Thursday, 15 October 2015

BAGAIMANA HENDAK BERGAUL DENGAN ORANG BUKAN ISLAM?


NUR AMIRAH NAZIHAH BINTI MOHD SIDIK

Islam adalah merupakan agama yang membawa kesejahteraan dan keamanan kepada seluruh alam. Rasulullah SAW mengajar  seluruh umatnya berakhlak mulia kepada semua manusia tanpa mengira bangsa dan agama.Dalam sejarah Islam, banyak situasi di mana Muslim mendapatkan khidmat bukan Islam dalam urusan mereka dan tidak kurang juga yang dilantik memegang jawatan tertentu kerajaan.

Nabi Muhammad SAW adalah contoh terbaik dalam hal ini. Baginda bergaul dengan semua penduduk Mekah tidak kira yang miskin atau kaya, berpangkat atau tidak.Lebih-lebih lagi dalam menggauli golongan yang bukan beragama Islam. Baginda sentiasa bergaul baik dengan golongan yang bukan beragama Islam.Nabi SAW melihat setiap mereka sebagai aset agama, baginda juga melihat mereka sebagai anak Adam yang perlukan bimbingan dan tunjuk ajar ke arah agama Islam.

Sebelum diutus menjadi Rasul baginda telah dinobatkan dengan gelaran al-Amin, orang sangat dipercayai dan tidak pernah berdusta. Tidak ada yang berkecil hati dengan Rasulullah SAW. Baginda Rasulullah tidak akan sesekali meninggikan suara di hadapan mad'u (golongan sasaran). Tidak ada dalam lipatan sejarah bahawa nabi SAW menyakiti hati orang bukan Islam, melainkan dalam urusan mempertahankan maruah agama dan kedaulatan Islam.Sebab itulah Allah SWT berpesan kepada Rasulullah agar tidak bersikap keras atau keras ke atas golongan bukan Islam.

Firman Allah SWT yang bermaksud: Maka Dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu Wahai Muhammad), Engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah Engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu), dan pohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu. kemudian apabila Engkau telah berazam (Sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakallah kepada Allah, Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang Yang bertawakal kepada-Nya. (ali-'Imran: 159).

Sebagai contoh dari kisah Nabi SAW, Dalam menjayakan Hijrah baginda SAW, peranan orang bukan Islam telah digunakan untuk melancarkan perjalanan baginda dan Abu Bakar r.a. Beliau adalah Abdullah bin Uraiqith.Nabi SAW menggunakan khidmat beliau sebagai penunjuk jalan kerana jalan yang dilalui oleh mereka bukan jalan biasa yang dilalui oleh masyarakat Mekah untuk bermusafir ke Madinah. Tindakan Nabi SAW yang bekerjasama dengan Abdullah bin Uraiqith walaupun beliau tidak memeluk agama Islam dilihat penting untuk menjayakan cita-cita Hijrah.

NOORHIDAYAH BINTI MOHD TAWIL

Manusia sebagai makhluk sosial, tidak terlepas berkeinginan untuk bersosial  dengan manusia lain walau berbeza agama terutama nya. Islam tidak melarang umat nya untuk bergaul bersama non muslim. Sebalik nya, islam amat mengalukan hubungan yang baik sesama islam mahupun non muslim. Islam memboleh kan umat nya untuk bergaul bersama non muslim contoh nya dalam aspek perdagangan, pekerjaan, bekerjasama menangani penyakit dan jenayah serta banyak lagi. Namun begitu, kelonggaran dalam soal bergaul bersama non  muslim tetap mempunyai batas yang tersendiri terutama nya dalam soal keagamaan. Umat islam di larang bekerjasama dalam soal agama seperti mengikuti perayaan sesuatu agama yg boleh memesongkan akidah atau melakukan ibadah bersama. Selain itu, muslim tidak boleh bersikap zalim terhadap non muslim hanya kerana berbeza agama. Muslim tidak  boleh menganiaya mereka, mencuri harta benda, dan menindas mereka. Muslim harus menghormati mereka lebih-lebih lagi berkenaan agama dan budaya. Contoh nya, menghormati tempat ibadah mereka. Selain dari sudut keagamaan, non muslim juga mempunyai perayaan mereka tersendiri. Sebagai masyarakat 1 Malaysia yang berbilang kaum, Muslim diseru agar saling bermesraan sesama masyarakat. Sebagai contoh, semasa perayaan Tahun Baru Cina, Muslim boleh datang memziarahi kediaman non muslim dengan syarat tiada juadah yang boleh merosak kan akidah Muslim seperti hidangan arak dan daging khinzir. Jika hal sedemikian terjadi, Muslim wajib menhindari nya tanpa mengecil kan hati non muslim.


