Pada 10 November 2015 kami telah ke Sekincan bagi
menemuramah Mrs. Heng Tsui Sui yang menetap di sana. Hanya kami berempat kesana kerana 3 lagi ahli kami tidak dapat menyertai kami kerana mempunyai urusan peribadi. Kami telah bertolak pada
jam 8 pagi dari Puncak Alam dan telah sampai pada jam 9 lebih. Apabila
sampai di sana kami telah berhenti di sebuah kedai yang menjual barangan bayi
untuk memberi cenderahati kepada Mrs. Heng Tsui Sui sebagai tanda penghargaan
kerana sudi ditemuramah oleh kami. Pada pukul 12 tengahari kami telah ke Balai raya dan menunggu Mrs. Heng untuk ditemuramah oleh kami disini.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjhVzs8gJxDnpzIE4HCBoSd5vZyzW3-b-_Dz69wnE-AWSn7GTGLh0mmQAAzyFLHrdGqmaPfF9CbffEky9nfsaXikrJrKlHCs4J3nbGG6yZZu_rPdsSGDi252js_KFS9T64xVnJSziDTQLk/s400/2.jpg)
Mrs. Heng berumur 30 tahun
dan merupakan ibu kepada 2 anak kembar yang baru sahaja lahir. Beliau bekerja
di sebuah syarikat percetakan yang terletak di Sekincan dan memegang jawatan
sebagai pengurus bahagian HR di sana. Beliau dibesarkan di Sekincan dan kekal
menetap di sana sehingga kini dan berikutan itu kami merasakan beliau sesuai
untuk menjadi respondent yang boleh menjawab pelbagai persoalan yang kami ingin
tujukan kepada masyarakat Cina yang menetap di luar Bandar. Kami sekadar ingin
pempelajari dan ingin tahu bagaimana cara kehidupan mereka, adakah kehidupan
mereka berbeza dengan masyarakat cina Bandar dan bagaimana penerimaan mereka
terhadap orang Melayu atau Islam di kawasan penempatan mereka. Berikut adalah hasil daripada temuramah kami :D
KEAGAMAAN
Fengshui
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjYr_MOnkePenBkDWjZ5abKAkDF_yvFNWIl4StEMdWza8QigKjpSQlWKHijaSvS22EQGpKyczzCd6U2fk7LFpAaTQAJpG8Zjz8pZsb3enzDWUa4W4oKFsmBBh9Mirb6ySxV65O5BRvI-RI/s320/5.png)
Fengshui digunakan untuk
orang Cina yang lebih berfikiran moden. Ia bermaksud mengkaji kehidupan persekitaran
(luaran dan dalaman) berkait rapat dengan manusia pada satu-satu masa. Terutama
daripada segi kesihatan, watak, kekayaan, peluang dan hubungan. Seperti yang
dikatakan oleh Mrs. Heng orang cina yang mempunyai rumah akan memastikan pintu
meraka tidak berada dekat dengan tiang dan jika berada dekat dengan tiang ini
bermaksud bahawa keidupan keluarga itu tidak aman. Tidak semua orang cina yang
percaya akan fengshui. Mereka mengikut kepercayaan masing-masing jika
kepercayaan mereka percaya tentang fengshui maka mereka akan mengikut segala
pantang larang. Pada diri Mrs.Heng, beliau tidak percaya akan fengshui.
Fengshui ini lebh dipercayai oleh orang yang kaya kerana apabila orang cina
yang kaya ingin membina rumah atau menyusun atur rumah, mereka akan memanggil cikgu fengshui untuk
datang dan memberi pendapat dimana harus letaknya pintu rumah dan perabot juga
dimana tempat yang sesuai untuk mereka menyusun. Setiap susunan perabot itu akan
melambangkan keamanan hidupan mereka. Akan tetapi bagi Mrs.Heng orang Cina luar bandar kurang mengamalkan kepercayaan Feng Shui kerana Cikgu atau pakar yang memahami akan feng shui mengenakan bayaran yang amat tinggi dan kebiasaan rumah di luar bandar adalah kecil dan perabot untuk disusun atur tidak banyak.
Yingyang
Yingyang pula adalah
kepercayaan yang diamalkan pada zaman dahulu. ‘Ying’ merupakan sebelah perempuan manakala ‘yang’
adalah untuk sebelah lelaki. Apabila ying dan yang dicampurkan sekali ia akan
menghasil kan bentuk bulat dan juga corak diamana sebelah adalah warna putih dan
sebelah lagi adalah warna hitam. Mrs.Heng sendiri tidak berapa jelas tentang Ying dan Yang ini. Apa yang beliau tahu adalah ianya merupakan keseimbangan dalam kehidupan manusia.
Menurut Ms. Huang Tsui Sui
di dalam agama Buddha terdapat pelbagai jenis Tuhan dan dewa malah bilangannya
mencecah ratusan. Selain dewa Buddha, di dalam sistem
kepercayaan rakyat Cina terdapat tiga golongan utama dewa iaitu dewa pengusaha
alam semesta yang mempunyai wilayah kekuasaan di langit termasuk juga sebagai
malaikat langit. Tambahan pula, terdapat dewa penguasa manusia yang mengurus
soal-soal yang bersangkutan dengan kehidupan manusia seperti kelahiran,
kematian, rezeki, kekayaan, pangkat dan sebagainya.
