NORAFIQAH BT. YA'ACOB
Walau manusia berbeza dari segi warna kulit, kepercayaan, tradisi dan juga etnik. Manusia tetap boleh bersatu melalui amalan tolak ansur antara satu sama lain. Seperti umat Islam, salah satu faktor bersatunya umat Islam adalah ajaran agama Islam itu sendiri sebagai contoh solat berjemaah. Sebagaimana yang diketahui Malaysia mempunyai kepelbagaian etnik. Melalui amalan tolak ansur dalam pelbagai aspek seharian, masyarakat seharusnya tidak menyentuh sensitiviti perkauman dengan itu negara akan aman dan masyarakat boleh bersatu.
Allah menciptakan manusia berbeza-beza dari segi warna kulit, tradisi dan sebagainya agar manusia dapat mencontohi unsur positif yang dibawa oleh sesuatu kaum tersebut disamping menjadikan unsur negatif sebagai pengajaran supaya tidak mencontohi unsur tersebut. Tambahan pula, melalui penciptaan manusia yang berbeza ini menunjukkan kuasa Allah tidak terhad kepada sesuatu kejadian/rupa sahaja.
Selain itu, setiap manusia juga diuji dengan ujian yang berbeza. Ini disebabkan Allah mengetahui tahap kesabaran makhluknya dan juga ingin menguji tahap keimanan seseorang.Perbezaan antara sesama manusia dapat lengkap melengkapi antara satu sama lain. Seperti surah al-Hujurat,ayat 11:
“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah sesuatu puak mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, kerana harus yang dicemuh itu lebih baik daripada mereka dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, kerana harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya…………”
Oleh itu, manusia seharusnya menghormati perbezaan manusia yang lain supaya manusia boleh bersatu tanpa mengambil kira agama dan identiti kaum tersebut.
NUR HANANI BINTI HAMIDON
Apa
yang saya perolehi bagi perbincangan minggu ini adalah tentang tahap hubungan
etnik yang terbahagi kepada dua iatu tahap positif dan tahp negative. Saya
akan melihat kepada tahap negative iaitu prejudis, stereotaip dan diskriminasi.
Prejudis adalah pandangan negative mengenai orang lain dimana pada tahap ini
pemikiran neatif itu hanya ada dalam diri kita dan tidak diluahkan kepada orang
lain. Manakala, stereotaip pula adalah kenyataan umu yang negative terhadap
sesuatu kumpulan utnik atau kaum dan dinyatakan secara lisan. Stereotaip ini
lebih buruk daripada prejudis dimana kita mengumpat tentang kaum lain kepada
orang lain. Akhir sekali ialah diskriminasi, ianya tahap yang paling teruk
iaitu perbuatan membandingkan seseorang individu atau sesuatu kelompok etnik
lain berasaskan ciri-ciri etnik semata dan bersifat tindakan. Seperti kejadia
membakar bible disabah dan Sarawak. Kesimpulannya, kita manusia yang hidup
dalam pelbagai agama dan kaum ini seharusnya menjauhi sikap prejudis kerana
daripada sikap ini akan wujudnya sikap stereotaip dan jika tidak dibendung akn
memndatangkan masalah yang lebih besar jika memasuki tahap diskriminasi
terhadap kaum dan agama lain yang boleh memecahbelahkan kaum di malaysai
disamping mengganggugugat keharmonian negara.
NURFARAHAIN BINTI NAZLIN
Kelas disambung dengan pembelajaran tentang bab 1 tentang integrasi dan tahap hubungan etnik. Tajuk kecil ini membincangkan tentang makna segregasi, akomodasi, akulturasi, asimilasi dan amalgamasi. Tahap hubungan etnik ini berlaku di dalam masyarakat kita seperti perkahwinan campur dan juga peminjaman budaya yang tidak bertentangan dengan agama masing-masing.
ALYANA BINTI ADLAN
Pada minggu ni saya telah pelajari tentang surah al-Hujurat ayat 12 dan 13.
Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan purba-sangka (kecurigaan), karena sebagian dari purba-sangka itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah menggunjingkan satu sama lain. Adakah seorang diantara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang.
|
Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling takwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal
|
NUR AMIRAH NAZIHAH BINTI MOHD SIDIK
Dalam minggu ketiga ini diterangkan kenapa manusia itu dijadikan dengan berbeza-beza. Di dalam surah al-Hujurat ayat 12 dan 13, Allah memang sengaja menjadikan manusia itu berbeza-beza kerana ingin menggalakkan manusia itu hidup saling melengkapi antara satu sama lain.Manusia adalah khalifah di dunia yang diciptakan untuk membina kebaikan dengan beriman kepada Allah. Oleh itu manusia diciptakan dengan berbeza beza kerana manusia saling memerlukan bantuan antara satu sama lain. Selain itu, manusia dijadikan bebeza adalah untuk memahami kekuatan dan kekurangan diri dan bangsa masing-masing. Tujuannya adalah untuk mengajar manusia erti kehidupan dan saling menghormati dengan bangsa lain.
Pada minggu ini juga menerangkan agama itu sebagai jalan penyelesaian. Agama islam itu datangnya dari Allah dan juga sebagai penyatu. Oleh itu, jika berlaku masalah sebagai orang islam kita ada Al-Quran iaitu kitab panduan manusia. Agama juga diterangkan bukan punca kepada konflik tetapi punca perpaduan. Selain itu, oramg barat memandang konsep siapa mulia secara horizontal contohnya siapa paling banyak unta dia adalah paling kaya. Tetapi Allah telah menukar siapa yang paling bertakwa adalah yang paling mulia.
Tahap hubungan etnik terdapat dua kategori iaitu secara negatif dan positif. Dari sudut negatif, tahap hubungan etnik itu bermula dari sikap prejudis, stereotaip,diskriminasi dan akhirnya berlaku perang. Manakala dari sudut positif, tahap bubungan etnik itu bermula dari segregasi, akomodasi, akulturasi, asimilasi dan seterusnya amalgamasi.