NORAFIQAH BT. YA'ACOB
Kuliah seterusnya telah menerangkan berkenaan kufur, fasik dan munafik. Kufur membawa maksud kepada ingkar kepada perintah Allah. Manakala fasik bererti berterusan melakukan dosa tanpa rasa bersalah dan munafik pula adalah berpura-pura baik dalam mengamalkan Islam padahal dia sebaliknya.
Selain itu, telah
diterangkan bahawa surah Al-Hujurat ayat 6-13 iaitu panduan manusia agar
menjaga tutur kata dan perbuatan dalam meraikan perbezaan antara sesama
manusia.Ayat 6 telah menyatakan agar jangan mudah menerima sesuatu maklumat
tanpa menyelidik kesahihannya sebelum itu. Ayat yang seterusnya menjelaskan
jika bertemu seseorang yang bergaduh maka damaikanlah mereka. Surah ini juga
menerangkan bahawa manusia adalah bersaudara. Malah manusia juga disuruh untuk
jangan mencemuh/memperlekehkan seseorang. Ini disarankan oleh kerana
berkemungkinan seseorang itu lebih baik daripada diri kita.
Tambahan pula, seseorang itu
perlu menutup aib orang lain maka Allah pasti akan menutup aib dirinya juga
ketika di akhirat sewaktu hari perhitungan. Manusia dilarang untuk menggelarkan
seseorang dengan nama yang buruk agar tidak mencetuskan pergaduhan. Akhir
sekali manusia dituntut untuk menjauhi sangka buruk seperti dengan mencari
kesalahan orang lain dan juga jangan mengumpat terutama sekali berbisik di
hadapan orang lain kerana ini membolehkan terbukanya ruang curiga kepada orang
yang melihatnya.
NUR HANANI BINTI HAMIDON
PERBEZAAN MANUSIA
Pada kelas pembelajaran yang
ke-2 saya telah mempelajari tentang perbezaan manusia. Setiap manusia yang dijadikan oleh Allah
SWT berbeza-beza dari pelbagai aspek seperti warna kulit, rupa, jantina,
personaliti, agama dan sebagainya. Allah menjadikan setiap manusia itu
berbeza-beza kerana ia membolehkan manusia untuk saling mengenali sesama mereka.
Akan tetapi perbezaan yang wujud dalam kalangan manusia ini boleh mendatangkan
kebaikan dan keburukan. Antara kebaikannya ialah manusia dapat mengeratkan
silaturrahim, manakala dari aspek keburukannya pula ialah wujudnya konflik
seperti pergaduhan diantara kaum.
BAGAIMANA
UNTUK BERSATU WALAUPUN BERBEZA?
Untuk
bersatu walaupun berbeza, setiap manusia haruslah mempunyai sifat-sifat seperti
saling hormat-menghormati agar dapat melahirkan masyarakat majmuk. Untuk lebih
memahami bagaimana untuk bersatu walaupun berbeza, Ustazah telah menerangkan maksud
Surah al-Hujurat, ayat 6-13.
Wahai
orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu
berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak
menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab
kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu
telah lakukan.
Dan
ketahuilah! Bahawasanya dalam kalangan kamu ada Rasulullah (maka janganlah
kemahuan atau pendapat kamu mendahului pentadbirannya); kalaulah ia menurut
kehendak kamu dalam kebanyakan perkara, tentulah kamu akan mengalami kesukaran;
akan tetapi (Rasulullah tidak menurut melainkan perkara yang diwahyukan
kepadanya, dan kamu wahai orang-orang yang beriman hendaklah bersyukur kerana)
Allah menjadikan iman suatu perkara yang kamu cintai serta di perhiaskannya
dalam hati kamu, dan menjadikan kekufuran dan perbuatan fasik serta perbuatan
derhaka itu: perkara-perkara yang kamu benci; mereka yang bersifat demikian
ialah orang-orang yang tetap menurut jalan yang lurus.
(Mereka
dijadikan berkeadaan demikian) sebagai limpah kurnia dan nikmat pemberian dari
Allah; dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.
Dan
jika dua puak dari orang-orang yang beriman berperang, maka damaikanlah di
antara keduanya; jika salah satunya berlaku zalim terhadap yang lain, maka
lawanlah puak yang zalim itu sehingga ia kembali mematuhi perintah Allah; jika
ia kembali patuh maka damaikanlah di antara keduanya dengan adil (menurut hukum
Allah), serta berlaku adillah kamu (dalam segala perkara); sesungguhnya Allah
mengasihi orang-orang yang berlaku adil.
Sebenarnya
orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua
saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu
beroleh rahmat.
Wahai
orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh
dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang
dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari
kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana)
harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah
setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu
panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk.
(Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi
fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia
beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan
fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim.
Wahai
orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak
menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan
itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan
keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain.
Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati?
(Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh
itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada
Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.
Wahai
umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan
perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak,
supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain).
Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya
di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah
Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan
kamu).