Rumah tuhan merupakan rumah
beribadat yang diletakkan didalam dan diluar rumah dan juga saiz rumah tuhan
tersebut bergantung kepada pemilik rumah. Rumah tuhan tersebut mengikut nenek
moyang dan juga keturunan mereka. Terdapat beberapa dewa seperti ‘Dewa Guanti’
dan ‘Dewa Guangin yang diamalkan oleh respondent. Ada sesetangah orang yang
sembayang menggunakan patung dan ada juga yang tidak menggunakan patung dimana
mereka akan mengunakan gambar. Ini juga mengikut keturunan mereka
masing-masing. Setiap keturunan mempunyai dewa masing-masing. Pada zaman
sekarang kebanyakkan orang cina lebih memilih untuk meletakkan rumah tuhan yang
sederhana dan ada diantaranya tidak meletakkan rumah ibadat di rumah mereka. ‘Dewa
Guanti’ disembah oleh respondent melambangkan dewa bagi perniaga seperti di
kilang manakala dewa guangin pula adalah untuk orang yang sembayang dirumah. Rumah
tuhan yang terletak di luar rumah dipanggil natuk. Jika seseorang itu tinggal
dirumah nenek moyang mereka maka mereka akan menggunakan rumah tuhan yang
terletak di luar dimana cara sembayang mereka sedikit rumit berbanding yg moden
yang menyimpan tuhan mereka di dalam rumah.
PERAYAAN
TAHUN BARU CINA
Tahun Baru Cina merupakan
perayaan terpenting bagi orang Cina bagi menyambut tahun baru dalam Kalendar Qamari
Cina. Kalendar ini terbahagi kepada kitaran 12tahun dan dinamakan sempena nama
haiwan (zodiac cina)
Tahun Baru Cina melambangkan
titik permulaan dalam nasib dan kehidupan orang Cina. Sebelum hari tahun baru
bermula, sanak saudara yang jauh akan kembali berkumpul di kampong halaman masing-masing
bagi meraikan perayaan bersama ibu dan bapa mereka.
Sejarah tentang Tahun Baru
Cina adalah tidak jelas. Biasanya ramai ahli sejarah bersetuju bahawa perayaan
bermula daripada Dinasti Shang (ca. 1600 SM – ca. 1046 SM) untuk menyembah dewa
bagi membuahkan hasil yang baik sebab Tahun Baru Cina ialah dalam musim menuai
yang baru. Sebelum Dinasti Qin (221 SM
- 206 SM), tarikh perayaan permulaan sesuatu tahun adalah tidak jelas. Ada
kemungkinana bahawa awal tahun bermula dengan bulan 1 ketika Dinasti Xia (ca.
2100 BC–1600 BC), bulan 12 ketika Dinasti Shang (ca. 1600 SM - ca. 1046 SM),
dan bulan 11 ketika Dinasti Zhou (1066 SM - 221 SM). Maharaja pertama China Qin
Shi Huang menukar dan menetapkan awal tahun pada bulan 10 pada 221 SM. Pada
Dinasti Han 104 SM, Maharaja Wu menetapkan bulan 1 sebagai awal tahun, yang
masih kekal sampai masa ini.
Bagi yang ingin mengemas
rumah pada 3 hari awal perayaan mereka tidak dibenarkan sama sekali untuk menggunakan
penyapu untuk menyapu rumah kerana menurut Mrs. Heng ia akan menghalau benda
baik atau dewa-dewi dari memasuki rumah mereka. Jika ada apa-apa kotoran mereka
hanya dibenarkan untuk mengelap dengan kain sahaja. Sebelum perayaan juga segala
hutang-piutang akan dikutip dan dibayar agar mereka yang meraikan perayaan ini
selesa dan tidak sentiasa dikelilingi hutang sepanjang tahun baru.
Warna merah atau warna hong (dalam
bahasa Cina) adalah warna pilihan utama masyarakat Cina. Pemakaian warna
tersebut telah diamalkan sejak turun temurun lagi. Tidak ada warna lain
yang menjadi pilihan utama , hanya warna merah. Bukan sekadar itu, warna merah
sendiri sebenarnya mempunyai makna yang tersendiri bagi masyarakat Cina. Warna
merah menggambarkan keadaan yang terang dan ceria telah menjadi lambang
kegembiraan dan menjanjikan sinar kecerahan dalam kehidupan. Warna merah itu dipanggil hong dalam
bahasa Cina dan bunyinya kedengaran seperti ong atau bertuah. Maka, masyarakat
Cina percaya warna ini akan membawa tuah jika dipakai pada hari pertama
Tahun Baru Cina dan majlis perayaan yang lain. Mereka percaya
dengan pemakaian warna ini akan dilimpahi tuah sepanjang tahun.
Mercun akan
dibakar pada tengah malam bagi menandakan bermulanya tahun baru dan menghalau
nasib malang dari menghampiri kehidupan mereka.
Rumah-rumah akan dihiasi dengan
bunga dan buah limau sebagai simbol murah rezeki.
Tahun Baru Cina diraikan
dengan jamuan Yee Sang dan Kuih Bakul. Kaum keluarga akan makan besar dengan masakan tradisi seperti hidangan daging itik, daging salai, sosej, kuih pulut,
dan limau mandrin.
Angpau adalah sesuatu yang dinanti-nantikan oleh kanak-kanak semasa Tahun Baru Cina. Warna merah pada sampul melambangkan tuah. Jumlah wang yang terkandung dalamnya lazimnya dikehendaki
bermula dengan angka genap kerana angka ganjil kebiasaannya diberi ketika majlis pengebumian.
