NORAFIQAH BT. YA'ACOB
Dengan nama Allah Yang
Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam ke atas junjungan
Nabi Muhammad serta ahli keluarganya dan sahabat-sahabatnya, juga golongan yang
mengikuti mereka dengan baik hingga Hari Pembalasan.
Pelbagai persoalan yang
akan terlintas di benak pemikiran berkenaan dengan penciptaan manusia. Kenapa
manusia diciptakan? Apa tujuan manusia diciptakan? Sememangnya kejadian manusia
tidak signifikan dari segi bilangan. Tetapi kejadian manusia sangat signifikan
dari segi tujuan penciptaannya. Antara tujuan manusia diciptakan adalah untuk
mengabdikan diri kepada Allah.
Hakikatnya kejadian
manusia bukan hanya untuk mengabdikan diri kepada Allah dengan melakukan
kewajipan yang telah dipertanggungjawabkan kepada manusia seperti solat
semata-mata. Malah manusia diciptakan untuk mengabdikan diri secara menyeluruh
yang merangkumi seluruh aspek dan gerak kerja dalam kehidupan seperti mencari
nafkah dan menuntut ilmu dengan niat semata-mata kerana Allah.
Selain itu, Allah
menciptakan manusia mempunyai roh yang mengakui adanya Tuhan. Dengan itu,
apabila seseorang manusia itu melakukan dosa lalu mereka akan kembali kepada
Allah setelah sedar akan kesilapan mereka. Melalui roh, akan adanya pembaikan
masyarakat apabila manusia mempunyai kesedaran untuk kembali kepada fitrah.
Fitrah manusia dijadikan Allah untuk mempuyai Tuhan untuk disembah dengan ini
roh manusia akan berada dalam keadaan tenang dalam menempuhi walau apa jua
dugaan dan cabaran.
NORAFIQAH BT. YA'ACOB
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad serta ahli keluarganya dan sahabat-sahabatnya, juga golongan yang mengikuti mereka dengan baik hingga Hari Pembalasan.
Pelbagai persoalan yang akan terlintas di benak pemikiran berkenaan dengan penciptaan manusia. Kenapa manusia diciptakan? Apa tujuan manusia diciptakan? Sememangnya kejadian manusia tidak signifikan dari segi bilangan. Tetapi kejadian manusia sangat signifikan dari segi tujuan penciptaannya. Antara tujuan manusia diciptakan adalah untuk mengabdikan diri kepada Allah.
Hakikatnya kejadian manusia bukan hanya untuk mengabdikan diri kepada Allah dengan melakukan kewajipan yang telah dipertanggungjawabkan kepada manusia seperti solat semata-mata. Malah manusia diciptakan untuk mengabdikan diri secara menyeluruh yang merangkumi seluruh aspek dan gerak kerja dalam kehidupan seperti mencari nafkah dan menuntut ilmu dengan niat semata-mata kerana Allah.
Selain itu, Allah menciptakan manusia mempunyai roh yang mengakui adanya Tuhan. Dengan itu, apabila seseorang manusia itu melakukan dosa lalu mereka akan kembali kepada Allah setelah sedar akan kesilapan mereka. Melalui roh, akan adanya pembaikan masyarakat apabila manusia mempunyai kesedaran untuk kembali kepada fitrah. Fitrah manusia dijadikan Allah untuk mempuyai Tuhan untuk disembah dengan ini roh manusia akan berada dalam keadaan tenang dalam menempuhi walau apa jua dugaan dan cabaran.