ALYANA BINTI ADLAN

Umat islam perlu menjaga keharmonian hidup bersama dengan orang yang bukan islam dalam keadaan prinsip-prinsip islam dijaga. Contohnya apabila orang yang bukan islam menyebah atau sedang bersolat bdan berdoa kita sebagai orang islam harus menghormati mereka dimana kita tidak seharusnya membuat bising atau mengacau mereka. Apabila kita menghormati mereka, mereka juga akan menghormati kita ketika kita sedang solat ataupun berdoa.

Umat islam juga dilarang menimbulkan perselisihan dan mencetuskan permusuhan dengan orang yang bukan islam. Contonya, umat islam tidak boleh menuduh ataupun menyebarkan fitnah terhadap orang yang bukan islam hingga menimbulkan pergaduhan. Ini akan menyebabkan berlakunya permusuhan dan akan mendorong kepada perpecahan kaum. Kita seharusnya cuba menyelesaikan masalah yang timbul supaya tidak berlakunya pergaduahn.

Pada zaman Nabi SAW, bainda  bekerjasama dengan orang bukan islam dalam urusan harian. Baginda mengiktiraf peranan orang bukan islam dalam pembinaan sesebuah kerajaan. Demi menjaga keharmonian kaum dan agama, Nabi SAW bersikap toleransi dengan mendahulukan dilpomasi terlebih dahulu dari peperangan.


NUR HANANI BINTI HAMIDON

Islam tidak melarang umatnya daripada bergaul dengan kaum non-muslim, tetapi terdapat adab dan batas-batas pergaulan yang perlu dijaga agar akidah yang dipelihara selama ini tidak terpesong atau rosak dengan ikutan dan ajaran agama mereka sehingga menjadikan kita murtad.

1) AURAT

Umat Islam perlu jaga dan lindung aurat mereka daripada pandangan non-muslim walaupun dengan jantina yang sama. Hal ini adalah bagi mengelakkan fitnah dan tanggapan buruk kaum non-muslim terhadap orang Islam. 

2) INTERAKSI

Umat Islam dibolehkan untuk berhubung dengan non-muslim dalam hal Mu’amalah seperti perdagangan, pendidikan dan lain-lain interaksi dalam kehidupan seharian. Namun kita tidak dibenarkan berhubung dalam hal Akidah dengan mereka seperti turut serta meraikan perayaan suatu agama atau melakukan ibadah seperti menyembah tuhan mereka dan mempercayai kepercayaan-kepercayaan yang mereka percaya seperti hukum karma dan wujudnya kelahiran semula selepas mati.

3) TINGKAH LAKU & TUTUR KATA

Umat Islam juga seharusnya menjaga tingkah laku dan tutur kata dengan tidak mengata atau menghina agama lain sehingga menyebabkan perselisihan faham dan mengugat keamanan setempat. Sebagai contoh, seperti hal yang berlaku pada 19 April 2015 di Taman Medan Petaling Jaya. Terdapat sekumpulan penunjuk perasaan mengadakan protes di hadapan sebuah gereja. Mereka mahu lambang salib gereja tersebut diturunkan kerana mereka percaya bahawa lambang itu merupakan satu cabaran kepada agama Islam dan boleh menjejaskan akidah anak muda di kawasan tersebut. Pihak gereja yang tidak mahu sebarang kejadian tidak diingin berlaku menurunkan lambang salib beberapa jam selepas protes itu. Hal ini sedikit sebanyak telah menjadikan agama islam dipandang serong oleh mereka yang bukan beragama Islam, kerana protes itu telah diadakan pada hari Ahad dimana mereka yang beragama Kristian beribadat pada hari tersebut. Telah dinyatakan bahawa 95% daripada penduduk di kawasan itu adalah majoritinya Muslim, maka bagaimana pula keadaaan dimana umat islam menjadi minoriti penduduk? Adakah sanggup kita milihat saudara seagama kita ditindas oleh majoriti penduduknya non-muslim? Dan sanggupkah kita melihat tempat kita beribadat dirobohkan atau kita diganggu ketika kita beribadat.

4) MENGHORMATI

Umat islam juga seharusnya bersikap terbuka dan hormat menghormati dengan orang bukan islam supaya agama islam lebih mudah dan senang untuk dekati oleh mereka yang non-muslim. Sebagai contoh mereka yang baru memeluk Islam perlu menghormati ahli keluarga mereka walaupun berbeza agama. Hubungan kekeluargaan tidak seharusnya diputuskan begitu sahaja walaupun mendapat tentangan daripada ahli keluarga pada mulanya.


5) MEMBERI PERLINDUNGAN


Kesimpulannya, kita boleh berkawan atau bersahabat dengan mereka, tetapi batas-batas pergaulan perlulah dijaga supaya tidak terpesong dan hubungan yang dijalinkan dapat membuahkan kebaikan. Antara kebaikan yang boleh diperoleh apabila menjaga hubungan dengan non-muslim ialah kita dapat menarik perhatian mereka untuk mendekati dan memahami Islam, membuktikan keindahan ajaran Islam dan umat Islam dijadikan contoh teladan dalam semua aspek kedupan.