Orang cina biasanya
mengadakan sembahyang kecil dan sembahyang besar atau dikenali juga sebagai sembahyang
leluhur yang merupakan suatu kewajiban bagi mereka yang masih memegang
teguh ajaran leluhur. Sembahyang besar ini biasanya memakai Sam Seng atau menggunakan
tiga haiwan bernyawa oleh kerana itu sembahyang ini juga biasa disebut dengan
sembahyang Sam Seng atau sembahyang bernyawa. Sembahyang ini biasanya dilakukan
setahun dua kali, iaitu pada waktu menziarahi ke kubur orang tua atau sanak saudara,
dan semasa perayaan tahun baru. Sembahyang ini biasanya dilakukan pada pagi
hari di makam orang tua atau saudara-mara yang telah mati, dan pada malam
harinya seluruh sanak saudara biasanya akan berkumpul bersama untuk makan malam
sebelum tahun baru. Untuk sembahyang besar yang
biasa dilakukan orang Tionghoa yang masih melaksanakannya dengan disertakan hidangan
yang disajikan terdiri daripada yang berkuah atau basah dan
yang tidak berkuah atau kering. Contoh makanan basah ialah beraneka jenis
sup manakala makanan kering ialah seperti sate babi manis (tidak ditusuk dengan
lidi), udang goreng, ayam goreng, mi goreng, sosej babi buatan sendiri, kuih dan
sebagainya. Sam Seng yang merupakan hidangan daripada 3 jenis haiwan kebiasaannya adalah seperti
daging babi, ikan dan ayam. Jumlah dan ragam masakannya bisa disesuaikan bergantung
kepada selera dan jenis masakan masing-masing, atau mengikuti kesukaan leluhur
(jenazah) semasa hidup yang penting ianya mesti seimbang da nada kesemuanya. Untuk buah-buahan, biasanya
yang umum-umum saja asal tidak berduri, seperti pisang, jeruk, apel, pear,
anggur, delima, nanas (dipotong tangkai daunnya kerana tajam) dan sebagainya
sebanyak 5 jenis buah. Jenis buah-buahan lokal juga kebisaannya digunakan
sebagai variasi buah-buahan. Selain itu juga ia disertakan dengan te liau
(manisan teman minum teh) misalnya tang ke (manisan buah), ang co (kurma
mandarin), dan sebagainya sebanyak tiga jenis manisan. Ia juga digantikan
dengan gula-gula atau manisan yang lain kalau tidak ada atau tidak sempat
disediakan. Kuih-kuih yang biasa ada pada saat sembahyang besar leluhur adalah
kuih ku’ merah (berbentuk seperti tempurung kura-kura dan ia melambangkan umur
panjang) dan kuih lapis (melambangkan rezeki yang berlapis-lapis atau berlipat
kali ganda), kuih mangkok, kuih atau kek pisang, kuih bugis, kuih bikang ambon
dan sebagainya sebanyak tiga jenis kuih. Yang tentu tidak boleh ketinggalan
kalau sembahyang menjelang Tahun Baru ialah kuih keranjang sebagai menu
khasnya bagi kuih. Untuk nasi sendiri biasanya disajikan di dalam mangkuk
(untuk leluhur laki-laki) dan di piring (untuk leluhur perempuan).
Colok ialah sejenis gaharu
yang dibakar apabila orang Cina bersembahyang. Colok juga digunakan oleh
penduduk pantai timur bagi merujuk kepada mancis. Colok boleh juga dibakar di
hadapan pintu, atau tingkap terbuka sebagai penyembahan ke kayangan, atau menyembah
dewa-dewi. Amalan memegang lilin dan colok bagi orang Cina adalah budaya nenek
moyang yang sudah turun temurun diamalkan. Amalan menyalakan lilin adalah
budaya yang diamalkan oleh bangsa Cina turun temurun malah ia menjadi amalan
kepada orang Islam di China. Orang Cina membakar colok atau setanggi
adalah bermaksud setiap yang 'bermula'(dilahirkan) akan berakhir(mati). Ini
adalah kerana apabila colok itu dibakar, ia bermakna suatu 'kehidupan' telah
bermula dan tempoh pembakaran itu adalah ibarat hayat kehidupan seorang
manusia. Ini adalah untuk mengingati penganutnya bahawa setiap manusia yang
dilahirkan akan mati jua pada suatu hari. Ia juga memberi pengajaran kepada
penganut agama tersebut agar tidak sombong dan takbur sepanjang hidupnya. Colok
tersebut diletakkan di dalam bekas seramik yang mempunyai abu di dalamnya.
Ketika upacara sembahyang berlangsung, penganutnya akan meletakkan buah atau
bunga semasa upacara berlangsung.
Perkahwinan merupakan satu
peristiwa di mana nama keluarga yang berlainan akan meneruskan jurai keturunan
bapanya. Secara amnya, inilah sebab utama mengapa anak lelaki diutamakan
berbanding dengan anak perempuan saat kelahiran. Menyentuh mengenai tradisi selepas
majlis perkahwinan iaitu tradisi memberi minum teh oleh pengantin lelaki kepada
ibu bapa pengantin perempuan sebagai tanda terima kasih suami kepada mereka
kerana telah menyerahkan anak mereka kepadanya. Manakala sebagai tanda
penerimaan pengantin perempuan pula akan mula memanggil gelaran ayah dan ibu
pada ibu bapa suaminya saat hari pertama pengantin tersebut memasuki rumah.