NUR HANANI BINTI HAMIDON
Di
kelas pembelajaran yang pertama saya telah belajar tentang perbezaan
kepercayaan dan agama bagi masyarakat yang menetap di Timur dan
Barat. Agama merupakan suatu kepercayaan atau ajaran yang dianuti
oleh seseorang dan ia dijadikan pedoman untuk membimbing manusia ke arah
kehidupan yang positif (Budaya) atau negatif (Gejala). Masyarakat yang
menetap di Timur dan Barat mempunyai tahap kepercayaan kepada tuhan yang
berbeza di mana orang Timur lebih mementingkan soal ketuhanan manakala
orang Barat lebih bercita-cita untuk hidup bebas dan melepaskan dari kekuasaan
Tuhan mereka. Perkara
positif (Budaya) dan negatif (Gejala) yang ada pada diri manusia wujud
disebabkan roh individu dan masyarakat telah dipengaruhi dengan persekitaran di
mana mereka menetap. Oleh itu, dalam menerima sesuatu perubahan, individu dan
masyarakat sekeliling perlulah selidik terlebih dahulu sebelum mengamalkannya
dalam kehidupan seharian.
PENGENALAN KEHIDUPAN MANUSIA
Manusia
merupakan makhluk yang paling sempurna yang dicipta oleh Allah S.W.T.
berbanding makhluk-makhluk yang lain. Kesempurnaan yang dimiliki manusia
menjadikan mereka sebagai khalifah atau pemimpin di muka bumi.
Surah
Al-Insaan (AYAT 1-3)
Surah
Al-Insaan menjelaskan tentang proses kejadiaan manusia dan mengapa manusia
diciptakan. Allah berfirman bahawa manusia yang
diciptanya tidak pernah menjadi sesuatu yang disebut-sebut oleh kerana
kerendahan dan kelemahannya. Manusia telah diciptakan dari setitis mani yang
bercampur dari benih lelaki dan perempuan yang kemudiannya beralih ke fasa-fasa
yang berikutnya sehingga dilahirkan. Allah juga telah memberikan pendengaran
dan penglihatan kepada manusia supaya mereka mampu membuat keputusan untuk
memilih jalan yang benar. Allah S.W.T telah memberikan manusia akal,
menurunkan wahyu dan Rasul untuk mereka beriman dan taat namun masih ada yang
kufur.
Surah
Al-Ara'af (Ayat 172-174)
NOOR HIDAYAH BINTI TAWIL
Perbezaan tamadun barat dan timur
sangat ketara. Tamadun timur berpasakkan dengan kepercayaan tuhan. Tetapi
tamadun barat percaya tuhan hanya pencita dan bukan pentadbir mereka.
Masyarakat itu sendiri yang melahirkan budaya kerana segala nya bermula dengan
roh. Roh yang membentuk budaya sama ada positif mahupun negatif. Roh individu
ataupun roh terhadap masyarakat. Roh juga yang bertindak dalam amal makruf nahi
mungkar. Manusia asdalah makhluk yang bermasyarakat. Malah unit asas bagi individu
adalah roh. Roh yang menentukan segala tindak tanduk segenap perkara. Selain
itu, manusia diwujudkan kerana Allah telah memilih manusia untuk kebahagiaan
yang abadi. Allah adalah pencipta yang mentadbir kita. Itu merupakan tanda
bahawa Allah sayang kepada kita. Ahir sekali, manusia dalah sebaik-baik
kejadian. Moral nya, sebagai hamba Allah manusia haruslah sentiasa menjaga roh
agar tidak cendrung ke sesuatu arah yang negatif.
NURFARAHAIN BINTI NAZLIN
Kelas
dimulakan dengan penceritaan tentang roh. Asal usul kejadian yang dimulakan
denga tiupan roh oleh Allah. Selain itu, kami juga membincangkan tentang Surah
Al-Hujarat yang mempunyai maksud perkara-perkara yang perlu dielakkan dalam
bermasyarakat. Surah ini perlu dijadikan contoh untuk mencapai dan menjadi
masyarakat yang berjaya.
ALYANA BINTI ADLAN
BAB
1 - KONSEP ASAS HUBUNGAN TEKNIK
Maksud
roh.
Al-Raqib
al-Asfahaniy (w. 503 H / 1108 M), menyatakan di antara makna roh adalah al-Nafs
(jiwa manusia). Makna disini adalah dalam arti aspek atau dimensi, iaitu bahwa
sebahagian aspek atau dimensi jiwa manusia adalah roh.