NURFARAHAIN BINTI NAZLIN

Cara untuk bergaul dengan mereka yang bukan berasal dari agama islam ialah dengan memahami agama antara satu sama lain supaya apabila bergaul bersama mereka kita perlulah menghormati agama mereka dan tidak akan menyentuh sebarang sensitivity terhadap agamanya yang boleh membuatkan mereka tidak selesa bergaul. Melalui cara itu juga kita juga kita boleh berbincang tentang keindahan agama Islam kepada mereka dan menunjukkan kesefahaman dalam beragama di antara kita.

Kita juga haruslah bersikap adil dan tidak bersikap prejudis terhadap mereka yang bukan beragama Islam. Allah sendiri mewajibkan ummatnya menegakkan keadilan baik sesama muslim mahupun yang bukan muslim berbuat baik. Antara sikap-sikap baik yang boleh ditunjukkan seperti membantu dari segi kewangan, berlemah lembut dalam tutur kata dan lain-lain. Sungguhpun mereka yang bukan Isla, menzalimi orang Islam, Islam mengajar kita supaya menjauhi sikap zalim tetapi kita wajib mempertahankan diri daripada dizalimi. Bersyukur kepada Allah, walaupun Malaysia berbilang kaum dan agama, sifat kezaliman tidak ada dan tidak berlaku kezaliman antara rakyat di Malaysia.

Selain itu, kita juga tidak boleh memaksa mereka menerima agama yang lain. Ini adalah kerana itu adalah hak peribadi seseorang. Hormat adalah kunci utama untuk bergaul bersama orang bukan Islam. Kita tidak seharusnya memaksa mereka untuk menerima Islam kerana Islam bukanlah agama paksaan. Jika kita sendiri tidak menyukai untuk kita menerima sesuatu secara paksaan begitu juga orang lain. Jadi, hormat-menghormati adalah sesuatu yang perlu diterap dalam diri setiap orang tidak kira orang beragama Islam mahupun orang yang bukan beragama Islam.

Menjaga batas pergaulan juga adalah salah satu cara untuk kita bergaul dengan mereka yang bukan muslim. Ini adalah setiap pergaulan tidak haruslah melampaui batas sehingga menimbulkan rasa sakit hati dan ketidakselesaan terhadap mereka. Senyuman adalah senjata untuk memulakan perkenalan dan pergaulan yang baik. Ini adalah kerana dengan senyuman sangkaan baik terhadap seseorang itu akan terus muncul di minda.

Islam adalah merupakan agama yang membawa kesejahteraan dan keamanan kepada seluruh alam. Apabila Nabi SAW dibangkitkan, baginda mengajar umatnya berakhlak mulia kepada semua manusia. Dalam sejarah Islam, banyak situasi di mana Muslim mendapatkan khidmat bukan Islam dalam urusan mereka dan tidak kurang juga yang dilantik memegang jawatan tertentu kerajaan.

Secara asasnya, Islam membenarkan umatnya berurusan dengan orang bukan Islam khususnya dalam aspek yang berkaitan dengan muamalat. Ini dijelaskan menerusi firman Allah SWT yang bermaksud: Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agama (kamu) dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil. (al-Mumtahanah: 8)

Umat Islam perlu menjaga keharmonian hidup bersama dengan orang yang bukan Islam dalam keadaan prinsip-prinsip Islam dijaga. Umat Islam juga dilarang menimbulkan perselisihan dan mencetuskan permusuhan dengan orang yang bukan Islam. Nabi SAW bersabda: Barang siapa menyakiti zimmi, maka dia telah menyakitiku. (riwayat Bukhari) Sekiranya kita selusuri sirah nabi SAW, kita akan dapati baginda bekerjasama dengan orang bukan Islam dalam urusan harian. Termasuk dalam hal ini apabila Nabi SAW berhijrah ke Madinah dan menjadi pemimpin utama negara Islam itu, antara dasar yang diperkenalkan ialah piagam Madinah atau lebih dikenali sebagai Sahifah Madinah.

Antara kandungan piagam itu adalah kerajaan Islam bertanggungjawab melindungi masyarakat sama ada Muslim atau bukan Muslim selagi mereka mematuhi Perlembagaan. Jelas di sini bahawa nabi SAW mengiktiraf peranan orang bukan Islam dalam pembinaan sesebuah kerajaan. Demi menjaga keharmonian kaum dan agama, Nabi SAW bersikap toleransi dengan mendahulukan diplomasi terlebih dahulu dari peperangan.