Tradisi meminum teh juga dilakukan ketika pengantin lelaki dan pengantin
perempuan memperkenalkan isteri atau suami mereka pada saudara mara
masing-masing bagi melambangkan penerimaan pasangan pengantin terutamanya si
isteri dalam keluarga si suami di samping bertujuan untuk mengeratkan hubungan
kekeluargaan. Dalam upacara ini pasangan pengantin akan memberi teh yang disediakan
kepada saudara mara pihak lelaki. Walau bagaimanapun adat bersanding dan
upacara minum teh ini sudah kurang diamalkan oleh masyarakat Cina hari ini.
Penganut agama Buddha juga
sinonim dengan kematian yang diiringi dengan muzik. Bagi Mrs. Heng Tsui Sui muzik
yang mengiringi mayat sebagai satu pakej kematian. Bagi orang Cina jika tidak
mempunyai wang mereka tidak boleh mati oleh kerana kos untuk memilih kubur
menurut fengshui, kos keranda, kos mengupah guru untuk mengetahui fengshui
sesuatu tempat kubur tersebut dan sebagainya amat tinggi. Dengan itu amat
digalakan di kalangan masyarakat Cina sumbangan dari orang yang melawat kepada
si mati untuk menambah kos pengurusan mayat dan telah ditetapkan minimum dua puluh
atau tiga puluh ringgit. Diwaktu berlakunya kematian, mayat akan dibersihkan
dan dimandikan sebagai memberi penghormatan terakhir kepada si mati. Setelah
dimandikan mayat disapu dengan minyak wangi dan disolek. Ia bertujuan untuk
mengharumkan si mati terutama apabila berada di alam seterusnya. Kemudiannya
mayat tersebut dipakaikan dengan pakaian yang cantik. Lazimnya pakaian tersebut
adalah pakaian yang dipakai ketika hari perkahwinan. Oleh itu adalah menjadi
kewajipan masyarakat Cina menyimpan pakaian perkahwinan untuk dipakai sewaktu
meninggal dunia. Si mati turut dipakaikan dengan aksesori yang lain terutamanya
wanita. Kemudian mayat akan dimasukkan ke dalam keranda yang diperbuat daripada
kayu yang diukir menarik. Bagi yang kaya, keranda diukir dengan bersalutkan
logam. Ini adalah untuk menunjukkan kedudukan seseorang semasa hidupnya.
Menurut Ms Huang lagi, ahli keluarga, saudara-mara dan sahabat handai
dikehendaki memberi penghormatan yang terakhir pada si mati disamping menangis
atau meratapi pemergian si mati.
Terdapat juga upacara
sembahyang dan makan malam sebelum pengkebumian mayat dilakukan. Tangisan ini
perlu dilakukan dengan kuat apabila si mati diletakkan di ruang tamu
sehinggalah diusung ke kawasan perkuburan ditanam. Lazimnya tangisan yang
dilakukan perlu diselitkan dengan kata-kata yang menunjukkan si mati telah
membuat jasa. Tangisan mengungkit keburukan si mati dilarang sama sekali. Jika
ini berlaku, roh si mati tidak akan tenteram dan si mati akan tersiksa. Ada
juga segelintir masyarakat Cina yang melupuskan hutang piutang si mati dengan
alasan untuk mententeramkan si mati agar tidak disoal di alam akhirat kelak.
Tangisan ahli keluarga terutama ibu bapa atau saudara yang lebih tua lebih baik
dan ini digalakkan dalam masyarakat Cina. Selain itu masyarakat Cina juga akan
mengupah lebih ramai untuk menangisi si mati. Tangisan yang kuat terutama dalam
perjalanan menuju ke kawasan perkuburan amat digalakkan. Tangisan ini
seolah-olah menggambarkan kesedihan keluarga dan sahabat handai terhadap
kematian itu. Tangisan akan berlanjutan sehingga mayat dikebumikan.
Menurut Ms.Huang lagi
upacara berkabung adalah minimum 49 hari. 7 hari adalah waktu untuk
menyembahyangkan si mati. Tetapi terdapat ahli keluarga si mati yang tidak
dapat terlibat atau mengikuti upacara kematian pada kesemua hari disebabkan
tuntutan bekerja. Oleh kerana, mereka tidak dapat memakai baju hitam dan
mengikut ritual sepanjang berkabung. Ahli keluarga tersebut akan diberikan
makanan oleh seornag guru untuk memberi keizinan untuk ahli keluarga tersebut
dari tidak mengikuti ritual semasa berkabung.Di samping ahli keluarga tersebut
perlu memberitahu mayat ahli keluarga bahawa dia tidak dapat mengikutinya.