Nyawa
(roh) menurut al-Ghazali bermaksud tubuh halus (jisim lathif). Sumbernya itu
lubang hati yang bertubuh. Lalu bertebar dengan perantaraan urat-urat yang
memanjang ke segala bagian tubuh yang lain. Mengalirnya dalam tubuh,
membanjirnya cahaya hidup, perasaan, penglihatan, pendengaran, dan penciuman
dari padanya kepada anggota-anggotanya itu, menyerupai membanjirnya cahaya dari
lampu yang berkeliling pada sudut-sudut rumah. Sesungguhnya cahaya itu tidak
sampai kepada sebagian dari rumah, melainkan terus disinarinya dan hidup itu
adalah seperti cahaya yang kena pada dinding. Dan nyawa itu adalah seperti
lampu. Berjalannya nyawa dan bergeraknya pada batin adalah seperti bergeraknya
lampu pada sudut-sudut rumah, dengan digerakkan oleh penggeraknya. Dengan
adanya al-ruh dalam diri manusia menyebabkan manusia menjadi makhluk yang
istimewa, unik, dan mulia. Inilah yang disebut sebagai khayalan akhar, iaitu
makhluk yang istimewa yang berbeza dengan makhluk lainnya. Al-Qur’an
menjelaskan hal ini dalam QS. Al-Mu’minun : 14
Keuniversalan sifat-sifat roh adalah mengakui keberadaan
Tuhan, seberapapun jiwa sadar, logika, atau keegoan manusia tidak mengakui
adanya Tuhan, tetap saja roh akan menolak anggapan itu, seorang ateis
sekalipun, suatu saat pasti merasakan ketakutan tertentu, dan akan mengakui ada
sesuatu di luar kekuasaannya. Roh menjadikan manusia bersemangat dan bahkan tak
terkendali tapi sifatnya absolut tidak mengenal ruang dan waktu, kalaupun jasad
dianggap sebagai tempat roh bukan berarti ia terikat pada ruang, melainkan
untuk membawa dan membimbing kearah mana manusia itu semestinya menuju.
NUR AMIRAH NAZIHAH BINTI MOHD SIDIK
Perkaitan
fitrah roh dengan masyarakat yang bertuhan.
Roh
ialah unit asas hidup manusia Manusi hidup kerana terdapat roh didalam
jasadnya. Apabila roh terpisah dari badan maka berkhirlah juga hidup seorang
manusia. Segala perbuatan jasad adalah datangnya daripada perbuatan roh. Roh
telah diutuskan dalam jasad adalah untuk beribadah kepada Allah tetapi budaya
dan gejala telah mempengaruhi roh sehingga membentuk samada budaya yang negatif
atau positif kerana unit asas individu itu sendiri adalah roh. Budaya yang
positif dapat membentuk masyarakat yang bertuhan kerana kebebasan individu itu
sendiri telah diikat dengan tanggunjawab kepada masyarakat. Fitrah roh juga
telah mengajar masyarakat yang bertuhan supaya terus memelihara hubungan yang
baik sesama manusia iaitu dengan melaksanakan "amar makruf nahi
mungkar'". Fitrah roh sangat penting dalam pembentukan akhlak dalam
kehidupan masyarakat yang beragama. Jika kita membentuk roh dengan baik maka
masyarakat yang dibentuk juga akan melahirkan akhlak yang baik yang beriman
dengan tuhan iaitu sebagai penciptanya kerana roh telah mengajarkan beriman
kepada tuhan dan kehidupan akhirat dengan adanya perintah dan larangan dalam
agama.
What is a Live Casino? - Omenn
ReplyDeleteThe live casino bet surface area is 승인 전화 없는 사이트 where you can play casino 스포츠 벳 games 슬롯머신 게임 at the highest quality. In this article, we will teach you how to play live casino games. 토토 배당