Dalam menjayakan Hijrah baginda SAW, peranan orang bukan Islam telah digunakan untuk melancarkan perjalanan baginda dan Abu Bakar r.a. Beliau adalah Abdullah bin Uraiqith. Nabi SAW menggunakan khidmat beliau sebagai penunjuk jalan kerana jalan yang dilalui oleh mereka bukan jalan biasa yang dilalui oleh masyarakat Mekah untuk bermusafir ke Madinah. Tindakan Nabi SAW yang bekerjasama dengan Abdullah bin Uraiqith walaupun beliau tidak memeluk agama Islam dilihat penting untuk menjayakan cita-cita Hijrah. Berdasarkan peristiwa ini, Dr. Muhammad Said Ramadan al-Buty berpandangan, harus umat Islam meminta bantuan orang bukan Islam jika terdapat keperluan tertentu. (Dr. Said Ramadan al Buty, Fiqh Al Sirah, ms. 134).

Sistem kewangan Islam adalah bersifat universal yang merentasi sempadan agama. Ia bukan semata-mata untuk orang Islam malah untuk orang bukan Islam. Ini bertepatan dengan tujuan Nabi SAW diutuskan untuk membawa rahmat ke seluruh alam. (rujuk al-Anbiya’:107)

Dalam aspek muamalat, Nabi Muhammad SAW pernah berurusan dengan orang bukan Islam semasa hayatnya.Contohnya, nabi SAW bermuamalah dengan seorang Yahudi sebagaimana yang diriwayatkan dalam sebuah hadis; Sesungguhnya Nabi SAW membeli makanan dari seorang Yahudi dengan pembayaran secara bertangguh, dan mencagarkan baju besi baginda SAW. (riwayat Bukhari)

Malah, dalam Al-Quran ada menyebut: Dan (ingatlah) tiadalah Kami mencipta langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya itu, melainkan dengan cara yang sungguh berhikmat; dan sesungguhnya hari kiamat itu tetap akan datang; oleh itu biarkanlah (golongan kafir yang mendustakanmu itu wahai Muhammad) serta layanlah mereka dengan cara yang elok. (Surah al-Hijr,ayat 85)


MOHD HAFIZH BIN ROSLI

Islam adalah merupakan agama yang membawa kesejahteraan dan keamanan kepada seluruh alam. Apabila Nabi SAW dibangkitkan, baginda mengajar umatnya berakhlak mulia kepada semua manusia. Dalam sejarah Islam, banyak situasi di mana Muslim mendapatkan khidmat bukan Islam dalam urusan mereka dan tidak kurang juga yang dilantik memegang jawatan tertentu kerajaan.

Secara asasnya, Islam membenarkan umatnya berurusan dengan orang bukan Islam khususnya dalam aspek yang berkaitan dengan muamalat. Ini dijelaskan menerusi firman Allah SWT yang bermaksud: Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agama (kamu) dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil. (al-Mumtahanah: 8)

Umat Islam perlu menjaga keharmonian hidup bersama dengan orang yang bukan Islam dalam keadaan prinsip-prinsip Islam dijaga. Umat Islam juga dilarang menimbulkan perselisihan dan mencetuskan permusuhan dengan orang yang bukan Islam. Nabi SAW bersabda: Barang siapa menyakiti zimmi, maka dia telah menyakitiku. (riwayat Bukhari) Sekiranya kita selusuri sirah nabi SAW, kita akan dapati baginda bekerjasama dengan orang bukan Islam dalam urusan harian. Termasuk dalam hal ini apabila Nabi SAW berhijrah ke Madinah dan menjadi pemimpin utama negara Islam itu, antara dasar yang diperkenalkan ialah piagam Madinah atau lebih dikenali sebagai Sahifah Madinah.

Antara kandungan piagam itu adalah kerajaan Islam bertanggungjawab melindungi masyarakat sama ada Muslim atau bukan Muslim selagi mereka mematuhi Perlembagaan. Jelas di sini bahawa nabi SAW mengiktiraf peranan orang bukan Islam dalam pembinaan sesebuah kerajaan. Demi menjaga keharmonian kaum dan agama, Nabi SAW bersikap toleransi dengan mendahulukan diplomasi terlebih dahulu dari peperangan.

Dalam menjayakan Hijrah baginda SAW, peranan orang bukan Islam telah digunakan untuk melancarkan perjalanan baginda dan Abu Bakar r.a. Beliau adalah Abdullah bin Uraiqith. Nabi SAW menggunakan khidmat beliau sebagai penunjuk jalan kerana jalan yang dilalui oleh mereka bukan jalan biasa yang dilalui oleh masyarakat Mekah untuk bermusafir ke Madinah. Tindakan Nabi SAW yang bekerjasama dengan Abdullah bin Uraiqith walaupun beliau tidak memeluk agama Islam dilihat penting untuk menjayakan cita-cita Hijrah. Berdasarkan peristiwa ini, Dr. Muhammad Said Ramadan al-Buty berpandangan, harus umat Islam meminta bantuan orang bukan Islam jika terdapat keperluan tertentu. (Dr. Said Ramadan al Buty, Fiqh Al Sirah, ms. 134). Sistem kewangan Islam adalah bersifat universal yang merentasi sempadan agama. Ia bukan semata-mata untuk orang Islam malah untuk orang bukan Islam. Ini bertepatan dengan tujuan Nabi SAW diutuskan untuk membawa rahmat ke seluruh alam. (rujuk al-Anbiya’:107)