KEKELUARGAAN
Keluarga adalah unit asas
komuniti. Setiap anggota keluarga mestilah berusaha untuk mengekalkan kehidupan
berkeluarga dengan menjaga kebajikan anggota keluarga. Aktiviti kekeluargaan
sangat penting untuk dititikberatkan bagi mengeratkan hubungan didalam sesebuah
keluarga. Bagi masyarakat cina, aktiviti bagi megeratkan hubungan kekeluargaan
sama juga seperti masyarakat lain seperti melakukan aktiviti keluarga secara
berkala yang melibatkan semua ahli keluarga. Aktiviti yang sangat nyata dapat
dilihat bagi mengeratkan hubungan kekeluargaan ialah semangat perpaduan di
kalangan anggota keluarga dalam tradisi menyambut hari-hari perayaan. Contohnya
pada perayaan Tahun Baru Cina, perayaan yang disambut itu membolehkan setiap
anggota keluarga bertemu mesra dan mengeratkan lagi perhubungan antara satu
sama lain kerana pada hari perayaan inilah waktu yang sesuai untuk ahli keluarga
dan sanak saudara yang jauh dapat balik ke kampung dan datang berkumpul.
Melalui aktiviti seperti inilah mereka dapat beramah mesra bersama-sama untuk
mengeratkan hubungan kekeluargaan. Aktiviti makan besar yang selalu dihidangkan
pada waktu perayaan itu juga adalah salah satu amalan yang mereka lakukan untuk
mengeratkan hubugan kekeluargaan mereka. Aktiviti makan besar adalah makanan
yang dibuat khas untuk menunjukkan keistimewaan hari tersebut, merupakan simbol
perpaduan dan kesejahteraan rumah tangga. Di samping itu, aktiviti harian yang
selalu diamalkan adalah makan malam bersama-sama keluarga. Bagi mereka, amalan
duduk di kelilingi meja ketika menikmati hidangan, sebenarnya dapat mengeratkan
hubungan kekeluargaan, simbol ini amat bermakna dan sangat berharga dalam
kehidupan masyarakat cina dengan kata lain, amalan tradisi seperti ini dapat
mengukuhkan perpaduan keluarga, menyedarkan generasi sekarang tentang
kepentingan kasih sayang terhadap keluarga dan mengeratkan hubungan yang lebih
mesra.
Didikan
Anak-Anak
Setiap ibu bapa memainkan
peranan penting dalam mencorakkan kehidupan anak-anak. Oleh itu, setiap
kejayaan anak-anak itu dapat dilihat bagaimana ibu bapa mendidik anak-anak
mereka. Pendidikan anak-anak sebenarnya bermula dari rumah. Hasil dari
pemerhatian kami, bagi masyarakat cina luar bandar, mereka juga amat mengambil
berat tentang tahap pendidikan anak-anak mereka. Bagi mereka dengan pendidikan
yang baik dapat mengubah nasib seseorang individu. Selain itu, mereka
mengganggap kejayaan anak-anak didalam bidang akademik mencerminkan tahap
kejayaan ibu bapa mendidik anak-anak. Seperti yang dapat kita lihat, masyarakat
cina sangat mementingkan anak-anak mereka menguasai subjek matematik. Sebagai
ibu bapa, untuk memastikan anak mereka mencapai tahap penguasan pelajaran yang
baik, mereka menghantar anak-anak mereka ke kelas tambahan selepas atau sebelum
waktu persekolahan. Mereka juga memastikan anak-anak mereka mendapat keputusan
yang cemerlang dalam bidang akademik. Tambahan pula, disiplin adalah satu
faktor untuk berjaya. Oleh itu, ibu bapa harus mendidik anak-anak menjadi
disiplin dari kecil lagi terutamanya disiplin dari segi masa.
Masyarakat cina juga sangat
mementingkan masa kerana mereka percaya orang yang berjaya adalah orang yang
sangat mengharagai masa. Selain itu, menghormati ibu bapa adalah salah satu
sikap mulia yang dilakukan bagi semua kaum. Masyarakat cina juga sangat
mementingkan sikap hormat menghormati ini dipupuk dalam diri anak-anak mereka
sejak kecil lagi. Bagi mereka ibu bapa adalah orang yang mulia untuk memberi
restu kepada kita untuk berjaya. Tanpa restu ibu bapa, kehidupan akan menjadi
lebih sukar. Setiap ibu bapa mahu melihat
kejayaan anaknya terutamanya dari segi pendidikan, pekerjaan dan juga
perkahwinan. Ada sesetengah ibu bapa, mereka akan menggunakan kuasa veto untuk
menentukan masa depan anak-anak mereka tanpa mengira minat dan juga kelebihan
anak-anak mereka.
Hasil dari temubual kami
bersama salah seorang daripada kaum cina iaitu Mrs.Heng masyarakat
cina luar bandar sekarang lebih bersikap terbuka dalam menentukan masa depan
anak-anak mereka berbanding daripada ibu bapa pada zaman dahulu. Pada zaman
dahulu memang ibu bapa yang akan menentukan setiap pilihan anak-anak mereka.
Contohnya, jika bapa bekerja sebagai petani maka anak juga harus bekerja
sebagai petani. Anak-anak harus mewarisi pekerjaan setiap ibu bapa. Bagi tahap
pendidikan pula hanya mereka yang terdiri daripada kelurga yang senang sahaja
yang dapat menyambung pengajian ke tahap yang lebih tinggi. Jika soal
perkahwinan pula, ibu bapa yang akan menentukan pasangan bagi setiap anak-anak
mereka untuk menjaga setiap keturunan mereka.
