan kepada orang lain. Manakala, stereotaip pula adalah kenyataan umu yang negative terhadap sesuatu kumpulan utnik atau kaum dan dinyatakan secara lisan. Stereotaip ini lebih buruk daripada prejudis dimana kita mengumpat tentang kaum lain kepada orang lain. Akhir sekali ialah diskriminasi, ianya tahap yang paling teruk iaitu perbuatan membandingkan seseorang individu atau sesuatu kelompok etnik lain berasaskan ciri-ciri etnik semata dan bersifat tindakan. Seperti kejadia membakar bible disabah dan Sarawak. Kesimpulannya, kita manusia yang hidup dalam pelbagai agama dan kaum ini seharusnya menjauhi sikap prejudis kerana daripada sikap ini akan wujudnya sikap stereotaip dan jika tidak dibendung akn memndatangkan masalah yang lebih besar jika memasuki tahap diskriminasi terhadap kaum dan agama lain yang boleh memecahbelahkan kaum di malaysai disamping mengganggugugat keharmonian negara. Kemudian diteruskan lagi dengan pendekatan Islam dalam pembangunan politik iaitu melalui asa politik seperti Al-Quran, Sunnah, Ijma dan Qias. Kemudian perbincangan diteruskan dengan unsur-unsur Politik Islam seperti Niat, Tadarruj dan Uruf.
NOOR HIDAYAH BINTI TAWIL
Sebelum
merdeka ekonomi di Malaysia ialah ekonomi sara diri. Ciri-ciri ekonomi sara
diri ialah menanam padi, melombong bijih timah, memungut hasil hutan, menternak
binatang serta menangkap ikan. Mereka tidak di gaji mahupun menggaji pekerja.
Di samping itu mereka mengamal kan sistem barter iaitu menukar barang dan
makanan sebagai ganti mata wang. Ekonomi dagangan ialah komersial dan secara
moden. Kegiatan mere3ka adalah secara kecdil-kecilan, malahan melombong bijih
timah dan getah dan memasarkan nya ke Jepun, China India sebelum British datang
ke Tanah Melayu.
Semasa
penjajahan British, ekonomi dagangan adalah sistem pertanian dan komersial.
Selain itu, penggunaan tenaga buruh luar.British telah membawa masuk buruh
asing dari luar untuk menjalan kan kegiatan perlombongan serta pengusahaan
getah. Malah British mengamalkan dasar pecah perintah serta meningkatkan jurang
perbezaan antara kaum. Selepas merdeka, kerajaan menekankan pembangunan negara di
luar bandar. Mereka juga mengambil langkah mempelbagaikan asas ekonomi seperti
kelapa sawit, koko, lada, dan kayu balak. Meraka mambantu kaawasan luar bandar
kerana ingin mengurangkan jurang perbezaan antara kaum serta meningkatkan taraf
hidup.
NURFARAHAIN BINTI NAZLIN
Kelas
disambung dengan bab 4. Tajuk ini menerangkan tentang Rancangan Pembangunan 5
Tahun negara. Bermulanya dengan rancangan yang pertama hingga kesembilan.
Rancangan ini adalah untuk pemberitahuan tentang rancangan negara kepada
rakyat. Setiap rancangan negara perlu diberitahu kepada rakyat agar mereka tahu
dan menyokong setiap rancangan tersebut. Ini adalah kerana rakyat ialah
penggerak untuk menjadikan rancangan tersebut berjalan dan berjaya. Pelbagai
dasar juga diperkenalkan untuk memajukan dan menaikkan taraf hidup rakyat di
dalam negara. Antara dasar yang diperkenalkan ialah Dasar-Dasar Pertanian Awam,
Dasar-Dasar Awam Perindustrian, Dasar Industri Berat Negara dan Dasar
Penswastaan.
NUR AMIRAH NAZIHAH BINTI MOHD SIDIK
Minggu
10 membincangkan mengenai pembangunan ekonomi di Malaysia di zaman sebelum
merdeka dan selepas merdeka. Pada zaman sebelum merdeka, orang melayu
mengamalkan ekonomi tradisional iaitu konsep sara diri. Antara ciri-ciri
ekonomi sara diri seperti menanam padi, melombong bijih timah, menternak
binatang dan menangkap ikan. Pada waktu ini juga mereka mengamalkan sistem
barter iaitu pertukaran barang dengan barang. Ekonomi dagangan pula ialah
ekonomi komersial iaitu menjalankan kegiatan pertanian secara kecil-kecilan.
Sebelum British datang ke Tanah Melayu, mereka menjalankan kegiatan melombong
bijih timah dan telah memasarkan ke Jepun, China dan India. Semasa ekonomi
zaman penjajahan, British telah mengamalkan Dasar Pecah Perintah antara kaum
dari segi penempatan menyebabkan orang melayu terpisah dari arus ekonomi moden
dan kekal menjalankan ekonomi tradisional. Dasar ini telah meningkatkan lagi
jurang pendapatan, komunikasi dan juga pendidikan,
Selepas merdeka kerajaan telah
menekankan pembangunan negara di luar bandar dengan mengambil langkah
mempelbagaikan asas ekonomi seperti kelapa sawit, koko lada hitam dan kayu
balak. Kerajaan telah membantu masyarakat luar bandar kerana ingin
menghilangkan jurang perbezaan antara kaum dan juga meningkatkan taraf hidup
rakyat.
No comments:
Post a Comment