Dalam aspek muamalat, Nabi Muhammad SAW pernah berurusan dengan orang bukan Islam semasa hayatnya.Contohnya, nabi SAW bermuamalah dengan seorang Yahudi sebagaimana yang diriwayatkan dalam sebuah hadis; Sesungguhnya Nabi SAW membeli makanan dari seorang Yahudi dengan pembayaran secara bertangguh, dan mencagarkan baju besi baginda SAW. (riwayat Bukhari) 

Malah, dalam Al-Quran ada menyebut: Dan (ingatlah) tiadalah Kami mencipta langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya itu, melainkan dengan cara yang sungguh berhikmat; dan sesungguhnya hari kiamat itu tetap akan datang; oleh itu biarkanlah (golongan kafir yang mendustakanmu itu wahai Muhammad) serta layanlah mereka dengan cara yang elok. (Surah al-Hijr,ayat 85)

NORAFIQAH BINTI YA'ACOB

Rasulullah SAW mengajar  seluruh umatnya berakhlak mulia kepada semua manusia tanpa mengira bangsa dan agama.Dalam sejarah Islam, banyak situasi di mana Muslim mendapatkan khidmat bukan Islam dalam urusan mereka dan tidak kurang juga yang dilantik memegang jawatan tertentu kerajaan. 

Nabi Muhammad SAW adalah contoh terbaik dalam hal ini. Baginda bergaul dengan semua penduduk Mekah tidak kira yang miskin atau kaya, berpangkat atau tidak.Lebih-lebih lagi dalam menggauli golongan yang bukan beragama Islam. Baginda sentiasa bergaul baik dengan golongan yang bukan beragama Islam.Nabi SAW melihat setiap mereka sebagai aset agama, baginda juga melihat mereka sebagai anak Adam yang perlukan bimbingan dan tunjuk ajar ke arah agama Islam.

Sebelum diutus menjadi Rasul baginda telah dinobatkan dengan gelaran al-Amin, orang sangat dipercayai dan tidak pernah berdusta. Tidak ada yang berkecil hati dengan Rasulullah SAW.Baginda tidak meninggikan suara di hadapan mad'u (golongan sasaran). Tidak ada dalam lipatan sejarah bahawa nabi SAW menyakiti hati orang bukan Islam, melainkan dalam urusan mempertahankan maruah agama dan kedaulatan Islam.Sebab itulah Allah SWT berpesan kepada Rasulullah agar tidak bersikap keras atau keras ke atas golongan bukan Islam.

Firman Allah SWT yang bermaksud: Maka Dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu Wahai Muhammad), Engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah Engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu), dan pohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu. kemudian apabila Engkau telah berazam (Sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakallah kepada Allah, Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang Yang bertawakal kepada-Nya. (ali-'Imran: 159).

Sebagai contoh dari kisah Nabi SAW, Dalam menjayakan Hijrah baginda SAW, peranan orang bukan Islam telah digunakan untuk melancarkan perjalanan baginda dan Abu Bakar r.a. Beliau adalah Abdullah bin Uraiqith.Nabi SAW menggunakan khidmat beliau sebagai penunjuk jalan kerana jalan yang dilalui oleh mereka bukan jalan biasa yang dilalui oleh masyarakat Mekah untuk bermusafir ke Madinah. Tindakan Nabi SAW yang bekerjasama dengan Abdullah bin Uraiqith walaupun beliau tidak memeluk agama Islam dilihat penting untuk menjayakan cita-cita Hijrah.

Pergaulan umat Islam dengan masyarakat non-Muslim boleh diadaptasi dari sahabat-sahabat dan umat pada zaman Rasulullah. Mereka mengajar bahawa Islam boleh menerima dan memberi hadiah. Walhal jika dia saudara baru juga dibolehkan mereka menerima hadiah dari keluarga yang non-muslim. Menerima hadiah dari keluarga yang non-Muslim walau tidak mengetahui sumber hadiah tersebut.Tambahan pula, masyarakat non-Muslim boleh memasuki masjid asalkan tidak membawa sebarang simbol agama mereka didalam masjid seperti patung berhala.

Selain itu, Islam menganjurkan kita supaya bersangka baik sesama manusia jika tidak ada tanda-tanda mudarat kepada kita. Seringkali masyarakat Islam stereotaip bahawa masyarakat non-Muslim sinonim dengan sesuatu akhlak yang buruk. Sebagai contoh sifat amanah. Amanah tidak dikira berdasarkan agama kerana ianya lahir dari sifat individu itu sendiri.  