Tetapi tidak lagi pada zaman
sekarang. Bagi masyarakat cina luar bandar pada zaman sekarang, ibu bapa hanya
memberikan tahap pendidikan yang baik seperti hantar ke sekolah dan ke kelas
tambahan tetapi biarlah anak-anak sendiri yang menetukan jalan masa depan
mereka seperti membiarkan anak-anak memilih bidang apa yang mereka suka untuk
menyambung pengajian di universiti. Mereka tidak mahu anak-anak tertekan yang
boleh mengakibatkan kemurungan kerana semata-mata ingin mencapai keinginan ibu
bapa. Hasil daripada sikap ibu bapa seperti ini dapat merosakkan hubungan
kekuargaan.
MASYARAKAT
Perpaduan
Kaum
Usaha untuk mewujudkan
perpaduan kaum bergantung kepada individu itu sendiri. Ia bergantung kepada
mentaliti dan pemahaman terhadap makna perpaduan itu oleh individu tersebut.
Perpaduan tidak harus diwujudkan dengan secara paksaan. Paksaan hanya akan
mengeruhkan lagi keadaan kerana ia akan menimbulkan sikap tidak puas
hati. Selain itu, perpaduan secara paksaan akan mewujudkan sikap hanya untuk
menjaga kepentingan sesuatu kaum itu sendiri sahaja. Oleh sebab itu, perpaduan
kaum haruslah diwujudkan secara sukarela dan menerima kewujudan kaum yang lain
di negara dengan hati yang terbuka. Ini adalah kerana sesuatu kaum itu
mempunyai setiap peranan yang penting kepada negara dan juga terhadap kaum yang
lain. Sebagai contoh, jika tiada melayu yang mengusahakan sawah padi, tiadanya
beras dihasilkan sebagai makanan ruji setiap hari yang diperlukan setiap kaum.
Jika tiada kaum cina yang mengusahakan perdagangan atau perniagaan, tiadalah
peluang pekerjaan untuk didisi oleh kaum-kaum yang lain. Jika tiada kaum india
yang mengusahakan ladang getah, tiadalah kasut untuk dipakai. Jadi kita dapat
melihat setiap kaum memainkan peranan yang penting terhadap kaum-kaum yang lain
dan kita saling bergantung antara satu sama lain. Sikap dan mentaliti yang
negative memang tidak dapat dielakkan, usaha yang boleh dilakukan adalah dengan
menasihati individu tersebut dengan carayang berhemah dan bukan dengan emosi.
Selain itu, elakkan diri daripada perkara yang boleh membuatkan perpaduan
sesuatu kaum itu berpecah-belah seperti menghasut atau bercakap perkara yang
tidak elok tentang sesuatu kaum itu. Usaha yang lain ialah individu itu sendiri
haruslah mempunyai pengetahuan tentang pepaduan dan berfikir secara logik bagi
menentukan baik dan buruk tentang sesuatu perkara.
Jiran
Kehidupan berjiran sangat
penting dalam hidup bermasyarakat. Dengan cara hidup berjiran, ia dapat
mewujudkan semangat perpaduan antara kaum juga. Ini adalah kerana, jiran-jiran
ialah orang yang paling dekat dan tinggal hampir dengan kawasan rumah walaupun
mereka bukanlah saudara terdekat. Jiran adalah orang yang paling hampir untuk
meminta tolong dan menolong jika dalam kita dalam kesusahan. Sebagai contoh, Mrs.Heng menceritakan tentang kawannya yang melakukan kenduri dan
rumahnya didatangi dengan seorang pemabuk. Pemabuk tersebut melakukan sedikit
kekacauan semasa kenduri tersebut berlangsung dan menakutkan tetamu disitu.
Kawannya menghubungi pihak berkuasa iaitu polis untuk menyelesaikan masalah
pemabuk tersebut kerana takut jika tetamunya dicederakan oleh pemabuk tersebut.
Malangnya, polis yang dihubungi tidak juga muncul selepas menunggu beberapa
jam. Oleh kerana itu, jiran-jiran kepada kawannya itu mengambil inisiatif
sendiri untuk membawa pemabuk tersebut ke hospital terdekat kerana terdapat
sedikit kecederaan pada pemabuk tersebut. Kisah ini menunjukkan keprihatinan
jiran-jiran tersebut untuk memastikan majlis berjalan dengan lancar tanpa
sebarang gangguan. Jadi, hidup berjiran sangat penting tidak kira di bandar
mahupun luar bandar. Ini adalah kerana jiran adalah orang yang paling rapat
yang akan sentiasa menolong jika dalam kesusahan. Sebagai contoh, jika kita
pulang ke kampung dan meninggalkan rumah lebih dari tiga hari, jiran sahajalah
yang terdekat yang boleh diharapkan untuk melihat dan menjaga keselamatan rumah
sepanjang ketiadaan.
Pemimpin
Bagi masyarakat cina, apakah
ciri-ciri pemimpin yang diambil kira bagi menguruskan sesuatu kawasan. Setiap
kaum mempunyai ciri-ciri kepimpinan yang tersendiri yang perlu ada pada setiap
pemimpin. Mereka mempunyai seorang tokoh yang boleh dicontohi dalam menguruskan
sesuatu bagi mencapai objektif yang dirancang.
Setiap
pemimpin haruslah bersikap rajin dalam menjadi pemimpin. Ini adalah kerana
pemimpin perlu rajin dalam mencari penyelesaian dan tidak hanya pandai mengarah
orang bawahan dalam menguruskan sesuatu benda. Jika pemimpin menunujukkan sikap
yang positif maka positiflah orang yang dibawahnya.
Masa
adalah sangat penting dan ia tidak akan menunggu kita jika kita terlepas ia.