Kesimpulannya,
setiap kejadian Allah SWT ada kelebihan yang tersirat dan tersurat. Oleh itu,
sebagai manusia, kita harus mencari kelebihan yang tersirat dan tersurat itu
supaya dapat mengecapi dan melahirkan masyarakat yang majmuk.
NOOR HIDAYAH BINTI TAWIL
Suruh ai-hujrat menekan kan tentang
mengapa manusia berbeza. Manusia saling memrlukan antara satu sama lain selain
melengkapi. Agama bukan punca konflik tetapi punca perpaduan. Jika menolak agama, manusia akan memikirkan
baahawa mereka mulia seperti timbul nya ras, bangsa, kelas berdasarkan status
ekonomi dan warganegara. Malah tahap hubungan etnik juga secara negatif yang
mana bersikap prejudis, stereotaip, diskriminasi dan perang. Oleh itu, dalam
al-Quran telah melarang umat Islam agar tidak mencaci, menghina, mengejek dan
sebagai nya.
NURFARAHAIN BINTI NAZLIN
Kelas mula mempelajari tentang bab 1 yang betajuk konsep asas hubungan etnik. Di dalam tajuk ini, saya mempelajari tentang maksud etnik dan ras dan juga tentang perasaan dan pemikran yang wujud dalam setiap etnik. Antaranya ialah prejudis, streotaip dan diskriminasi. Selain itu, saya juga mempelajari tentang ciri-ciri budaya iaitu budaya dipelajari, dikongsi, sejagat, diwarisi, berubah, perlambangan dan pandangan semesta.ALYANA BINTI ADLAN
Manusia di lahirkan berbeza iaitu mempunyai warna kulit dan rupa paras yang
berbeza kerana mengikut ras-ras dan keturunan masing-masing.Contohnya kalau di
sekitar Negara-negara barat atau ingeris maysarakat mereka berkulit putih dan
cerah. Manakala di rantau Afrika kebanyakan masyarakat mereka berkulit gelap
dan masyarakat Malaysia pula bagi kaum Melayu kebanyakan yang kebanyakannya
berkulit berwarna sawa matang.
Kesemua perbezaan ini
adalah kekuasaan ALLAH SWT dimana kalau kita lihat pada asma ul-husna sendiri
ALLAH SWT itu maha pencipta lagi maha bijaksana.
Itulah sebabnya kenapa
ALLAH SWT menciptakan manusia pelbagai rupa dan warna kulit hanyalah
semata-mata untuk kita mengunakan kelebihan akal kita untuk terus beribadat
kepada ALLAH SWT dan mempercayai bahawa sesunguhnya ALLAH SWT maha pencipta
lagi bijak sana seperti apa yang tertulis dalam Firman ALLAH SWT yang
bermaksud:
“Dan
di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah menciptakan langit dan bumi dan
berlain-lainan bahasamu dan warna kulitmu. Sesungguhnya pada yang demikan itu
benar-benar terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang mengetahui.” (QS. Ar-Ruum [30]:22)
Dalam
ayat tersebut jelas bahwa diantara tanda-tanda kekuasaan Allah SWT ialah
diciptakannya manusia dalam bentuk dan warna tubuh yang bermacam-macam serta
bahasa yang berbeza. Dia menciptakan anak-anak Adam dalam perbedaan dan di
sinilah ditunjukkan tanda-tanda kekuasaannya. Dari jumlah keseluruhan umat
manusia sekarang ini, tidak akan pernah ada cerita2 orang memiliki persamaan
yang sama, dari mulai wajah hingga perilaku. Bahkan anak kembar siam sekalipun
pasti ada bezanya.
NUR AMIRAH NAZIHAH BINTI MOHD SIDIK
Setiap
manusia dilahirkan dimuka bumi ini pasti memiliki perbezaan. Contohnya manusia itu
berbeza dari segi rupa, jantina dan juga personaliti. Di dalam setiap perbezaan
itu tersimpan erti yang harus difahami. Perbezaan merupakan keadaan, sifat dan
ciri yang diciptakan Allah dengan tujuan agar manusia saling mengenal,
berinteraksi, saling memahami dan memberi manfaat satu sama lain. Penerangan
perbezaan manusia ini juga diterangkan dengan lebih lanjut di dalam surah
al-Hujurat ayat 6-13. Di dalam surah itu ada menerangkan mengenai orang yang
fasik iaitu orang yang berterusan melakukan dosa tanpa rasa bersalah. Selain
itu Allah juga menerangkan Rasulullah adalah pembimbing. Rasulullah itu
bersifat maksum iaitu tiada dosa berbeza dengan manusia yang sering melakukan
dosa. Di dalam ayat 11, Allah menyuruh kita jangan suka mencemuh, jangan suka membuka
aib orang dan jangan juga suka memanggil orang dengan gelaran yang buruk. Di
dalam surah itu juga menerangkan bahawa Allah telah mempersayangkan manusia
dengan iman serta harus memperbencikan diri dengan sikap kufur, fasik dan juga
maksiat.
No comments:
Post a Comment