Tuesday, 6 October 2015

REFLEKSI 4

NORAFIQAH BT. YA'ACOB


Didalam bab 2 iaitu pluraliti masyarakat alam Melayu dalam sejarah bermula dari penceritaan kronologi kesultanan melayu Melaka sehingga pembentukan Malaysia pada tahun 1963. Pelbagai kuasa luar yang pernah menjajah Tanah Melayu juga dijelaskan dalam bab ini. Ia termasuklah Portugis, Belanda, British dan Jepun. Konsep yang diketengahkan dalam bab ini adalah pluralism. Pluralism bermaksud ideologi yang menyamaratakan kepercayaan dan pegangan yang berbeza dalam masyarakat.

Selain itu, terdapat persamaan dan perbezaan antara pluraliti dengan pluralistik. Pluraliti lebih memfokuskan kepada imigran yang datang secara semulajadi iaitu bertujuan untuk membina kehidupan baru dan mencari pekerjaan. Manakala pluralistik lebih kepada imigran yang datang secara paksa oleh pihak British bagi kepentingan ekonomi British sendiri. Pluraliti terbentuk di alam Melayu melalui beberapa aspek iaitu masyarakat, diplomatik, keagamaan dan akhir sekali ilmu dan pemikiran. 

Di Asia Tenggara iaitu alam Melayu juga melalui zaman penyebaran Islam. Cara-cara penyebaran Islam ketika itu adalah perdagangan, perkahwinan, pengislaman raja dan bangsawan dan juga peranan mubaligh. Ketika zaman dahulu, Melaka amat dikenali sebagai kawasan perdagangan dikalangan pedagang-pedagang luar termasuk pedagang Arab. Kedatangan Arab ke Melaka bertujuan untuk berdagang secara tidak langsung menunjukkan akhlak mulia sebagai umat Islam disamping berdakwah mengenai Islam. Hal ini menarik minat rakyat tempatan disebabkan dakwah pedagang yang tidak memaksa untuk memeluk agama Islam. Melalui perkahwinan penyebaran Islam berlaku apabila anak raja di Tanah Melayu dikahwinkan dengan anak raja Siak, Kampar dan juga Inderagiri. Malah berlaku penyebaran Islam dikalangan rakyat biasa dengan pedagang Arab yang datang berdagang.    

NUR HANANI BINTI HAMIDON

Pada minggu ini kami telah masuk ke bab yang baru iaitu Pluraliti dan Pluralistik di alam melayu. Saya telah memulakan pembentangan untuk bab ini dengan menerangkan maksud pluraliti dan pluralistik dan perbezaannya. Pluraliti bermaksud wujudnya kepelbagaian bangsa, agama di suatu tempat pada suatu masa secara semula jadi manakala pluralistik bermaksud wujudnya kepelbagaian bangsa, agama di suatu tempat pada suatu masa secara terancang dan dipaksakan oleh orang- orang tertentu yang berkepentingan. Pluraliti masyarakat alam Melayu dalam sejarah bermula dari penceritaan kronologi kesultanan melayu Melaka sehingga pembentukan Malaysia pada tahun 1963. Sejak tahun 1402 hingga 1963 pelbagai kuasa luar telah menjajah Tanah Melayu, termasuklah Portugis, Belanda, British dan Jepun. Konsep yang diketengahkan dalam bab ini adalah pluralism. Pluralism bermaksud ideologi yang menyamaratakan kepercayaan dan pegangan yang berbeza dalam masyarakat. Seterusnya, ialah perbezaan dan persamaan di antara pluraliti dan pluralistik. Pluraliti ialah kemajmukan yang berlaku secara lebih bercirikan semulajadi, tanpa paksaan dan fleksibel. Imigran atau pedagang yang datang ialah secara sukarela untuk mencari kehidupan dan kekayaan di Tanah Melayu. Pluraliti dapat menjamin ketenangan pemikiran dan perasaan. Manakala bagi pluralistik, imigran datang secara paksaan demi kepentingan ekonomi dan politik British sendiri. Rakan saya iaitu Alyana pula telah membentangkan tentang cara kemasukan atau penerimaan Islam di Asia Tenggara iaitu melalui pengislaman Raja-raja, perkahwinan, perdagangan dan peranan mubaligh.

NOOR HIDAYAH BINTI TAWIL

Pluraliti ialah kemajmukan. Terdapat perbezaan antara pluraliti dan pluralistik.pluraliti lebih kepada sesuatu yang semulajadi yang mana kependudukan masyarakat secara sukarela serta menjamin ketenangan. Pluralistic adalah paksaan dan memberi kepentingan kepada Inggeris. Plurality dan pluralistic juga telah member impak yang positif dan negative terhadap masyarakat majmuk ini sendiri. Pluralistik ini terjadi kerana penjajahan di Tanah Melayu. Tanah Melayu telah di jajah oleh Portugis, Belanda, British dan Jepun. Tanah Melayu mempuyai kekayaan hasil bumi. Sebelum kedatangan penjajah, Melaka menjadi pelabuhan yang sangat terkenal dan strategik. Ramai pedangang datang berdagang dari seluruh pelusuk. Disamping itu, mereka turut meyampaikan dakwah dan menyebarkan ajaran Islam. Secara tidak langsung telah menarik ramai orang untuk berdakwah dan mendekati Islam. Bagi mereka, peniaga Islam amat jujur dan bersopan santun ketika urusan berjual beli. Akhir sekali, penjajahan di Tanah Melayu telah membentuk masyarakat majmuk yang berbilang kaum serta penyebaran agama Islam.