Pemimpin haruslah pandai dan bijak dalam pengurusan masa. Dalam menguruskan
sesuatu kawasan pemimpin atau ketua kawasan tersebut perlu membahagikan masa
dan menggunakannya dengan bijak. Sebagai contoh, membuat perancangan tentang
aktiviti mengikut masa yang sesuai atau membuat jadual yang adil dalam
pembahagian tugas supaya masa yang digunakan adil bagi setiap orang.
Pemimpin
seharusnya menjadi seorang pemimpin yang mempunyai pengetahuan yang banyak
tentang sesuatu untuk dikongsi bersama orang bawahannya. Ini juga adalah salah
satu cara untuk mewujudkan sikap hormat terhadap pemimpinnya. Selain itu, sikap
serba tahu pemimpin boleh mengelakkan pemimpin dari ditipu oleh orang
bawahannya.
Pemimpin
perlu mengamalkan sikap menjagakebajikan orang bawahannya. Perkara ini dapat
mengelakkan orang bawahannya lari dari pemimpinnya. Sebagai contoh, jika
pemimpin tidak member pelepasan jika berlaku kecemasan yang tidak dapat
dielakkan, pemimpin tersebut boleh dikatakan bersikap zalim terhadap orang
bawahannya.
Bangsa cina dikenali sebagai
bangsa yang suka berniaga sejak dahulu lagi sehinggakan banyak perniagaan di
Malaysia dimiliki dan didominasi oleh bangsa cina. Persepsi orang cina terhadap
perniagaan adalah positif. Bagi mereka, dunia perniagaan adalah dunia yang
menjanjikan kesenangan, kemewahan dan kebahagiaan. Mereka juga berpendapat
lebih baik mereka bekerja sendiri dari bekerja makan gaji atau dengan orang
lain. Bagi masyarakat cina apabila mereka bekerja makan gaji selagi itulah
mereka tidak akan kaya atau meningkatkan kedudukan sosial mereka. Persaingan
yang kuat untuk berjaya terutama sekali sesame ahli keluarga juga amat kuat
sehinggakan hubungan kekeluargaan mereka tidak terjaga.
Di kawasan kajian kami iaitu
di Sekincan, majoriti penduduknya adalah berbangsa cina. Kebanyakan dari mereka
yang menetap di situ adalah petani. Majoriti penduduk di situ juga
memiliki perniagaan sendiri seperti kedai makan, mini mart, penjaja, kedai
pakaian, kedai alat tulis, klinik dan lain-lain. Terdapat banyak faktor yang
mendorong masyarakat cina memilih untuk berniaga berbanding bekerja dibawah
orang. Menurut Ms. Heng Tsui salah
satu factor mengapa masyarakat Cina terutama yang berada di luar Bandar
berniaga ialah perniagaan yang dijalankan telah diwarisi secara turun temurun.
Kebanyakan perniagaan terutama sekali perniagaan makanan telah diwarisi dari
generasi ke generasi sehinggakan mereka telah mempunyai pelangan tetap
sepanjang tempoh perniagaan mereka beroperasi.
Selain itu, menurut Ms. Heng
Tsui juga, masyarakat cina yang masih kekal menetap di Sekincan adalah generasi
lama atau mereka yang sudah berusia. Bagi anak-anak muda dari Sekincan mereka
memilih untuk keluar dari kampung dan bekerja di Bandar setelah menamatkan
pengajian. Oleh kerana, mereka yang masih menetap di Sekincan telah berusia,
mereka memilih untuk berniaga secara kecil-kecilan kerana bidang perniagaan
telah sinonim dengan diri mereka.
Kelebihan
Orang Cina dalam Perniagaan
- ·
Servis
& Layanan yang baik
Semua
orang mahu servis terbaik. Untuk harga servis yang baik kita perlulah membayar
lebih sedikit untuk membayar perkhidmatan yang diberikan itu. Servis yang baik
membuatkan pelangan akan setia kepada penyedia servis tersebut. Layanan yang
baik juga termasuk dalam kategori servis. Pemilik kedai mestilah
mengalu-ngalukan kedatangan pelanggan, membantu dan memberi maklumat tentang
pertanyaan pelanggan dan bermulut manis dengan pelanggan seperti memuji, cakap
lemah lembut dan mesra.
Perniaga
sentiasa ingin cepat memberikan perkhidmatan yang disediakan kerana kalau cepat
siap bermakna akan cepat dapat duit. Contoh perniagaan orang melayu dan cina
ialah seperti kedai servis kereta atau motor. Kalau kita memilih bengkel orang
melayu untuk membaiki kenderaan dia tentu akan kata tunggu kejap dan melayan
pelangan yang sedang menunggu sambil lewa. Kalau orang cina pulak beliau akan
meninggalkan terus apa pekara yang tidak berkaitan dengan perniagaan seperti
menghisp rokok dan akan mula bertanya apa masalah dan mula mengeluarkan alatan
beliau.
Bermuka
manis dan bermulut manis amat penting dalam mengambil hati pelanggan. Sambil
memilih barang si tokey akan memuji si anak ni comel dan baik.Apa reaksi si
ibu? Tentulah seronokkan. Kalau tokey yang lagi bagus akan bagi gula-gula atau
air kotak. Kesan dari perbuatan ini memang hebat, si ibu akan seronok
pergi ke kedai itu dan anaknya pula akan mengajak ibu untuk singgah kekedai
yang sama pada masa akan datang. Setengah-setengah kedai orang melayu kurang
menitik beratkan bab bermuka manis apabila berniaga.