NURFARAHAIN BINTI NAZLIN 

Setiap kumpulan diminta untuk membentangakan tajuk yang telah diberikan. Kumpulan saya ditugaskan untuk membentangkan tentang bab 2 yang bertajuk Pluraliti & Masyarakat Pluraliti di Malaysia. Tajuk ini membincangkan tentang masyarakat di alam melayu pada zaman dahulu sebelum, semasa dan selepas zaman penjajahan. Pluraliti bercirikan tanpa paksaan dan secara semulajadi manakala masyarakat pluralistik adalah bercirikan pemaksaan dan perbezaan. Selain itu, tajuk ini menerangkan lebih tentang maksud imperialism iaitu menjajah secara fizikal dan juga maksud kolonialisme iaitu menjajah secara fizikal dan mental. Cara penyampaian adalah melalui cara bermasyarakat, diplomatik, keagamaan dan ilmu & pemikiran. 

ALYANA BINTI ADLAN 

Pada minggu ini saya dan kumpulan saya telah membentang tentang bab 2 iaitu plurality dan pluralistic di Malaysia

Pluraliti : Wujudnya kepelbagaian bangsa, agama di suatu tempat pada suatu masa secara semula jadi. Cth: Masyarakat Melaka. 

Pluralistik: Wujudnya kepelbagaian bangsa, agama di suatu tempat pada suatu masa secara terancang dan dipaksakan oleh orang- orang tertentu yang berkepentingan. Cth: era penjajahan British. 
SEJARAH MASYARAKAT PLURALISTIK DI MALAYSIA...
Pluralisme Alam Melayu
Sebelum kedatangan penjajah, masyarakat Alam Melayu hidup dalam kepluralitian 
semula jadi tanpa paksaan. 
- Alam Melayu menjadi tempat pertemuan pelbagai tamadun dan budaya utama dunia. 
- Kemuncak Pluraliti Alam Melayu: Kerajaan Melaka.

Selepas Kedatangan penjajah...
Orang-orang Cina dan India terutamanya dibawa masuk ke Alam Melayu adalah demi kepentingan ekonomi dan politik Inggeris. Mereka dibawa masuk oleh Inggeris tanpa disertai kaum keluarga seperti isteri dan anak mereka. 
Oleh kerana tumpuan dan hasrat kedatangan mereka ialah untuk memenuhi keperluan ekonomi-politik Inggeris maka asimilasi budaya dan cara hidup di antara masyarakat tidak berlaku.

NUR AMIRAH NAZIHAH BINTI MOHD SIDIK 

BAB 2 - PLURALITI DAN PLURALISTIK DI MALAYSIA
Minggu keempat menerangkan pluraliti di alam melayu. Pluralisme adalah ideologi yang menyamakan kepercayaan dan pegangan yang berbeza dalam masyarakat. Pluraliti pula bermaksud wujudnya kepelbagaian bangsa, agama di satu tempat pada suatu masa secara semulajadi khususnya pada masyarakat Melaka. Manakala pluralistik pula bermaksud wujudnya kepelbagaian bangsa, agama di suatu tempat pada satu masa secara dirancang dan dipaksa oleh pihak-pihak tertentu yang berkepentingan iaitu di era penjajah British. Terdapat juga 4 cara penyebaran  islam di Melaka iaitu melalui perdagangan, perkahwinan, pengislaman raja atau bangsawan dan peranan mubaligh.



Friday, 2 October 2015

FAKTOR PENDORONG & PENGHALANG ASIMILASI

          Asimilasi merupakan satu proses percantuman dan penyatuan antara kumpulan etnik berlainan budaya sehingga membentuk satu kelompok dengan kebudayaan dan identiti yang sama. Menurut Vander Zanden (seorang ahli sosiologi), asimilasi ialah satu proses dalam mana kelompok-kelompok yang berfikir, berperasaan dan bertindak secara berlainan, menjadi satu dalam kesatuan sosial serta budaya yang sama. 

          Asimilasi menyebabkan berlakunya penghapusan penuh perbezaan dari segi kebudayaan dan identiti. Konsep ini diwakili dengan formula A+B+C =A (A dalam hal ini mewakili golongan dominan sementara B dan C mewakili kumpulan etnik minoriti). Contohnya, orang melayu di Thailand telah mengalami proses asimilasi yang menyebabkan nama, bahasa dan hampir semua aspek cara hidup mereka (kecuali agama) telah disatukan dengan amalan dan cara hidup orang Thai. Di Malaysia, apa yang berlaku keatas masyarakat Jawa, Cina Kelantan, Baba dan Nyonya merupakan contoh berlakunya proses asimilasi. Namun, bagi etnik cina di Kelantan serta Baba dan Nyoya, asimilasi berlaku dalam konteks budaya tanpa melibatkan anutan kepercayaan atau agama.

          Proses asimilasi berlaku apabila wujudnya interaksi yang erat antara ahli kumpulan etnik etnik berbeza budaya bagi suatu tempoh yang lama. kejayaan asimilasi umumnya bergantung kepada kesanggupan etnik minoriti menghilangkan identiti mereka dan menerima identiti kumpulan etnik majoriti; terdapt banyak persamaan budaya antara kumpulan etnik; dan kesanggupan kumpulan etnik majoriti menerima kumpulan etnik minoriti.

          Terdapat beberapa faktor yang mendorong berlakunya asimilasi. Salah satu faktornya adalah adanya sikap yang saling menghormati dan menghargai orang asing dan kebudayaan yang dibawanya. Di negara kita Malaysia, seperti apa yang berlaku ke atas masyarakat Cina Kelantan, Jawa, Baba dan Nyonya merupakan salah satu contoh berlakunya proses asimilasi. Walaubagaimanapun ianya hanya berlaku dalam konteks budaya tanpa melibatkan anutan kepercayaan atau agama. Dalam sesetengah kes masyarakat Cina di Malaysia telah mengamalkan kepelbagaian kebudayaan yang umum di mana pemikiran dan sentimen mereka walaupun bersifat kecinaan dari segi etnik namun mereka dikatakan berkongsi sentimen bersama dan beberapa cara hidup orang Melayu, India dan penduduk-penduduk Malaysia yang lain dan begitu juga sebaliknya samada dari segi pemakanan, pakaian dan sebagainya.

          Selain itu, antara faktor yang mendorong berlakunya proses asimilasi adalah memiliki sikap yang terbuka terhadap golongan yang sedang berkuasa dalam masyarakat dan kesanggupan etnik majoriti menerima etnik lain. Contohnya apabila dilihat melalui konteks golongan Baba Nyonya di Melaka dan juga Pulau Pinang, golongan India peranakan atau Mami di Pulau Pinang dan Arab Peranakan sanggup mengorbankan bahasa nenek moyang mereka demi mengikut budaya dsn etnik di Malaysia. Di sini amat jelas bahawa budaya golongan minoriti dalam konteks asimilasi sosial teradun dalam acuan budaya Melayu meskipun secara halus terdapat perbezaannya.

          Walaubagaimanapun, terdapat juga  faktor yang menjadi penghalang proses asimilasi. Antara faktornya ialah kurangnya pengetahuan kebudayaan sehingga menimbulkan perasaan takut terhadap budaya lain. Perasaan takut ini memang tidak dapat dinafikan dirasai oleh setiap rakyat atau kaum di Malaysia. Malahan timbul juga perasaan bahawa budaya etnik merka lebih tinggi daripada budaya etnik lain dan sebagainya dan ini menimbulkan perbezaan kepentingan antara etnik-etnik yang terlibat. Ini merupakan halangan tersirat yang menghalang proses asimilasi daripada berlaku.

          Oleh itu, proses asimilasi seharusnya dibiarkan berlaku secara evolusi serta semulajadi. Usaha untuk mewujudkan asimilasi secara paksaan pasti akan menemui banyak halangan dan kegagalan. Yang pasti konsep asimilasi yang diamalkan oleh Malaysia adalah berbeza dengan konsep yang diamalkan oleh negara-negara lain, di mana identiti kaum-kaum etnik tidak dilenyapkan malahan digabung dan disatukan menjadi identiti dan budaya Malaysia

Thursday, 1 October 2015

PELAN GERAK KERJA




BIL.

PERKARA

TUGASAN
TARIKH
HANTAR
TUGASAN
1
Bincangkan perkaitan fitrah roh dengan pembentukan masyarakat yang bertuhan
Berkumpulan
22/9
2
Bagaimana untuk bersatu walaupun berbeza
Berkumpulan
29/9
3
Ayat Al-Hujurat (6-13)
Berkumpulan
29/9
4
Faktor Pendorong & Penghalang Asimilasi
Berkumpulan
10/10
5
Bagaimana hendak bergaul dengan non-muslim
Individu
13/10
6
Pembentangan bab 2 :
Pluraliti Alam Melayu Dalam Sejarah
Berkumpulan
6 & 13/10
7
Litaarafu :
Temubual Masyarakat Cina Luar Bandar
Berkumpulan
31/10