Perniaga
Cina gemarkan persaingan dalam perniagaan. Mereka tidak kisah jika menjalankan
jenis perniagaan yang sama dikawasan yang berdekatan atau bersebelahan kerana
mereka percaya pada pelanggan dan keuntungan masing-masing. Persaingan juga
membolehkan perniagaan mereka makin maju kerana mereka bersaing untuk menambah baik
servis dan produk yang dijual oleh mereka.
Bagi
perniaga Cina tiada halal haram dalam perniagaan mereka. Mereka bebas berniaga
apa-apa yang mereka inginkan tetapi yang dibenarkan. Mereka tak payah fikir
banyak tentang apa yang dijual berbanding orang melayu yang perlu fikir
halal-haram dan macam mana hendak menjaga darah daging kita dari benda-benda
yang haram.
PERSEPSI
TERHADAP ISLAM
Di Sekincan, majoriti
penduduknya adalah berbangsa Cina manakala bangsa Melayu merupakan
manoriti di kawasan itu. Oleh itu, adalah amat penting untuk mengetahui
persepsi dan penerimaan orang berbangsa Cina terhadap bangsa Melayu dalam
kalangan mereka di kawasan tersebut. Menurut Mrs. Heng masyarakat Cina menerima
baik masyarakat Melayu di kawasan itu kerana mereka telah hidup bersama di
suatu kawasan dalam tempoh yang lama. Di pejabat beliau juga terdapat ramai pekerja
berbangsa melayu dan pengusaha syarikat percetakan di tempat beliau bekerja
yang berbangsa Cina tidak kisah mengambil melayu sebagai pekerja. Pengurus di
tempat bekerja beliau juga ada menyediakan satu bilik khas untuk pekerjanya
beribadat. Mengenai isu azan pula, bagi Mrs. Heng dia sudah terbiasa mendengar
azan sejak dari kecil dari surau berdekatan dengan rumah beliau. Azan itu juga
menjadi loceng bagi beliau untuk bangun bekerja di pagi hari. Oleh itu, tiada
isu sensitiviti Azan di kawasan kependudukan Cina di situ kerana mereka sudah
saling memahami agama masing-masing dan terbiasa hidup bersama. Persoalan
mengenai ajaran islam yang beliau tahu dia tahu bahawa perempuan islam
diwajibkan memakai tudung dan solat 5 waktu sehari. Bagi beliau ajaran islam
sangat sukar untuk dicontohi seperti solat 5 waktu sehari kerana bagi beliau
mereka hanya beribadat pada hari tertentu. Beliau juga berpendapat bahawa
undang-undang Islam agak ketat dan diminta dilongarkan seperti batasan hubungan antara lelaki dan
perempuan. Bagi beliau usaha yang dilalukan seperti menghalang lelaki dan perempuan berhubungan rapat lagi mengalakan mereka untuk melakukan maksiat di motel-motel dan sebagainya. Beliau juga tidak setuju dengan poligami yang terdapat dalam agama Islam. Seperti yang kita sedia maklum, orang Cina hanaya boleh memiliki seorang isteri dan mesti setia dengan isteri mereka. Beliau hairan bagaimana isteri boleh merelakan suami mereka dikongsi oleh perempuan lain. Oleh itu, kami telah memperjelaskan kepada beliau mengapa terdapat batasan-batasan antara lelaki dan perempuan sememangnya mahu mengalakkan mereka daripada maksiat dan pandagan beliau terhadap kongkongan dalam perhubungan lebih mengalakkan maksiat adalah salah sama sekali. Apabila dicegah kemungkinan untuk mereka telanjur akan bekurangan kerana mereka diada hubungan sama sekali daripada membiarkan mereka daripada melalukan benda yang sememangnya salah. Dan kami juga telah memperbetulkan pandagan beliau terhadap isu poligami. Poligami yang dibenarkan dalam Islam adalah poligami yang tidak berlandaskan nafsu dan dengan tujuan untuk melindungi wanita-wanita yang lemah seperti ibu tunggal, orang miskin dan sebagainya. Tetapi apa yang jelas dilihat oleh Mrs. Heng sememangnya orang Islam sendiri telah menyalahgunakan poligami seperti ianya hanya berlandaskan nafsu dan tidak berperilaku adil kepada isteri-isterinya yang sememangnya salah. Mrs. Heng telah memahaminya dan kami telah memperbetulkan pandangan beliau terhadap Islam.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgEnQqKtBbWj9kPajRXllEthlqgtdDBxHyAYs7CTntb-lJltA-cCxRx3gG901I7WnGe6L0nFqlJknFsXYO2CDQMcrQ-Um61Q0aebMiXwiup0eftqpXyYS0npP5-EFCNNbBugD_yw6spsO8/s320/20151110_144811.jpg)
Temu ramah kami diakhiri dengan upacara makan-makan yang telah disajikan oleh ibu seorang daripada ahli kumpulan kami. Kami berbesar hati kerana dapat menemuramah Mrs. Heng dan kami menyerahkan hadiah sebagai penghargaan kepada beliau. Kami juga berterimakasih kepada En. Sidek sekeluarga kerana telah melancarkan sesi temuramah kami pada hari ini. Terima Kasih :)